Bab 5 ~ Girl ~

5.9K 428 24
                                    

Setahun kemudian...

KHAYRA tersenyum sendiri mengenangkan dalam masa sebulan lagi dia bakal ditinggalkan sendirian. Seorang demi seorang kawannya mulai meninggalkannya, sibuk mendirikan rumah tangga.

Beberapa bulan lepas merupakan hari bahagia Aqila, sekarang Hanis pula bakal menyusul. Bila Khayra teringatkan janji manis yang ditaburkan Hanis dan Aqila beberapa tahun lepas, mahu sahaja dia cekik mereka hidup-hidup.

"Cis, nak kahwin sama-sama konon. Dasar kaki tikam belakang," tutur Khayra di hadapan cermin sambil membetulkan kedudukan tudungnya.

"Tapi kalau dorang tunggu aku, tak kahwin sampai tualah kawan-kawan aku tu," getus hati Khayra. Jauh di sudut hati Khayra, dia turut menumpang bahagia di atas kebahagiaan Hanis dan Aqila. Mereka adalah gadis yang baik, selayaknya dijadikan isteri, tidak sepertinya yang banyak kekurangan.

Lagi pula, Khayra langsung tidak berminat untuk berkahwin. Biarlah dia hidup menyendiri, janji tenang daripada masalah rumah tangga yang berpanjangan. Dia sudah nampak sendiri makna sebenar cinta setelah apa yang dilakukan oleh Dato' Izhar.

Perpisahan kedua ibu bapanya sudah mengajar dia yang cinta tiada gunanya, selain daripada menyakitkan. Masih kuat tersemat di memorinya, tiap hari yang dilalui oleh Dato' Kamila bersama juraian air mata. Dan dia bencikan memori itu.

"Yang kau tenung muka sendiri lama sangat tu dah kenapa?" Hanis menghampiri Khayra yang lama tercegat di hadapan cermin.

"Ni aku tengah betulkan tudung. Okay tak? Kena kan dengan tema misteri?" soal Khayra lalu menayangkan dress labuh berwarna hitam yang melekat pada tubuh tingginya.

Dia agak risau yang pakaiannya tidak menepati tema majlis yang bakal dia hadiri sebentar lagi. Sudahlah bukan majlis biasa-biasa kerana ramai orang kenamaan bakal hadir. Dia tidak suka menghadiri majlis seperti ini, banyak songeh sangat.

"Cantik sangat dah. Perfecto perfecto!" puji Hanis bukan main melambung.

"Thanks, kau cantik jugak. Lagipun, tak cantik sangat pun tak apa. Dah ada orang sayang," usik Khayra. Bertentangan dengan dia, Hanis mengenakan dress berwarna cerah, sangat sesuai dengan warna kulitnya.

"Eleh kau tu bukannya tak ada orang suka. Jual lebih daripada harga pasaran sangat, sebab tu orang takut nak datang dekat. Tu belum campur dengan perangai gangster kau lagi."

Khayra mencebik. Ada sahaja modal Hanis untuk mengutuknya.


...


KELIBAT Tan Sri Hamdan Khayra perhati dari jauh. Bukan Tan Sri Hamdan yang dia cari, namun lelaki bernama Titanium. Setahun lamanya dia menantikan kehadiran lelaki itu, tetapi seperti debu, dia terus lesap. Sedangkan, Kuala Lumpur tidaklah sebesar mana. 

Majlis itu dianjurkan di atas nama tiga syarikat besar iaitu KLight Holdings, R. Felicity Holdings dan RedRay Holdings. Jika hendak dibandingkan ketiga-tiga syarikat itu, RedRay Holdings masih dikategorikan syarikat baru, namun sedang melonjak naik sehingga namanya disebut-sebut oleh ahli perniagaan yang dikagumi ramai.

Setahu Khayra, pemilik syarikat itu juga masih muda tetapi dia sendiri tidak pernah bertemu. Ramai yang mengatakan majlis ini ialah majlis pertama yang bakal dihadiri oleh pemilik syarikat RedRay Holdings, selalunya dia hanya akan menghantar wakil.

Mata Khayra yang tidak tahu duduk diam tiba-tiba tidak berganjak daripada satu tubuh sedang sibuk berbicara dengan beberapa ahli perniagaan. Wajahnya tersembunyi di sebalik topeng muka, persis Titanium.

Titanium Milik Khayra ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora