Bab 16 ~ Restu ~

6.6K 395 75
                                    

PUAS Khayra menadah telinga mendengar leteran Dato' Kamila. Mamanya menegur perbuatannya yang bersikap biadap dengan tetamu-tetamu yang datang ke rumah. Kata Dato' Kamila, tetamu itu pembawa rezeki, seharusnya dilayan sebaik mungkin.

Lama Khayra duduk di atas kain sejadah sesudah menghabiskan bacaan Al-Quran. Dia bukanlah seorang warak, jarang sangat dia hendak meluangkan masanya dengan kalam Allah. Dia terlalu sibukkan masanya dengan hal dunia sedangkan akhirat itu lebih abadi dan Allah itu pemilik waktu.

Sesungguhnya dia buntu. Sangat buntu untuk membuat keputusan mengenai hidupnya. Saranan Aqila untuk melakukan solat sunat istikharah diturutkan jua. Khayra perlukan petunjuk daripada Yang Esa kerana Dia Maha Mengetahui. Adakah keputusannya tidak akan memakan dirinya? Dia risau.

"Ya Allah, segala rahsia jodoh, rezeki, ajal dan mautku aku serahkan pada-Mu. Jika aku salah dalam membuat pilihan, berikanlah aku petunjuk. Berikanlah apa yang terbaik buatku kerana aku keliru dengan jalan yang harus aku pilih. Aku sedar yang aku bukanlah hamba yang sentiasa bertakwa kepadamu." Air matanya bercucuran, meletakkan sepenuh kepercayaan dan pengharapan pada Yang Esa.

"Namun ketahuilah Ya Allah, bertemu dengan-Mu dan Rasul-Mu bersama orang yang aku cintai di syurga kelak adalah impianku. Walau aku tersilap langkah, aku percaya, Engkau akan selalu ada denganku. Tidak seperti manusia, Engkau tidak akan meninggalkan hamba-Mu. Maka dengan itu, gerakkanlah langkah kakiku ke jalan yang Engkau redai."

Usai mengaminkan doa dan berfikir sejenak. Khayra membuat keputusan untuk menghubungi Zahira untuk membuat temu janji dengan Rayhan. Dia perlu berbincang dengan lelaki itu berkaitan hubungan mereka.



DATO' Kamila merenung nasib anak perempuannya. Setegas mana pun dia, kebahagiaan Khayra akan sentiasa menjadi keutamaannya. Jika Khayra tidak bahagia, dia juga akan turut menanggung derita. Dia ingin melihat senyuman manis Khayra kembali. Tidak ada yang dimahukan oleh seorang ibu melainkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Ketukkan pada pintu pejabat menyedarkan dia dari lamunannya. Noor melangkah masuk seperti biasa, pasti hendak melaporkan sesuatu.

"Dato', tetamu yang Dato' tunggu dah sampai. Nak saya panggil masuk ke?" soal Noor lembut.

"Sure."

Sejurus Noor berlalu, seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap serta berpakaian kemas sut hijau emerald itu menghampiri meja kerja Dato' Kamila. Ini bukan kali pertama dia bersemuka dengan Rayhan, lelaki itu ada menghadiri beberapa mesyuarat dan acara-acara rasmi yang melibatkannya. Jika tidak, dia sekadar menghantar wakilnya.

Rayhan menundukkan sedikit tubuhnya sebagai tanda hormat. Dia yang menelefon Dato' Kamila beberapa hari yang lepas. Dia ingin memberitahu wanita tersebut tentang hajatnya untuk memperisterikan anak perempuannya. Tidak manis rasanya jika dia mengabaikan perasaan wanita yang telah melahirkan Khayra.

Dato' Kamila mempelawa Rayhan untuk duduk di sofa yang terletak di tengah ruang pejabatnya. Lelaki yang mengenakan penutup muka berwarna hijau emerald itu dipandang lama. Ini kali pertama dia berhadapan dengan lelaki yang seperti Rayhan, begitu gigih untuk merahsiakan rupanya.

"Betul ke Encik Rayhan ada melamar Ayra? Cincin yang dia pakai tu, Encik Rayhan ke yang bagi?"

Rayhan tersenyum kecil. "Just call me Rayhan, Dato'. Ya betul, saya nak jadikan Khayra yang halal buat saya."

"Can you handle it? Ayra ni sangat keras kepala. Dia bukan mudah untuk dilenturkan macam perempuan lain," uji Dato' Kamila. Dia hendak melihat sejauh mana kebijaksaan Rayhan dalam menjawab persoalannya.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now