Bab 31 ~ Chance ~

8.5K 440 125
                                    

RANIA membetulkan selendang di atas kepalanya. Sudah lama dia tidak menunaikan tuntutan Allah yang satu itu. Dia pakai hanya sekadar hendak menemani Tan Sri Hamdan ke rumah anak yatim. Pada awalnya, dia juga berasa pelik. Tak pernah-pernah papanya hendak mengajak dia sekali untuk melakukan hal-hal kebajikan.

"Papa suka tengok Rania pakai tudung macam ni. Ayu sangat. Lama papa tak nampak Rania pakai. Last kalau tak silap waktu Rania bercinta dengan Khalis kan?"

Tubuh Rania membeku. Dia kaget. Bukan kerana Tan Sri berkata soal tudung, tetapi itu kali pertama papanya berbicara soal Khalis dengan nada suara lembut. Selalunya pasti akan diiringi dengan cemuhan dan kata-kata kesat.

Apabila Tan Sri berbicara soal tudung, dia teringatkan seorang lelaki lagi yang pernah menyatakan hal yang sama. Sejak dulu lagi, dia hanya akan bertudung apabila keluar dengan Khalis. Bukannya nak tunjuk alim, tapi Khalis memang tak akan bersetuju untuk keluar jika dia tidak bertudung. Katanya, buat tambah dosa saja tengok sesuatu yang bukan miliknya.

"Kenapa papa tiba-tiba cakap pasal Khalis ni?" soal Rania ingin tahu.

"Dia datang melawat papa haritu. Waktu tu Rania tak ada," beritahu Tan Sri Hamdan dengan senyuman nipis. Tidak sangka, dia begitu bodoh dalam menilai seseorang. Benar kata Rania, melalui budi pekerti sahaja, sisi baik Khalis jelas kelihatan.

Buat kali kedua, Rania terkejut. Khalis datang melawat papa? Bukankah lelaki itu yang membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka?

"Tapi kenapa? Rania tak faham..."

"Tak payah fikir bukan-bukan. Dato' Kamila pun kena admit dekat hospital yang sama dengan papa. Lama papa perhati je dia selalu datang melawat mama dia. Cakap pun lembut je. Sekarang papa faham kenapa Rania pernah sukakan dia," bicara Tan Sri Hamdan lembut.

"Benda dah lepas papa. Dia dah tak sukakan Rania pun. Kami dah bawa haluan masing-masing," ujar Rania bersama riak muram. Apa dia boleh buat jika sebelah pihak sudah berputus asa untuk membaiki hubungan mereka? Dia hanya boleh akur.

"Rania tak perlu risau. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Papa doakan Rania dapat suami yang dapat bimbing kamu." Tan Sri Hamdan memberi kata-kata semangat.

Mulut Rania sengaja dikunci. Dia tidak mahu berbahas tentang sesuatu yang tidak pasti.

"Kalau papa minta Rania pakai tudung terus boleh tak? Tak adalah, kalau papa dah tak ada nanti, sejuk sikit kubur papa," tutur Tan Sri selamba sahaja.

"Apa ni papa? Tak suka tau!"

"Cari suami yang jauh lebih hebat daripada papa. I wasn't a great husband. Papa tak dapat bahagiakan keluarga kita. Papa tak dapat selamatkan perkahwinan papa dengan mama. Sebab papa, kamu tak dapat kasih sayang cukup daripada mama kamu sendiri."

"Kenapa papa salahkan diri sendiri pulak ni? Mama was the one who gave up on us, papa. Dia memang tak sayangkan Rania pun. Duduk dekat luar negara sampai tak ada masa nak call anak sendiri. Kalau Rania call pun, busy je memanjang." Rania mencebik. Dia tidak perlukan seorang ibu. Cukuplah kehadiran Tan Sri Hamdan. Dia sudah bersyukur.

"Mama tak salah. Papa yang tak boleh sayang dia sama macam papa sayang Umi Rayhana. Salah papa jugak."

"Kenapa sampai sekarang papa masih sayangkan Umi Rayhana? I mean, Umi Rayhana dah tinggalkan papa dulu. Macam mana rasa sayang tu ada lagi?"

Tan Sri Hamdan menunduk ke lantai. Dia teringatkan memori indah dia bersama Rayhana. Satu-satunya wanita yang berjaya menawan seluruh hatinya. Baginya, Rayhana ialah isteri pertama dan terakhirnya. Sama seperti tempat Siti Khadijah yang tidak dapat digantikan oleh sesiapa di hati Nabi Muhammad.

Titanium Milik Khayra ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora