Bab 37 ~ Mahar ~

9.9K 448 83
                                    

MATA Khayra terbuka. Dia memandang kosong siling bilik. Mula mencari Rayhan di sisi. Namun tiada. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan. Kepalanya yang masih sakit dipegang. Macam mana dia boleh ada dalam bilik? Setahu dia, kali terakhir dia terjaga ialah sewaktu berada di hospital.

Dia yang minta Rayhan pulang ke rumah mereka. Dia tak perlukan rumah baru. Buat apa? Memori hitam itu ada dalam kepala. Bukannya dia boleh hilangkan ingatan pun. Lagi pula, dia sudah jatuh sayang dengan rumah itu. Tempat di mana dia mengenali hati budi Rayhan. Rumah itu yang menjadi saksi kasih sayang mereka bercambah.

Kakinya melangkah keluar bilik. Dahi Khayra mula berkerut tatkala terdengar suara beberapa manusia. Ada tetamu ke? Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Rasa takut hadir kembali. Macam mana kalau Gabriel datang balik? Tak mungkin. Lelaki itu sudah dibawa polis.

Dia melepaskan nafas lega tatkala ternampak gerangan manusia yang serius berbual di ruang tamu. Khalis rupanya. Khayra berlalu kembali berlalu ke bilik. Dia nak cuci segala kuman dari Gabriel yang melekat pada tubuhnya. Dia rasa jijik. Selepas ini, dia takkan menyerah kalah lagi. Akan dia pastikan Gabriel terima hukuman yang setimpal.

Kepalanya ditoleh kepada dua jejaka teristimewa dalam hidupnya. Dia menatap wajah Khalis. Abang yang pernah menjadi tempat dia bermanja. Macam mana dia boleh lupakan wajah ni? Itulah lelaki yang mempertahankan maruahnya suatu ketika dahulu. Pahlawan dalam diam.

"Terima kasih, Abang Lis," ucap Khayra perlahan. Setulus hati.


BANYAK perkara yang harus Rayhan dan Khalis selesaikan dalam masa terdekat. Menjadikan mereka tertekan dengan beban yang ditanggung masing-masing. Namun, demi orang tersayang. Tidak ada yang mustahil. Mereka sanggup berkorban apa sahaja.

"Kau tak payahlah risau. Nanti aku set appointment dengan lawyer aku." Rayhan bersuara. Menenangkan jiwa seorang abang yang merisaukan adiknya.

"Sorrylah sebab kena libatkan kau dalam masalah keluarga aku. Tak apa. Lawyer family aku ada. Esok aku contact dia."

"Kau jangan lupa, bro. I'm a part of your family as well. Officially. Remember Khayra... She's mine," bicara Rayhan dengan nada serius. Mempertahankan haknya.

Jawapan Rayhan membuatkan Khalis terdiam seketika. Sehingga sekarang, susah untuk dia terima yang Khayra sudah bersuami. Lelaki yang jauh lebih layak untuk melindungi adik perempuannya. Bukan dia. Tetapi suami Khayra. Rayhan.

"Kalau kau nak pakai lawyer yang handle case papa. Tak payah. Buat tambah masalah lagi adalah."

Dahi Khalis berkerut.

"Memang tu pun plan aku. He's one of the best lawyers in Malaysia, bro. Kau jangan main-main."

"Terbaik? He's the worst. Sebab tu papa tak pernah menang case lepas. Walaupun bersepah je bukti yang menunjukkan papa tak bersalah. But guess what? Lawyer tu buat-buat buta." Rayhan berkata jujur. Tak ada maknanya dia nak mengikut rentak keluarga Khayra yang salah. Jika mereka salah, dia yang akan betulkan.

Khalis mula hangat hati. Tak faham apa yang Rayhan cuba sampaikan. Ingat dia bodohkah? Sudah tentu dia carikan peguam terbaik untuk keluarganya. Takkan nak kutip peguam yang tak boleh buat kerja.

"Apa maksud kau ni?"

"Siapa yang kenalkan kau dekat peguam tu? Dato' Michael?"

Khalis angguk laju.

"Ha'ah. Uncle Michael yang kenalkan dekat family aku dulu. Uncle memang kawan papa sejak zaman belajar lagi. Dia yang banyak tolong kitorang untuk case papa. Tapi tulah... Still tak menang."

Titanium Milik Khayra ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ