Bab 28 ~ Yours ~

9.3K 435 28
                                    

"SURE. We shall proceed with the initial plan." Rayhan meneruskan perbincangannya dengan Zahira yang sudah berlangsung selama sepuluh minit. Dia harus menerangkan mengenai projek terbaru mereka. Sepatutnya, dia sendiri yang harus menghadiri mesyuarat penting pada waktu tengah hari tersebut.

Oleh kerana Khayra masih tidak sedarkan diri, dia tidak mahu meninggalkan wanita itu sendirian. Harta di dunia boleh dicari, malah rezeki Allah tidak juga tidak pernah putus. Dia yakin segalanya akan baik-baik sahaja. Lagipula, RedRay Holdings mempunyai ramai pekerja handalan yang mampu mewakilkannya.

Sesudah mematikan talian, Rayhan terus leka dengan kerjanya. Anak mata dia dan komputer riba langsung tidak berpisah. Beberapa kerja berkaitan hari pertunjukan fesyen yang akan berlangsung tidak lama lagi itu sudah dia selesaikan.

"Erm...hmm..."

Kepala Rayhan diangkat. Pandangannya jatuh pada tubuh Khayra yang sudah sedikit bergerak, menandakan wanita itu sudah bangun dari lena yang panjang.

"Erm..." Khayra membetulkan kedudukan kepalanya. Lehernya sakit dek tidur pada posisi yang sama.

Rayhan berlalu ke tubuh isterinya yang sudah tidak dibaluti selimut tebal. Habis segala selimut dan bantal ditendang Khayra. Baju Khayra yang terangkat sehingga menampakkan pusatnya itu Rayhan tarik. Aish, haritu bukan main tutup aurat. Sekarang dah macam nak tertanggal semua baju dibuatnya.

Selimut turut ditarik untuk menutupi peha gebu Khayra. Tak boleh tengok lama-lama. Bahaya. Wajah polos Khayra bersama kerutan kecil di dahi dipandang Rayhan tanpa jemu.

Semalaman dia harus menemani Khayra tidur. Wanita itu langsung tidak tidur lena. Setiap sejam pasti Khayra akan merengek seperti anak kecil. Persis apa dia saksikan sekarang. Ada sahaja bunyi-bunyi aneh keluar daripada mulut isterinya.

Bukan itu sahaja, hanya dia sahaja yang tahu bertapa susahnya nak pakaikan kembali baju ke tubuh Khayra. Hampir lima kali wajahnya menjadi mangsa tamparan serta cakaran wanita itu. Kalau orang tak kenal, pasti Khayra sudah digelar harimau betina.

"Rayhan...," panggil Khayra dengan nada memanjang. Suara seraknya jelas kedengaran.

"Hmm kenapa? Nak cari gaduh lagi?" duga Rayhan. Entah kenapa hatinya senang mendengar namanya ialah perkara pertama yang Khayra sebut sesudah bangun daripada tidur.

"Lapar. Hmmm..."

Dahi licin Rayhan bertukar menjadi kerutan panjang. Isterinya sudah disampuk apa-apakah? Lain benar perangai daripada kebiasaannya.

"Nak makan apa? Saya buatkan bubur okay tak?"

"Tak nak. Nak mushroom soup Pizza Hut."

Tangan kanan dibawa ke belakang leher sebelum digosok perlahan. Agak tidak mengerti dengan perubahan sikap Khayra secara mendadak. Semalam macam bom atom, sekarang macam mercun bawang pula.

"Okaylah. Saya keluar beli kejap."

Jari jemari putih melepak Rayhan digenggam Khayra.

"Order jelah. Nanti diorang hantar sampai depan pintu rumah tu ha. Awak duduk sini, teman saya tengok movie," ucap Khayra tenang. Matanya masih berkedip beberapa kali seperti orang mamai.

"Are you okay, Khayra? You look...weird...no, I mean...somehow unfamiliar? Awak ada terhantuk kepala ke semalam?" soal Rayhan yang tampak masih tidak faham dengan situasi tersebut.

Tanpa mempedulikan soalan Rayhan, Khayra menarik tangan suaminya sehingga lelaki itu terduduk di sampingnya. Dia mengarah Rayhan agar melunjurkan kaki sama sepertinya. Selepas itu, selimut yang tadinya hanya membaluti tubuh Khayra kini berkongsi tuan. Khayra pantas mencapai alat kawalan jauh yang terletak di meja bersebelahan Rayhan.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now