Bab 25 ~ Cabar ~

8.5K 435 63
                                    

KAKI Khayra laju mengorak langkah ke dapur setelah menunaikan solat subuh versi gajah lewat bangun tidur. Semalaman dia tidak dapat tidur setelah apa yang dilakukan oleh Rayhan. Perang dunia antara dia dan Rayhan berlangsung secara besar-besar. Siapa lagi kalau bukan dia yang melancarkan perang tersebut. Rayhan? Tetap berbahagia dengan pencapaiannya.

Dia tersedar daripada tidur selepas Rayhan merenggangkan pelukan dia pada lengannya. Dia tahu bahawa dia salah kerana memberi peluang keemasan kepada lelaki itu. Namun, Rayhan juga salah kerana membuka tudungnya tanpa izin. Ditambahkan lagi dengan ciuman mengejut lelaki itu. Nasib baik dia sempat menghentikan segalanya.

Jika dia tidak cepat bertindak, mungkin dia juga bakal tewas dengan nafsunya sendiri. Nafsu? Adakah itu nafsu atau sekadar naluri seorang wanita yang hendak disentuh oleh suaminya?

Khayra geleng. Dia cuba untuk menghilangkan memori semalam. Dia benci dengan otaknya yang masih teringatkan momen di mana bibir dia dan Rayhan bertemu. Bau tubuh lelaki itu benar-benar membuatkan dia hilang kewarasan. Dasar penjenayah tidak berdosa!

"Rayhan ke mana?" tanya Khayra lalu mengambil tempat duduk di sebelah neneknya yang sedang membelek buku agama. Itulah rutin Tok Rahman selepas subuh.

"Dia pi semayang dekat masjid. Baguihla hang. Dah ada laki tapi baqu bangun bila matahaqi nak terpacak dah."

"Alah, tok ni. Mana ada manusia perfect," ucap Khayra perlahan.

"Yang hang pakai tudung dalam qumah ni pasaipa. Airis dengan Amar balik dah aih dengan mak menakan hang tadi. Takdak sapa dah dalam qumah tok ni."

"Tak apa tok, Ayra dah biasa," tolak Khayra mentah-mentah.

"Biasa biasa konon. Bila Amar dengan sepupu-sepupu laki hang duduk sini bukan main hang complain qumah tok panaih la, qimaih la pakai tudung dalam qumah, penatla jadi pompuan, takdak air-cond. Ni Allah bagi nikmat hang tolak pulak. Hang ni..."

Khayra angkat tangan tanda mengalah. Toknya kalau sudah berdebat, pesaing nombor satu di Malaysia pun kalah.

"Okay okay. Ayra dah buka tudung. Puas hati?" Khayra menanggalkan tudung sarungnya sebelum dicampak ke kepala kerusi di sebelahnya. Ingat dia suka sangat ke pakai tudung? Dia sekadar belum sanggup hendak menunjukkan mahkotanya pada Rayhan. Baginya, lelaki itu masih belum layak.

"Kan sejuk sikit mata tok nak tengok hang. Tak dakla belemoih sangat"

Khayra menjuih bibir sambil membelek e-mel di telefonnya. Risau pula ada kerja-kerja yang masih belum dia siapkan di pejabat.

Pap!

Mata Khayra terbeliak tatkala melihat toknya menampar meja. Apa pula salah meja tu kali ni?

"Ha! Tok lupa habaq hang. Mai duduk dekat sikit."

"Ayra duduk sebelah tok dah ni. Nak dekat macam mana lagi tok?" Walaupun begitu, Khayra tetap menarik kerusinya sehingga tidak ada lagi ruang di antara dia dan Tok Rahmah. Suspen benar wajah Tok Rahmah seperti ingin membocorkan rahsia kewangan negara.

"Tok nak bagi petua kat hang."

"Petua apa tok? Macam serius je."

"Petua dapat anak kembaq. Macam mak menakan hang tu."

"Ish tok ni, dah tak ada topik ilmiah sikit ke? Kalau orang lain dengar buat malu je." Khayra menolak petua Tok Rahmah jauh-jauh. Kembar? Huh, memang taklah. Tengok Ammar dan Airis sahaja pun boleh stres.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now