Bab 1 ~ Ayra ~

12.9K 464 25
                                    

NUR Khayra Iffat binti Izhar ialah nama keramat yang diberi oleh kedua ibu bapanya. Namun dia bencikan nama itu. Nama ini yang mengongkong hidupnya. Selamanya, nama itu akan diheret-heret bersamanya. Tidak kira di mana dia berada. Dia bencikan nama lelaki yang berada pada hujung namanya. Tidak cukupkah kehidupannya diporak-perandakan? Kenapa nama dia juga harus dicemari?

Memang hidupnya tampak mudah, senang, dan semuanya serba-serbi cukup. Anak kepada salah seorang usahawan terunggul dan ternama di Malaysia. Semua orang cemburukan kehidupannya tanpa mengetahui bertapa dia ingin keluar daripada kepompong itu. Dia langsung tidak ingin berada di tempat yang dia duduki sekarang. Dia mahu keluar dengan bebas.

Lama Khayra termenung mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Sejak terjadinya peristiwa pahit itu, dia cemburu akan hubungan keluarga orang lain yang dilimpahi dengan kasih sayang, perhatian dan gelak ketawa. Tetapi apakan daya? Dia harus menerima kenyataan yang di dunia ini, tidak semuanya seindah syurga. Dunia ini hanya tempat untuk menguji manusia. Penuh dengan bunga yang cantik pada awalnya, semakin lama, bunga itu menjadi layu, kering dan mereput. 

"Ayra, kau tak balik rumah mama kau ke?" soal kawan baik dan juga merangkap teman bergaduhnya, Aqila. Mereka sudah berkahwan sejak berada di bangku sekolah rendah. Aqila sudah kenal benar luar dan dalam Khayra seperti adik-beradiknya sendiri.

 Khayra memandang kosong ke arah kawannya yang sibuk mengunyah buah epal merah kegemarannya. Sudah sebulan Aqila cakap nak diet tetapi setiap hari juga dia melantak kek coklat di dalam peti sejuk. Bukan dia tidak tahu yang Aqila makan epal itu sekadar nak hilangkan rasa berdosa sebab makan kek.

"Malaslah. Aku ada ke tak sama je rumah tu," balas Khayra dengan riak tidak berminat sama sekali. Dia tidak mahu nama ahli keluarganya disebut-sebut. Serabut.

"Kau ni, janganlah macam tu. Nanti dosa kau hinggap juga dekat aku jugak. Aqila memberi peringatan kepada sahabat karibnya itu.

"Eh kau ni asal pula. Dosa aku, aku tanggunglah. Yang kau sibuk nak tanggung dosa aku ni apesal?" bentak Khayra tidak puas hati. Dia tak suka akan idea Aqila yang suka benar berkata seperti itu. Bukan salah Aqila, dirinya sendiri yang memilih untuk tidak pulang walaupun sudah beribu kali teman-temannya itu cuba menasihatinya. Tak semudah itu untuk dia jejakkan kaki ke situ. Rumah itu menjadi saksi kehancuran hatinya.

"Mama kau call aku semalam. Dia suruh kau balik." Aqila mula mengambil tempat di sebelah Khayra. Geram betul dengan temannya yang seorang ini. Keras kepalanya boleh mencabar mana-mana hamba Allah. Nasib baik lahir-lahir terus Islam, kalau tak, dialah manusia yang paling payah nak terima tarbiah orang. Sepuluh tahun berdakwah pun belum tentu keras kepalanya nak hilang. 

"Tak ada mood lah," jawab Khayra acuh tak acuh tanpa sama sekali menatap wajah sahabatnya itu. Matanya melekat pada televisyen yang menayangkan rancangan bosan. Asyik-asyik cerita cinta, dah tak ada benda yang lebih baikkah yang hendak dibuat?

"Kau ni kan Ayra, ada phone canggih dan mahal tu cuba manfaatkan. Kesian phone aku ni kerja angkat call Mama kau je. Angkatlah call dia, kesian Mama kau risau," tegur Aqila. Dia sendiri tidak tahu ini sudah kali keberapa dia menegur perihal yang sama. Sudah berbuih mulutnya seperti buih di lautan kerana penat menyatakan hal yang sama saban hari. Walaupun diabaikan, Aqila gagahkan juga menasihati Khayra. Dia mahu Khayra berubah. Dia sangat rindukan Ayranya yang dulu.

Alat kawalan jauh televisyen Aqila capai. Siaran kegemarannya dibuka pantas. Bersinar terang matanya di saat rancangan kegemarannya ditayangkan di kaca televisyen. Crash Landing On You!

"Aku jumpa je Mama dekat office. Malas lah... Kalau kau tak nak angkat, block jelah," tutur Khayra selamba. Dia sudah bertembung dengan mamanya setiap hari kecuali hari minggu. Baginya itu lebih daripada cukup. Buat apa bersuara muka hanya untuk bertekak? Perang dingin antara dia dan mamanya masih belum berakhir.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now