Bab 35 ~ Suka ~

8.7K 455 84
                                    

KHAYRA merenung wajah sang suami yang sedang rancak berbual dengan Tan Sri Hamdan. Sungguh Allah itu Maha Adil. Begitu mudah dia mengembalikan sesuatu yang Rayhan dambakan. Kasih seorang bapa. Demi kebahagiaan Rayhan, saban hari dia berdoa agar Allah terus memanjangkan umur Tan Sri Hamdan. Supaya suaminya itu sempat mengubat rindu selama tiga puluh tahun lamanya.

Jujur di sudut hatinya, dia turut merindukan Dato' Izhar. Dia ingin bermanja dengan lelaki itu seperti zaman remajanya. Tubuh hangat itu mahu dia peluk erat. Dia rindukan panggilan 'princess' yang sentiasa menghiasi hari-harinya. Papa. Itulah lelaki yang mahu dia benci. Tapi tidak. Dia takkan mampu membenci Dato' Izhar.

"Kau fikir apa, Ayra?" tanya Rania selepas meneliti raut wajah mendung Khayra.

Khayra geleng.

"Tak ada apalah. Nak aku potongkan buah ni tak?" Khayra mencapai buah oren yang belum dipotong.

Kening Rania terangkat.

"Tak payah. Tu aku dah hantar papa dengan Rayhan. Kau fikir apa ni sampaikan tak sedar?"

Mata Khayra dihalakan ke katil Tan Sri Hamdan. Baru dia perasan yang sepinggan buah sudah siap Rania potong. Khayra melepaskan keluhan besar.

"No worries, pasal hal pejabat je. Erm...aku nak ke cafe kejap. Kau nak order apa-apa tak?"

"Ayra...oh...Ayra. Kau tengok ni apa depan kita. Ni coffee aku dah beli tadi. Kau betul-betul okay ke?" tanya Rania dengan nada risau. Wanita itu tidak kelihatan semangat seperti selalu. Dia tidak buta untuk nampak kecelaruan dalam diri Khayra.

"Aku okay. Aku nak ke toilet kejap tau. Kalau Rayhan cari aku, kau tolong inform dia eh. Aku malas nak kacau diorang berbual."

Sejurus berkata begitu, Khayra berlalu pergi meninggalkan Rania.


HUJUNG mata Rayhan sempat menyaksikan pemergian Khayra. Sejak pagi tadi, mood Khayra nampak tidak baik. Dia lebih banyak berdiam diri dan termenung. Ada apa-apa yang Khayra sembunyikan daripada diakah? Kakinya ingin melangkah membuntuti Khayra, namun dia tidak mahu meninggalkan Tan Sri Hamdan secepat itu.

"Papa boleh nampak kasih sayang antara Rayhan dan Ayra. Sama macam papa dengan umi dulu."

Rayhan tersenyum kelat. Mungkin nasibnya sama seperti Tan Sri Hamdan. Mencintai seseorang melebihi orang itu mencintainya.

"Rayhan masih tak yakin yang Ayra sayangkan kamu?" tanya Tan Sri Hamdan. Ingin mendapatkan kepastian.

"Entahlah pa. Mungkin Khayra masih perlukan masa."

"Percayalah yang dia sayangkan kamu. Yakin dengan hati dan firasat kamu sendiri. Cara kamu pandang Ayra, sama macam cara Ayra pandang kamu. Tak ada sesiapa yang kurang dalam memberi kasih sayang," tutur Tan Sri Hamdan tulus dari hatinya.

"Cuba faham apa yang ada dalam hati dia. Papa tak nak Rayhan ulang salah papa. Papa gagal nak faham perasaan umi. At the end, I lost her. Kasih sayang bukan sekadar apa yang kamu rasa dekat hati, it is also about your action. What are you willing to sacrifice for her? Ingat, isteri itu juga amanah untuk kita."

"Habis, papa nak Rayhan buat apa sekarang ni?" Rayhan buntu.

"Go after her. Don't let her cry alone."

Rayhan bangun. Dia ingin mendapatkan Khayra. Namun belum sempat dia melangkah, lengannya digenggam Tan Sri Hamdan.

"Papa takkan selalu ada dengan kamu untuk bagi nasihat. Remember my words, son. Your happiness lies within your action. Your effort. Love without action is like a journey without direction. It is purposeless."


Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now