Bab 38 ~ Angel ~

10.4K 429 78
                                    

DENGAN mata yang masih berat, Khayra bangun. Mencapai baju dia dan Rayhan yang berantakan di atas lantai. Tubuhnya membahang. Teringatkan momen bersejarahnya semalam. Wajah penat Rayhan yang masih lena diulit mimpi dilihat dari jauh. Senyumannya terukir dalam diam. Dia tidak menyesal. Membahagiakan lelaki itu ialah pilihannya.

"Sayang...," panggil Rayhan dalam keadaan mamai. Suara serak basahnya menerpa gegendang telinga Khayra.

Tak jawab. Khayra cepat-cepat mengenakan baju tidurnya. Kemudian, dia mengambil tempat di sisi Rayhan. Selimut tebal ditarik agar menutupi kulit putih melepak Rayhan yang tidak berbaju. Kepala sang suami diangkat lalu ditempatkan atas bantal. Pipi Rayhan diusap penuh kasih sayang.

"Abang tak nak bangun lagi ke? Subuh nak dekat dah." Khayra bertanya. Dia tak rasa nak tidur dah. Tujuan dia naik ke katil sekadar ingin menemani lelaki itu. Belakang badannya disandarkan pada kepala katil. Sejujurnya, dia masih segan. Macam mesin putar, otaknya tak henti-henti memutarkan kisah semalam.

"Ten minutes. I sleep best when you're here. Beside me."

Pipi Khayra menjadi kebas. Suara pagi Rayhan benar-benar merangsang naluri wanitanya. Haish, macam mana nak move on ni? Otak dan hatinya langsung tak ikut cakap tuan badan.

Tubuh Khayra tiba-tiba menggeletar. Macam terkena renjatan elektrik. Sel-sel tubuhnya menggila saat tangan dingin Rayhan perlahan-lahan naik ke perutnya. Dalam sekelip mata, kepala lelaki itu dibaringkan di situ. Mata Khayra berkedip beberapa kali.

"Awak tahu tak?"

Hembusan nafas Rayhan mengenai perut Khayra. Membuatkan jantungnya tak henti-henti mengepam oksigen secara tidak sihat. Debaran di hatinya semakin sukar dikawal. Apa yang Rayhan dah buat dekat dia?

"Tahu apa?"

"I've never felt this way. Everything seems too surreal. You're like an angel that warms my whole night," bicara Rayhan dengan mata yang tertutup rapat. Dia menikmati bau tubuh Khayra. Sangat menyenangkan.

Bibir Khayra tidak mampu meluahkan perkataan. Dia sangat terharu. Walaupun dia serba tidak sempurna. Rayhan masih menyamakan dia dengan wanita seindah bidadari.

"You're my only angel." Rayhan mengeratkan lagi ranggulannya.

Wanita itu, dia tak akan lepaskan sampai bila-bila. Sentuhan Khayra bagaikan ubat paling mujarab untuk merawat segala lukanya. Bagi dia, itulah malam terindah sepanjang hidupnya. Kerana wanita itu sudah dia miliki sepenuhnya.



KAKI Khayra meluncur ke hulur ke hilir. Sibuk menyiapkan sarapan pagi. Dia harus ke pejabat secepat mungkin. Ada mesyuarat penting yang memerlukan kehadirannya. Selepas siap menghidangkan bihun goreng Singapore, dia mencabut apron.

"Awak masak ke?!" tanya Rayhan dari tingkat atas. Bergema kuat suaranya. Aktivitinya terbantut dek bau harum semerbak.

"Ha'ah! Abang turunlah makan! Saya nak ke office dah!" Khayra turut melaungkan. Masalah bila rumah besar sangat. Terpaksalah terpekik terlolong.

"Okayyy!" Rayhan tidak membantah. Dia meluru ke dapur. Perut lapar disuap masakan air tangan isteri, bahagialah jawabnya.

"Wah..." Mulut Rayhan terbuka besar. Dia kagum. Sempat dan larat pula Khayra sediakan sarapan pagi lepas semalaman 'beraktiviti'.

Dia mengambil tempat duduk. Memerhati tindak-tanduk isteri yang semakin pandai mengendalikan selok-belok dapur. See, told you, practice makes a perfect wife. Matanya tak lekang menatap wajah Khayra. Dia memang sudah angau dengan wanita itu. Kalau ikutkan hati, nak saja dia ambil cuti seminggu. Semata-mata nak luangkan masa bersama si dia.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now