Bab 15 ~ Kahwin ~

7.5K 392 47
                                    

GILA! Gila! Gila!

Khayra meraup wajahnya beberapa kali. Dia tahu akan perangai selamba badak air Rayhan, namun dia tidak sangka lelaki itu bertindak segila itu. Baru jumpa beberapa jam sudah dilamar seperti pasangan kekasih yang bercinta bertahun lamanya. Di manakah logiknya lelaki itu hendak menjadikan dia seorang isteri? Dia bukanlah wanita Melayu terakhir.

"This is not funny, Encik Rayhan," jawab Khayra sambil tersenyum sinis.

"I've never been so serious in my life, girl. You turn me into the other version of myself." Rayhan menikam anak mata milik Khayra. Dia benar-benar serius untuk memperisterikan wanita itu sebagai bidadarinya.

"Saya tak pernah plan untuk berkahwin. I'm comfortable living like this with no one."

"Me neither. Never think of marrying or proposing a girl. Tapi lepas saya jumpa awak, saya sedar, seeing you once or twice isn't enough," bicara Rayhan dengan tenang. Sejak pertemuan pertama, wajah Khayra tidak pernah lekang dari benaknya. Oleh itu, cara untuk dia menghapuskan bayangan Khayra ialah dengan menjadikan wanita itu miliknya.

"Saya rasa better Encik Rayhan cari perempuan lain yang lebih layak. Trust me, saya bukan calon yang baik. Saya bukan jenis caring, loving, dan paling penting saya tak pandai hal-hal rumah especially bab-bab nak masak, jaga makan pakai lelaki and all those wifey duty," tutur Khayra jelas. Dia tidak mahu lelaki itu salah sangka tentang dirinya.

Rayhan tersenyum. "Kalau saya nak cari yang pandai serba-serbi kerja rumah, lebih baik saya kahwin dengan pembantu rumah. Jangan risau, itu bukan kriteria yang saya nak."

"Bukan yang saya sebut tu ke tipikal perempuan-perempuan yang lelaki nak jadikan isteri? Yang mak mentua sayang sangat. Ada kriteria lain ke?"

"Ada 4 kriteria yang saya cari. Harta, keturunan, kecantikan dan yang paling penting ialah agama. Ini 4 ciri yang saya cari. Kalau tak pandai masak dan buat kerja rumah boleh belajar. Tak susah macam nak ambik degree pun. Mahu tak mahu je."

Mulut Khayra terkunci. Dia terlupa akan empat ciri wanita yang pernah disebut oleh ustazahnya berdasarkan satu hadis sahih. Nabi Muhammad menggalakkan lelaki mengahwini perempuan kerana empat hal iaitu, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Matanya dilarikan ke pinggan, tidak mampu membalas renungan Rayhan.

"Mana Encik Rayhan tahu yang saya betul-betul ada semua kriteria tu? Saya tak sesempurna itu. Banyak lagi tentang saya yang Encik Rayhan tak tahu. Don't act like you know everything about me." Dia lebih memilih untuk bersikap jujur daripada membiarkan lelaki itu kecewa kerana sangkaan tinggi terhadapnya.

"I don't have to know everything just to get to know you, Cik Nur Khayra Iffat. Mata dah cukup untuk menilai awak."

Sejurus itu, Khayra menghentikan perbicangan tidak masuk akal antara dia dan Rayhan. Meskipun begitu, lelaki itu masih berkeras untuk menunggu jawapannya. Kata Rayhan, dia akan sabar menanti kata putus dari bibir Khayra.

Khayra kembali ke realiti. Dia memandang cincin berlian tanpa sebarang reaksi. Jikalau Rayhan tak bertindak nak buang cincin tu dalam kolam ikan luar Ineffable Restaurant, memang jangan bermimpi dia ingin memegang cincin itu sebelum menyatakan keputusan muktamad. Tidak perlu fikir, dia akan mati-matian menolak.

"So kau nak buat apa?" tanya Hanis yang turut merenung cincin yang Khayra letak di tengah-tengah meja.

Khayra mengangkat bahunya. Dia juga menemukan jalan buntu.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now