Bab 47 ~ Queen ~

10.6K 471 117
                                    

TERSEDAR. Khayra terus mencari gerangan manusia di sisinya. Melihat pemilik tangan yang setia menggenggam erat tangannya. Matanya berair, menatap wajah lelah sang suami yang merehatkan kepala bersebelahan lengannya. Tangan kiri dibawa ke kepala Rayhan.

Sebelum dia tidak sedarkan diri, sempat dia saksikan riak wajah sedih suaminya. Tak berhenti Rayhan melakukan bantuan pernafasan, berharap Tan Sri Hamdan akan kembali semula ke pangkuannya. Menangis-nangis lelaki itu seperti anak kecil kehilangan bapa. Pesanan Tan Sri Hamdan suatu ketika dahulu kembali bermain di benaknya.

"Tell him how much you love him..." Permintaan Tan Sri Hamdan kembali terngiang-ngiang di telinganya. Esakkannya terus menjadi-jadi. Jika Rayhan dibesarkan oleh Tan Sri Hamdan sejak kecil, pasti lelaki itu akan menerima kasih sayang yang mencukupi. Sama persis seperti Rania.

"Sayang..." Rayhan terjaga. Berkerut dahinya merenung wajah sang isteri yang sudah dilimpahi linangan air mata. Perut wanita itu disentuh, risau jikalau ada apa-apa komplikasi pada kandungan Khayra.

"Awak sakit ke? Doktor cakap baby okey. Kenapa awak nangis ni?" Air mata Khayra, Rayhan hapuskan. Matanya turut berkaca. Diduga dengan dua orang yang tersayang, dia cuba untuk tampil kuat. Sedangkan, hanya Allah saja yang tahu rasa pilu yang harus dia tanggung.

"Bukan baby. Tapi abang. Saya kesiankan abang. Abang baru nak rasa kasih sayang papa... Kenapa asyik abang je kena uji? Abang baik... Tapi kenapa..." Tangan Rayhan di pipi, Khayra genggam erat. Tak sanggup membalas renungan mata merah suaminya.

"Shh... Allah knows best, sayang. It's not our place to question His perfect plan," bicara Rayhan dengan suara yang bertukar serak. Menahan dirinya daripada mengalirkan air mata.

"Abang... Baby nak peluk daddy." Khayra mendepakan tangan. Dengan air mata yang masih mengalir, dia membentuk senyuman lebar buat Rayhan. Dia harap, senyuman itu dapat merawat luka suaminya.

Rayhan menatap wajah Khayra lama. Jika Hawa merupakan penyejuk mata Nabi Adam, Khayra akan sentiasa menjadi penyejuk mata dan seluruh jiwa raganya. Perlahan-lahan, sisi lemahnya tertunjuk jua. Butir-butir jernih mula menuruni pipi. Pelukan Khayra disambut dengan hati terbuka.

"It's okay to cry when you're with me, abang. Saya akan sentiasa ada di sisi abang. Sama macam abang selalu ada di sisi saya." Khayra membiarkan Rayhan menangis di bahunya. Rambut lelaki itu dibelai penuh cinta.

"I love you...," bisik Khayra perlahan. Menunaikan impian Tan Sri Hamdan. Dia takkan pernah bosan mengucapkan kalimah indah itu buat Rayhan. Demi bapa mentua yang dia cintai, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membahagiakan suaminya.



BULAN demi bulan pergi silih berganti. Perut Khayra kian membesar. Menandakan kedua bayinya baik-baik saja. Debaran juga kian terasa. Takut untuk menghadapi satu pengalaman baru. Pelbagai ragam harus dia dan Rayhan layan. Proses mengandung tidak semudah yang dia sangka. Nak bawa diri sendiri pun susah, inikan nak mengusung dua lagi nyawa yang perlu diberi perhatian sebaik mungkin. Dia tak mahu apa-apa terjadi dek kecuaiannya.

Pregnancy pillow yang melekat pada tubuh dijauhkan sedikit. Khayra memalingkan tubuh. Sejurus itu, tawa kecilnya pecah. Geram melihat kecomelan suaminya yang bukan main sakan memeluk bantal khas untuk ibu mengandung. Orang yang hamil, dia pula yang over. Sejak nak jadi bapa orang ni, hilang terus perangai macho sang suami.

Beberapa bulan lepas, dek cemburu tengok Khayra seronok tidur nyenyak di samping bantal kehamilan berwarna merah jambu itu, Rayhan pun bertindak belikan satu untuk memuaskan hatinya. Oleh sebab itu, dua bantal ibu mengandung memenuhi segenap katil mereka. Padahal, yang mengandung hanya seorang.

Titanium Milik Khayra ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant