Bab 21 ~ Sakit ~

7.9K 432 77
                                    

SESUDAH Dato' Uzzam meminta diri untuk mendapatkan isterinya yang berada dalam kondisi yang kurang baik, Titanium mula menghubungi orang-orang dia dan Dato' Uzzam yang terlibat dalam misi hendak menangkap Syed Kamal dan menyelamatkan Datin Fathina jikalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Lain yang dia dan Dato' Uzzam rancang, lain pula yang terjadi. Titanium terkejut apabila dikhabar Datin Fathina sudah diculik. Namun dia sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Syed Kamal bukanlah lelaki licik pertama yang dia pernah jumpa. Sudah ramai manusia berhati binatang yang dia jumpa.

Titanium pergi ke lokasi gudang yang baru sahaja dikongsi oleh Zack. Sempat lagi sahabatnya itu berpesan agar dia berhati-hati. Dia percaya Syed Kamal bukanlah lawan yang kuat. Lelaki pengecut seperti itu boleh dia tumpaskan sekelip mata. Gelaran lelaki pun masih belum layak untuk menggambarkan diri Syed Kamal.

Namun ramalannya meleset. Orang-orang Syed Kamal sangat ramai. Dia juga tidak faham kenapa manusia-manusia itu memilih keputusan untuk berpihak kepada orang yang salah. Polis juga belum hadir di tempat kejadian. Dato' Uzzam telah melakukan keputusan yang bijak dengan menghantar orang mengikut jejak langkah isterinya ke mana sahaja.

Dia memandang ke luar cermin kereta hitamnya yang diketuk kuat. Genggaman tangannya yang dibaluti sarung tangan hitam itu diketatkan, mengumpul kekuatan untuk melawan lelaki yang berpakaian seperti samseng itu.

Pintu kereta dibuka mengejut sehingga mengenai kepala salah seorang orang Syed Kamal.

"Arghh! Tak guna!" Lelaki berambut panjang itu ingin membalas perbuatan Titanium terhadapnya.

Kepala lelaki itu terlebih dahulu dipusing oleh Titanium sehingga dia pengsan. Datang lagi tiga orang kawan-kawan 'syurga' lelaki tersebut ingin menewaskan dia. Seorang hadir bersama pisau manakala dua lagi memegang besi panjang.

"Kau ingat kau hebat sangat? Muka pun tak berani tunjuk ada hati nak tunjuk hero!" jerit lelaki botak itu sebelum melayangkan pisau ditangannya. High kick Titanium berjaya menerbangkan pisau tersebut. Lantas itu, leher lelaki itu disepak dengan kaki panjangnya sehingga jatuh tidak sedarkan diri.

"Tak guna! Aku bunuh kau!"

Mata Titanium membutang apabila sedar-sedar sahaja bilangan orang di situ meningkat. Dia cuba melawan seorang demi seorang sehingga yang tinggal hanyalah tiga orang sahaja. Nafas berat dilepaskan sebelum dia merampas besi dari tangan lelaki jahat di sisi kanannya.

"Titanium!"

Jeritan suara Zack membuatkan Titanium memalingkan kepala secara automatik. Sedar-sedar sahaja, kepalanya hampir menjadi mangsa tikaman. Dia sempat mengelak sebelum mendengar bunyi das tembakan dilepaskan. Dia tersentak. Itu kali pertama dia menyaksikan Zack menggunakan pistol pemberiannya.

Sebelum ini, mereka hanya pergi berlatih menembak bersama-sama. Zack jenis yang akan mengelakkan diri daripada mengggunakan senjata api. Dia tidak mahu melukai sesiapa sehingga ke tahap mampu meragut nyawa mereka.

Seperti yang disangkakan, Titanium menewaskan dua orang lagi musuh. Sejurus itu, dia menghampiri Zack dan Dato' Uzzam. Mereka disuruh untuk masuk terlebih dahulu bersama orang Dato' Uzzam yang lain. Dia harus memastikan kawasan di luar gudang itu sudah selamat. Mana tahu jika ada bom ataupun orang-orang Syed Kamal yang masih bersembunyi.

Kali ini ramalannya tepat, dia menemukan empat lagi lelaki yang tidak lagi menggunakan pisau mahupun besi. Mereka memegang pistol dan senapang. Tiada pilihan lain, Titanium mengeluarkan pistolnya yang dari tadi hanya tergantung di bahagian belakang pinggangnya. Dia bersembunyi di sebalik dinding bata sebelum satu demi satu das tembakkan dilepaskan.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now