Bab 26 ~ Sayang ~

8.3K 410 29
                                    

KHAYRA berlari anak mendapatkan Aqila yang sedang duduk di kerusi berhadapan kaunter pertanyaan. Sebaik sahaja tiba, tubuh kawannya itu dipeluk erat. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir pilu. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa gementarnya dia setelah mendapat tahu yang Aqila pengsan di bilik air.

"Kau okay? Macam mana kau boleh pengsan dekat bilik air ni? Ada yang patah or terseliuh tak? Siapa tolong kau? Aku minta maaf, aku tak ada untuk kau tadi," soal Khayra berderet. Tak lekang matanya menilik tubuh Aqila yang nampak seperti berada dalam keadaan yang baik. Matanya dipejam sebentar sebelum rasa syukur dilafazkan.

"Ya Allah, satu-satulah Ayra oi. Aku okay. Hanis overlah tu sebab dia tak boleh datang. Aku terjatuh sikit je, tak teruk pun. Hafiz yang tolong aku tadi. Kebetulan Allah detikkan hati dia untuk ambik cuti harini." Dia mengukirkan senyuman kecil sebelum menghapuskan air mata Khayra yang tadinya berlinang.

"Alhamdulillah. Nak luruh jantung aku ni tau. Doktor cakap apa?"

"Tak ada apa pun. Doktor tu cakap ada nyawa tumpang dalam ni ha," beritahu Aqila dengan nada melawak. Jari telunjuknya dihalakan ke perut.

Mata Khayra berkedip beberapa kali. Dia cuba mengintrepertasi makna tersirat di sebalik ucapan dan gerak-geri kawannya. Apa yang tumpang? Lemak? Usus? Makanan?

"Kalau kau teka lemak aku smackdown kau," ugut Aqila. Lihat riak Khayra sahaja dia sudah tahu hal-hal kurang bijak yang bermain di kepala itu.

"Habis...takkan roh pulak kan?" ucap Khayra secara spontan. Eh kejap, roh? Anggukan kecil Aqila membuatkan Khayra terkesima. Tidak menyangkakan yang satu itu. Dia memandang ke perut Aqila. Masih tidak percaya.

"Tak payahlah usha pelik. Nanti giliran kau dengan Hanis pula."

"Weh tahniah. Maaf aku blur. Aku still tengah bayang kau pakai baju sekolah waktu zaman-zaman noob dulu. Then sekarang kau dah nak jadi mummy." Khayra menggenggam tangan Aqila.

Setelah Hafiz hadir untuk mendapatkan Aqila, pasangan itu pulang dengan senyuman bahagia yang menghiasi bibir mereka. Tidak sabar menanti kelahiran si cilik yang akan menghiasi hari-hari mereka.

Khayra duduk. Memikirkan hubungan keruh antara dia dan Rayhan, dia mengeluh perlahan. Jika Rayhan tidak lagi mampu untuk bertahan dengan sikapnya, perpisahan merupakan satu-satunya solusi yang mereka ada. Dia tidak lagi gentar. Keperitan hidup mengajar dia untuk berhenti berharap.

Kepala yang tertunduk buat seketika diangkat apabila dia terlihat seorang gerangan lelaki. Lama dia memerhati gerak-geri lelaki tersebut di hadapan kaunter. Jika dia tidak salah, itu Khalis. Apa yang abangnya buat di sini? Dia melawat orang sakitkah?

Hatinya tiba-tiba tergerak untuk mengikut langkah Khalis. Dia bukan hendak mengintip tetapi sekadar mahu tahu siapa yang dilawati abangnya.

Sesudah Khalis masuk ke salah satu bilik pesakit yang kelihatan agak mewah itu, Khayra berhenti di sebalik pintu yang baru sahaja ditarik abangnya. Ketenangan yang dia rasai bertukar menjadi resah yang tidak dapat dibendung. Kenapa ada nama mamanya di sini? Mama tak sihat? Pelbagai persoalan menerpa mindanya.

Pintu yang sudah tertutup itu dia tarik sedikit untuk menampakkan gerangan manusia yang berada di dalam bilik pesakit itu. Tangannya mula menggeletar tatkala matanya bertemu dengan sosok tubuh yang masih dia benci. Apa yang dia buat di sini?

Mata Khayra mula berair apabila menyaksikan kelibat Dato' Izhar yang membantu mamanya untuk bangun daripada katil. Jika dilihat orang, pasti mereka masih disangkakan sebagai sepasang suami isteri yang saling menyayangi.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now