Bab 22 ~ Wira ~

7.7K 435 64
                                    

MATA Rayhan terbuka. Perkara pertama yang dia lakukan ialah memerhati sekeliling kamar yang dia duduki. Tangan kanan diangkat untuk meraup wajahnya. Keluhan besar dilepaskan. Dia sepatutnya berada di samping Zack dan Dato' Uzzam, bukannya tidur di atas katil empuk itu.

Bila diingatkan kembali reaksi Khayra setelah mengetahui hal yang sebenar, dia tahu hubungan dia dan Khayra pasti akan menjadi renggang. Dicampur pula dengan perangai keras kepala wanita itu, pasti Khayra rasa seperti dirinya tertipu.

Tiub yang menyalurkan air ke tubuhnya dicabut. Dia sudah kesuntukan masa. Benar tekaannya, pulang ke rumah bukan solusi yang terbaik. Sekarang, beban di bahunya semakin bertambah. Tangannya memegang bahu yang sudah cantik berbalut. Dia pasti, bukan Khayra yang melakukan kerja-kerja merawatnya. Pasti ada orang profesional yang datang membantu.

Kakinya digagahkan berjalan keluar dari bilik tetamu tersebut. Langkahnya terhenti tatkala matanya menangkap mata helang Khayra yang sedang memancarkan api. Entah kenapa, walaupun wanita itu tampil dengan riak garang, wajah itu masih kelihatan anggun di matanya. Malah lebih menawan daripada biasa.

"Nak pergi mana?" tanya Khayra dingin sebelum meletakkan dulang berisi air susu, ubat dan bubur di atas meja yang terletak berhampiran dengannya. Besar kecil sahaja dia melihat Rayhan yang berlakon seperti tidak ada apa-apa berlaku. Boleh pula dia main cabut tiub drip dan berjalan seperti orang sihat.

"Hospital." Rayhan meneruskan langkah. Dia tahu, jika dia mula bercakap dengan Khayra, semakin banyak masalah yang muncul.

"Baru nak jumpa doktor? Tak payah. Awak rehat. Doktor family saya dah datang semalam. Tahniah untuk sepuluh jahitan baru dekat bahu awak," ucap Khayra dengan nada sarkastik.

Tubuh Rayhan yang tidak berbaju dia lihat. Semalam merupakan kali pertama dia menyentuh tubuh tegap itu tanpa berlapik. Bukan dia nak ambil kesempatan, tetapi doktor meminta dia memegang tubuh Rayhan sementara mereka bertindak membalut tubuh lelaki itu setelah siap menjahit dan mencuci luka.

"Saya bukan nak jumpa doktor. Saya nak melawat kawan saya dekat ICU."

"Bila awak sihat nanti baru pergi. Makan dulu," ujar Khayra. Masih dengan nada yang sejuk membeku seperti suara operator di telefon.

"Got no time, Khayra." Rayhan angkat tangan sebagai tanda menolak. Dia tidak ada selera nak makan buat masa sekarang. Membayangkan Zack dan Dato' Uzzam terbaring tidak sedarkan diri di atas katil, mana mungkin dia boleh makan pada waktu itu.

"Saya ambik cuti tiga hari semata-mata untuk awak, Encik Rayhan. You better stay here or else I won't tolerate with you anymore." Suaranya ditekankan. Walaupun dia tampak dingin, namun hanya Allah yang tahu bertapa dia ingin lelaki itu kembali pulih. Dia tidak kuat melihat Rayhan lemah seperti itu. Kulit cerah lelaki itu sudah nampak pucat lesi.

"Saya ada suruh ke? Tak kan?"

"Ikut suka awaklah. Tak nak makan sudah. Buang je semua benda alah ni." Khayra menolak perlahan dulang tersebut. Protes. Dia berlalu ke ruang tamu tanpa mempedulikan mata Rayhan yang mengikut setiap gerak-gerinya.

"Yang awak pakai tudung dalam rumah ni kenapa? Tak cukup dengan baju hoodie berdozen awak tu, sekarang nak tambah koleksi tudung sarung pula?" tegur Rayhan apabila menyedari pemakaian Khayra yang semakin aneh. Wanita itu memakai baju, seluar, tudung dan sarung kaki seolah-olah dia lelaki ajnabi yang tidak berhak melihat kulitnya walaupun seinci. Sedangkan semua orang tahu yang dia berhak melihat lebih daripada itu.

"Saya pakai tudung ke tak, it has nothing to do with you. Awak nak keluar kan? Pergilah. Saya nak keluar jugak." Khayra mengambil tas tangannya. Kakinya mulai menghayun laju ke pintu besar rumah Rayhan.

Titanium Milik Khayra ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt