Bab 18 ~ Mrs Rayhan ~

8.1K 385 64
                                    

RAYHAN melihat sekilas perangai kanak-kanak Ribena Khayra. Wanita itu tetap berkeras tidak mahu mengambil gambar keluarga bersama Dato' Izhar. Siap duduk di atas sofa sambil bersilang kaki lagi. Sudah puas Dato' Kamila memujuknya namun masih tidak makan saman.

"Ayra, papa dah nak balik tu. Tak kesian dekat papa ke? Dia datang ke sini semata-mata sebab kamu," pujuk Kamila. Lengan Khayra digenggamnya. Hampa. Khayra masih menggelengkan kepala.

"Kenapa pulak Ayra nak kesiankan lelaki tu? Ayra tak nak. Jangan paksa-paksa boleh tak?" balas Khayra sedikit kasar. Sudahlah dia penat melayan semua tetamu yang hadir. Orang yang dia benci pun nak kena layan ke? Eh, tak payahlah.

"Khayra. Behave yourself." Raut wajah Rayhan bertukar serius. Dia tidak mahu Khayra bersikap biadap dengan ibunya sendiri.

"Kenapa? Sekarang encik nak mengajar saya pulak ke?" bidas Khayra.

"Macam tu ke mama ajar kamu cakap dengan suami? Jangan jadi biadap," marah Dato' Kamila. Ingatkan apabila sudah berkahwin perangai anaknya akan semakin matang, tetapi dia salah. Keras kepala Khayra semakin menjadi-jadi.

"Masalahnya semua orang tak faham Ayra. Kenapa paksa Ayra buat benda yang Ayra tak nak? Yang mama caring sangat dengan ex-husband mama tu kenapa?"

Rayhan melangkah mendekati tempat di mana Khayra dan ibu mentuanya duduk. "Don't mind her, mama. I can handle Khayra. Mama pergilah dekat papa, kejap lagi Rayhan bawa Khayra."

Dato' Kamila mengangguk lemah. Dia betul-betul sudah penat untuk berperang air liur dengan batu berbentuk manusia itu. Saat dia melangkah pergi, dia berdoa agar Rayhan mampu melenturkan hati batu Khayra. Sudah tiba masanya untuk anak gadisnya berubah kepada Khayra yang dulu.

Jelingan maut Khayra hadiahkan kepada Rayhan. Dia tidak suka lelaki itu masuk campur soal keluarganya.

"Encik ingat saya ni easy girl ke? Mama pun tak boleh. So, encik jangan mimpi nak handle saya. You're just a husband."

Rayhan tersenyum. "Well, I'm not your mom." Dia melangkah ke arah Khayra. "And yes, I'm your husband," ucap Rayhan sambil merapatkan tubuhnya dengan Khayra sehingga lutut mereka bersentuhan. Tingkah laku isteri yang baru dikahwininya memberitahu dia yang hidupnya tidak akan mudah selepas ini.

"So what? I have my own right. Saya tak nak ada dalam satu frame dengan lelaki tu." Khayra menggerakkan sedikit kakinya agar lutut dia dan Rayhan tidak lagi bersentuh.

"Lelaki yang awak sebut-sebut tu your dad, Nur Khayra Iffat."

"He doesn't deserve that title, Encik Rayhan."

"Jom." Rayhan bertindak menolak sebelah kaki Khayra yang disilangkan. Bulatan mata Khayra yang kian membesar dia abaikan. Khayra bijak melawan kata. Jadi, satu-satunya cara untuk dia melunturkan kekerasan wanita itu ialah dengan perbuatan.

"Tak nak," ucap Khayra dengan nada suara yang ditekan. Dia menyilang kedua belah tangannya pula.

Rayhan hanya menggelengkan kepalanya. Mengendalikan Khayra sama sahaja seperti menjaga anak kecil yang suka merajuk dan memberontak. Kedua lengan Khayra dia rungkaikan agar tidak lagi bersilang lalu dia tarik tubuh itu. Kini, tubuh Khayra berdiri betul-betul berhadapan dengan tubuhnya.

"One picture won't hurt. It's just a picture. Don't act like a kiddo."

"I'm not acting like a kid," lawan Khayra yang tidak tahu makna kalah.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now