Bab 9 ~ Meeting ~

5.7K 385 24
                                    

BESAR kecil sahaja Khayra merenung tajam lelaki berdarah Cina itu. Mulutnya boleh tahan berduri, membuatkan semua staf yang lain terdiam dan menundukkan kepala. Sudah habis cair pemerah bibir yang Khayra pakai dek tak habis-habis memohon maaf di atas kesalahannya. Tidak tahu kenapa hari ini dia dilanda pelbagai masalah yang menyakitkan kepalanya.

Aqila mendiamkan diri selepas penat menerangkan masalah yang mereka hadapi. Dia benar-benar tak faham bagaimana lelaki berperangai serupa mulut hantu gila itu boleh bekerja di syarikat sebesar ini. Apa sahaja yang keluar daripada mulutnya mampu mematahkan semangat orang yang berniat murni.

Tangan Khayra yang sudah membentuk dua penumbuk Aqila genggam lalu menggelengkan kepalanya. Dia tahu benar yang Khayra sudah berada pada tahap kemuncak kesabarannya. Muka putih bersih itu sudah berubah warna yang menandakan dia betul-betul geram dengan Eric.

"I tak kira. I nak you tukar staf lain..."

"Maaf ya Encik Eric. Encik faham bahasa Melayu ke tak? Macam yang Faizal cakap tadi, dia hanya ubah sedikit rekaan untuk tunjukkan pada Encik Eric. Tapi belum apa-apa dia dah kena marah. Encik tengok ni, the actual design dia tak ubah pun. Yang copy ni hanya sebagai pendapat. Lagipun seperti yang saya cakap, design company kami menitikberatkan soal aurat," jelas Khayra panjang lebar sambil menunjukkan perbezaan rekaan yang dibuat oleh Eric dan salinan yang menunjukkan sedikit penambahan yang dibuat oleh Faizal.

Berdasarkan apa yang dia lihat, penambahan yang dilakukan oleh Faizal benar-benar kena dengan citarasanya. Lebih sopan dan menutup aurat. Rekaan Eric terlalu singkat sehingga hampir menampakkan pusat dan tidak berlengan. Ianya tidak sesuai kerana bilangan wanita Islam lebih ramai di Malaysia.

"You pun tak faham bahasa eh? I don't care about aurat or what, I tak suka orang main ubah design I. Staf tak faham bahasa macam ni, buang je. Ramai lagilah yang layak," bicara Eric sambil mendengus kasar.

Pap!

Semua mata membutang tatkala Khayra menampar kuat meja mesyuarat itu sehingga bergema. Matanya mencerlung memandang anak mata sepet Eric yang berkaca mata. Lama dia menikam mata itu seperti hendak ditelannya.

"Sorry, tangan I gatal sikit." Mata terbeliak Eric Khayra tidak endahkan sebelum meneruskan tutur bicaranya.

"Out of all 10 designs, he created 2. Macam ni Encik Eric cakap tak layak? Dua tahun atau lima tahun hanyalah nombor ataupun masa. You need to look at other perspectives too. Look at his talent and potential. Both of you are great designers and I enjoy working with you guys. Saya minta maaf bagi pihak saya sebab tak consider permintaan Encik Eric. Tapi you need to know that I've sent you the best designers."

"Best designers? Are you kidding me? Budak-budak mentah macam ni you called best designers. Are you blind?" ujarnya angkuh sambil menunding ke arah staf-staf yang mewakili KLight Holdings.

"Kalau Encik Eric tak boleh nak bersikap professional, saya tak teragak-agak nak singkirkan encik daripada kolaborasi ni. They are all my staff, apa yang encik cakap sekarang sama seperti menghina mereka. Mereka datang dengan harapan untuk bagi yang terbaik, bukannya main-main. Orang yang buta dan tidak boleh melihat potensi orang lain tak layak untuk menjadi ketua."

"You nak singkirkan I? Kenapa sebab you anak Dato' Kamila, macam tu? Or sebab you bangga dengan apa yang Dato' Izhar dah buat?" perli Eric dengan kasar tanpa memikirkan perasaan Khayra.

Kata-kata Eric membuatkan Khayra kematian kata. Di hadapan ramai orang, Eric membangkitkan isu keluarganya yang sudah lama dia simpan. Jari-jemari kanannya menggengam kuat tangan kirinya. Peluh mula memercik di segenap tubuhnya. Mata Khayra mulai berair. Tidak dinafikan, Eric memang bijak. Dia menggunakan kelemahan Khayra dengan baik.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now