Bab 11 ~ Special ~

6.5K 396 14
                                    

"YOU guys did really well." Tepukan gemuruh Khayra hadiahkan kepada para kakitangan KLight Holdings yang terlibat dengan kolaborasi bersama syarikat R. Felicity Holdings dan RedRed Holdings. Ia merupakan salah satu cara untuk membakar semangat mereka untuk melakukan yang terbaik.

Sejurus mereka keluar untuk mengisi perut masing-masing, Khayra kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi, membelek jadual bonding trip yang baru sahaja diserahkan oleh salah seorang staf syarikat Tan Sri Hamdan pada pagi tadi melalui e-mel.

"Mak ai, ni bonding trip ke punishment trip. Banyaknya aktiviti, mahu pengsan lepas balik," rungut Khayra. Belum pergi pun dah penat baca tentatif yang disediakan. Kalau kerja-kerja yang memenatkan seperti itu, pasti Dato' Kamila tidak ragu-ragu untuk menghantarnya. Dia juga tidak tahu kenapa.

Pintu mesyuarat yang tiba-tiba manarik perhatian Khayra. Salah seorang teman sekerjanya masuk lalu berkata, "Ayra, ada orang nak jumpa."

"Siapa ya?"

Belum sempat dijawab, seorang lelaki terlebih dulu masuk. Dek rasa tekejut, Khayra terus terbangun. Apa dia buat di sini? Anak mata hitam itu merenung lama mata Khayra sebelum merapatkan jarak antara mereka. Dalam diam, mata Khayra menilik penampilan Titanium yang sama seperti kebiasaannya. Serba-serbi hitam termasuk topi dikepalanya. Cuma kini Titanium sudah tidak lagi berkaca mata hitam.

Titanium turut melakukan hal yang sama. Menilik Khayra yang memakai seluar jeans putih, berkasut tumit tinggi, baju berwarna biru pastel yang dimasukkan ke dalam seluar. Dia tidak terkejut melihat penampilan persis model yang diperagakan wanita itu. Khayra bekerja di salah satu syarikat fesyen yang terbesar. Logiklah kalau penampilannya sentiasa tampil elegan. Selendang putihnya juga sekadar dipakai atas dada.

Khayra cuba berlagak seperti tidak ada apa-apa berlaku. "Wow wow wow, look who's here," tutur Khayra bersama senyuman pura-pura. Dia tidak boleh membohongi dirinya sendiri, dia masih terasa hati dengan kata-kata Titanium pada perjumpaan mereka yang lalu.

"Now, you're meeting a stranger once again," tambah Khayra lagi. Dia mahu memerli Titanium namun tidak berhasil. Lelaki itu masih menatap wajahnya dengan pandangan redup. Kenapa begitu mudah rasa sakit hati itu menghilang dengan hanya melihat wajah tenangnya? Apa yang hebat sangat tentang lelaki misteri ini? Khayra geram dengan diri sendiri.

Senyuman yang tersembunyi milik Titanium terukir. "Stranger?" Dia dapat rasakan satu perasaan aneh. Khayra, dia bertutur seolah-olah dia sedang merajuk.

"Jangan buat-buat lupa. You said so, Encik Titanium."

"You can call me Titanium, Cik Khayra."

Khayra melarikan anak matanya. "Yet you're still calling me Cik Khayra," ujarnya perlahan.

Titanium pandang raut wajah kecewa itu. "Cik Khayra salah faham sebenarnya. I'm calling you 'Cik Khayra' not because you're a stranger, but rather because I respect you as a woman."

Hati Khayra belum puas dengan penjelasan Titanium. "But you called me a stranger, T. Kenapa awak panggil saya stranger? We can be friends. Saya nak ajak awak jadi kawan but you ruined everyting by saying we're strangers."

"Saya minta maaf kalau Cik Khayra terasa. Sejak pertama kali kita jumpa, I've never considered you as a stranger. In fact, not even once."

"Hah?"

"I'm so sorry. Saya cakap macam tu sebab saya nak create satu tembok antara saya dan Cik Khayra. Lelaki dan perempuan tak sepatutnya jadi kawan. Macam apa yang saya cakap, kita tak apa-apa ikatan. Being friends will simply allow you and me to meet again and that's wrong. This is not what Islam has taught us," ujar Titanium setulus hati.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now