Bab 12 ~ Isteri Solehah ~

7K 414 41
                                    

PERBALAHAN manja antara Titanium dan Zack terhenti apabila ada dua hamba Allah mendekati mereka dengan senyuman manis. Khayra terlebih dulu meminta diri untuk ke luar rumah kerana tidak mahu lebih ramai orang salah faham. Kalaulah dia sedar lebih awal, tak adalah malu sangat. Itulah fasal, siapa suruh asyik renung muka sahaja.

Zack dan Titanium lantas mendapatkan sepasangan suami isteri yang tersenyum manis pada mereka.

"Thanks for coming Dato' and Datin," ucap Titanium lalu menjabat tangan Dato' Uzzam. Dia langsung tidak menyangka yang mereka bakal hadir. Biasalah orang penting jarang sekali muncul di majlis kecil seperti ini. Tetapi dia tahu yang Dato' Uzzam dan Datin Fathina berbeza, mereka sangat merendah diri dan suka bergaul dengan orang ramai.

"My pleasure," balas Dato' Uzzam lalu menatap wajah isterinya. "Lagipun budak manja ni teringin sangat nak makan nasi kenduri." Pipi Datin Fathina dicuitnya. Dia suka melihat riak wajah geram isterinya. Comel sangat.

"Abang ni, janganlah!" marah Datin Fathina dengan nada manja lalu menolak jari suaminya yang gatal menyentuh pipinya. Geram betul, suka sangat buat perangai tak senonoh depan orang.

"Erm, Dato' Uzzam. Just in case Dato' lupa, kami berdua belum kahwin lagi," ucap Zack dengan wajah meraih simpati. Nak kencing manis dia menyaksikan gelagat suami isteri itu setiap masa di rumah mereka dan pejabat, sekarang dibawa ke majlis pula. Mana dia nak lari?

"Yang ini lagilah, single lagi. Kesian dia," tambah Zack sambil menepuk-nepuk bahu Titanium. Dia melangkah menjauhi Titanium setapak demi setapak. Risau pula dapat pencuci mulut penumbuk kedua.

Dato' Uzzam tersenyum kecil. "Sebab tu kena kahwin cepat-cepat. Kan best pergi mana-mana ada orang pegang tangan." Dia menayangkan tangannya dan sang isteri yang bersulam, sengaja ingin menghangatkan lagi mata kedua lelaki kepercayaannya itu.

Titanium tidak berkata banyak, namun matanya tidak lekang melihat hubungan mesra Dato' Uzzam dan isterinya, Datin Fathina. Lelaki yang dahulunya digeruni para pekerja kini tidak lekang dengan senyuman. Dia pernah bekerja dengan Dato' Uzzam sekejap bersama Zack sebelum bertukar majikan kepada Tan Sri Hamdan.

Tidak dapat dinafikan, perangai Dato' Uzzam benar-benar berubah secara drastik. Dia dapat lihat cinta di mata lelaki hebat itu buat isterinya di saat mata mereka bertaut. Bagaimana kehadiran seorang wanita boleh mengubah diri seorang lelaki sepenuhnya? Dia kagum.

"Kau kena biasakan diri sikit dengan pengantin lama ni. Diorang dah tak jumpa setahun so faham-fahamlah," bisik Zack.

Titanium hanya mengangguk sebagai tanda faham. Lagipun dia tidak ada masalah dengan kemesraan mereka. Sudah lama dia tidak menyaksikan permandangan indah seperti itu antara insan bergelar suami dan isteri. Senyumannya terukir apabila Dato' Uzzam sengaja bertindak tidak mahu melepaskan tangan isterinya yang hendak pergi bertemu Bonda Zawiyah.

Selepas melepaskan jari-jemari kecil dan menghadiahkan kenyitan mata kepada Datin Fathina, Dato' Uzzam berkata, "Zack, Didi ada dekat bonda tu. Pergilah jumpa your bride-to-be."

Mendengar sahaja ucapan yang ditunggu-tunggu itu, Zack terus berlari seperti roket hendak berlepas. Lesap daripada pandangan Titanium dan Dato' Uzzam. Habuk pun tidak ditinggalkan.

Dua jejaka bertubuh tinggi bak model itu melangkah ke luar perkarangan rumah. Dari jauh, mata hitam Titanium menangkap tubuh Khayra yang duduk di buaian seorang diri.

"How's your life?" tanya Dato' Uzzam memecahkan kesunyian. Dia sudah masak dengan sifat Titanium yang tidak banyak bercakap. Sebab itu Titanium lebih jaguh bekerja menggunakan mata dan tubuh berbanding mulut.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now