Bab 45 ~ Twins ~

10.7K 488 100
                                    

JANJI Allah itu pasti. Terkumat-kamit mulut Khayra sekeluarga melafazkan rasa syukur terhadap Tuhan yang telah mengabulkan doa mereka. Akhirnya, setelah hampir tujuh tahun berlalu, keadilan berpihak kepada mereka. Orang yang terlibat dengan kes aniaya terhadap Dato' Izhar telah dipenjarakan buat bertahun lamanya.

Setelah disiasat secara mendalam, Croco telah disahkan mempunyai masalah mental oleh pakar psikiatri. Itu merupakan salah satu punca dia bertindak membunuh orang tuanya serta melakukan cubaan untuk membunuh Khayra dan diri sendiri.

Dato' Kamila masuk ke dapur apabila terlihat Khayra sedang sibuk beraksi. Sebelum berkahwin dulu, nak nampak bayang Khayra di dapur pun payah. Yang dia tahu, datang untuk isi perutnya saja. Itu pun, sepinggan nasi belum tentu habis.

"Rayhan tu kenapa Ayra? Pucat lesi je mama tengok dari tadi."

"Ha'ah. Dia demam sikit semalam. Tapi bila Ayra check pagi tadi okey je," jelas Khayra sambil memandang Rayhan yang sedang bersandar di sofa. Lelaki itu tak berhenti mengurut kepalanya. Api dipadam. Siap sudah bubur ayam untuk suami tercinta.

"Lah, pastu kenapa tak bawak jumpa doktor terus?" Dato' Kamila tanya lagi. Itu kali pertama dia tengok Rayhan dalam keadaan tak sihat. Menantunya yang satu itu sentiasa tampil kuat dan bersemangat.

Khayra tayang muka pasrah.

"Mama tahu tak, menantu besar mama tu kan, nak bagi makan ubat pun kena kejar dia satu rumah dulu. Inikan nak ke hospital. Setakat nak kirim salam dekat doktor tu bolehlah." Khayra mencebik. Boleh tahan penat juga nak melayan perangai bayi besar macam Rayhan.

"Tak apa. Kejap lagi mama call doktor kita datang rumah."

"Tak payah, mama. Rayhan ada meeting lepas ni. Tak demam dah pun. Pening-pening manja je." Rayhan menolak sopan sesudah masuk ke kawasan dapur. Diambil pula tempat duduk di kerusi meja makan. Perutnya dipegang. Memulas. Seakan-akan ada jin yang menolak-nolak perutnya.

Seperti tahu apa yang mamanya akan cakap, Khayra bersuara cepat.

"Ayra dah berleter sejak subuh tadi lagi, ma. Rayhan tetap berkeras nak pergi. Penting sangat katanya. Mama janganlah risau, Ayra temankan abang ke sana. Lagipun, dia bukannya boleh drive dalam keadaan macam tu."

Dahi Dato' Kamila berkerut sekejap melihat telatah dua beranak tersebut. Macam bertukar karakter. Kemudian, dia sekadar mengangguk. Malas nak berbahas lama soal itu. Harapnya, Rayhan akan pulih secepat mungkin.



ERIC berhenti melangkah apabila terlihat isteri majikannya di ruang berhampiran bilik mesyuarat yang dia akan masuk. Dia menilik Khayra seketika. Pelik. Selaku seorang pereka fesyen, dia sangat peka akan pemakaian seseorang. Perubahan fesyen Khayra agak ketara berbanding kali terakhir mereka bertemu.

Wanita yang dahulunya sekadar membelitkan selendang di lehernya sudah mengenakan tudung menutupi dada. Kasutnya juga tidak lagi bertumit tinggi mencakar langit. Dan yang paling aneh, setahunya, Khayra yang merupakan pencinta seluar. Tapi kenapa tiba-tiba dia pakai dress labuh?

Tak dinafikan, isteri Rayhan tampak cantik dan berseri seperti biasa. Tapi, pemakaian wanita itu masih janggal di matanya. Dah buat tabiat ke? Atau dia dah bertaubat? Eric mengetuk kepala sendiri. Sejak bila pula dia kisahkan isteri orang?

"Hai, Eric," tegur Khayra selamba. Aktiviti membelek helaian majalah fesyen pakaian kanak-kanaknya terhenti. 

"Erm... Hai." Tangan dilambai. Kekok. Dia masih tercepat sedikit jauh dari Khayra.

Titanium Milik Khayra ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora