Bab 41 ~ Mrs Titanium ~

10.5K 461 72
                                    

TANGAN Rayhan sibuk menyelak helaian kertas kerja yang dibentangkan stafnya. Terangguk-angguk kepalanya meneliti setiap maklumat yang ditaip rapi. Fail ditutup rapat. Kaki disilang. Masa untuk mengomel. Dia terhibur melihat kakitangan RedRay Holdings yang tengah tahan nafas. Gementar menunggu komen majikan mereka.

Fail tersebut diangkat. Pap! Hempas kuat.

"As expected..." Dia berhenti berkata. Mencerlung tajam setiap wajah pekerjanya.

Berderau darah mereka. Bersedia untuk dimaki hamun. Kalau telinga berdarah ataupun mengalir air mata, tisu sudah tersedia atas meja. Tinggal ambil saja.

"Great job as always. The designs are extraordinary. Love it." Suara Rayhan mengendur. Senyuman ringkasnya terukir.

"Fuh..." Beberapa pekerja menghembuskan nafas lega. Terlepas satu fasa berbahaya.

"Come on, confidentlah sikit. Tiap kali nak bagi saya nak check, muka macam orang baru lepas buat seratus push up. Saya takkan makan awak semua, janganlah risau. I got my wife at home anyway..."

Semua mata terhala pada Rayhan. Yang lelaki, tersenyum simpul. Wanita pula tersipu malu.

"Apa senyum-senyum? Saya makan masakan dialah dekat rumah. Tsk tsk tsk. Lepas ni, kita kena organise ceramah pulak. Cleanse sikit otak awak semua." Rayhan berseloroh. Sekejap sahaja, sebelum perhatian kembali kepada kertas kerja yang dibelek tadi.

"I still wanna check the materials that will be used. Are they already available in our factory?"

"Yes, boss. It has been safely delivered to our factory this afternoon," beritahu Zahira.

"Zahira, kita ke factory kejap lepas ni? Is that okay? Ke saya ada appointment lain?"

"Boleh, boss. Semua dah settle pagi tadi. Nak saya inform Rick ke?" tanya Zahira. Mendapatkan kepastian.

"Hello... Saya di sini." Thariq angkat tangan. Matanya melekat pada aplikasi Candy Crush. Langsung tak peduli akan persepsi orang terhadapnya. Lantaklah orang nak fikir apa sekalipun, janji dia bahagia.

"Aik... Sejak bila pulak..." Zahira melopong. Apa benda dia buat dekat situ? Dia pandang Thariq sekilas. Tak faham dengan lelaki pelik tu. Orang lain tengah sibuk bermesyuarat, sesedap rasa saja dia duduk atas lantai. Semata-mata nak cas telefon dan main Candy Crush. Budak-budak pun tak buat perangai kurang senonoh tulah!

"He's everywhere. Biarlah dia." Rayhan malas nak mengulas panjang. Dah terlebih masak dengan perangai Thariq.

"Call my wife sekali ya. Dah petang ni. I'll fetch her." Rayhan berdiri. Mencapai sutnya di belakang kerusi.

"Baik, boss." Zahira keluar terlebih dahulu. Terus menelefon Khayra.

Rayhan angkat tangan. Ibu jarinya terpacak.

"Keep up with the brilliant ideas, peeps. Thanks for your hard work. Really appreciate it." Senyumannya melebar melihat kegembiraan terpancar di wajah staf-stafnya.

"You too, boss!" jerit Thariq. Paling kuat. Walhal, dia langsung tak buat apa-apa.

"Iyalah, Rick. Penat aku tengok kau main Candy Crush." Rayhan melabuhkan lengannya atas bahu Thariq. Membiarkan lelaki itu menghabiskan permainannya. Bilalah kau nak membesar?



"ABANG pergi dulu ya, saya nak jawab call papa kejap," beritahu Khayra. Dia berlalu setelah mendapat kebenaran dari Rayhan. Punat berwarna hijau ditekan. Dia teruja sebenarnya. Kali pertama bapa mentuanya menelefonnya secara video call. Kelas bapa mertua aku, detik hati Khayra.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now