Bab 40 ~ Hero ~

9.5K 450 81
                                    

"KHAYRA!" laung Rayhan. Panggilannya langsung tak diendah. Wanita itu terus berjalanan. Telinga dipekakkan. Lengan Khayra dicapai. Menghentikan langkah lajunya. Mata mereka bertentang. Lama.

"Tak dengar ke abang panggil?" Suara Rayhan kian kendur. Tangan kanan dibawa ke pipi sang isteri. Cuba memujuk.

Khayra memalingkan wajahnya. Tak mahu bersemuka dengan Rayhan. Rasa bengangnya tak habis lagi. Isteri mana tak hangat kalau suami sendiri pertahankan wanita lain? Perempuan macam Azura tu memang layak kena simbah. Depan isteri pun berani panggil sayang. Kalau belakang? Aish, panas!

Kereta Vellfire putih meluncur laju. Pintu kereta terbuka secara automatik. Menanti kehadiran penumpang.

"Jom, masuk." Tangan Khayra ditarik.

"No. Kereta siapa ni?" Tercegat. Kereta itu dipandang seketika.

"Kereta Azura. Kenapa? Tak nak naik?" usik Rayhan. Meskipun dia penat melayan tingkah sukar dibendung Khayra. Dia tetap suka. Isterinya nampak berseri berkali ganda di kala cemburu. Muka cemberutnya seperti anak kecil. Comel!

Tangan Rayhan direntap kasar. Tubuh dipusing. Ingin mengorak masuk ke bangunan besar itu kembali.

"Nak ke mana?" soal Rayhan sesudah berjaya mengatasi langkah besar Khayra.

"Nak ambil tong air," jawab Khayra selamba. Matanya mencerlung tajam wajah Rayhan. Kereta Azura eh?

Bebola mata Rayhan membesar.

"Hah? Nak buat apa?"

"Nak simbah kereta tu pulak!" bentak Khayra.

Rayhan mengetap bibir. Isterinya memang sudah dirasuk hantu cemburu. Nama Azura tu dah macam pembawa malapetaka dalam hidupnya. Pening.

"Boss! Puan Ayra! Nak saya tunggu sampai bila ni?! Nanti-nantilah gaduh. Mari sejukkan badan dengan air cond dulu!" jerit Thariq dari perut kereta Vellfire tersebut. Kepalanya sudah tergantung ke luar tingkap. Gigih. Nak bagi kedua mempelai itu dengar punya pasal.

"Kau duduk diam-diam kejap!" jerit Rayhan kembali. Sakit mata melihat perangai tak semengah Thariq.

Fokusnya berpaling pada Khayra.

"Tu kereta abanglah, sayang. Abang yang suruh orang abang ambik dekat office. Abang jarang guna kereta tu." jelasnya. Dia baru dapat khabar yang keretanya dilanggar seseorang waktu parking tadi. Calar sikit. Dah selamat dibawa ke bengkel.

"Kenapa asyik marah-marah ni? Tak penat ke?"

"Tak."

Khayra berlalu pergi. Masuk ke dalam perut kereta besar tersebut tanpa menunggu Rayhan. Pandangan dialih ke luar tingkap. Cuba mencari ketenangan. Matanya beruap. Tubuh berbahang. Perasaan aneh itu buat dia rasa tak selesa. Dia tak pernah rasa segeram itu dengan sesiapa. Apatah hanya kerana seorang lelaki.



SUNYI. Thariq mencuri pandang Khayra dan Rayhan di sebalik cermin pandang belakang. Mereka yang bergaduh tapi dia yang lemas. Berdasarkan apa yang dia tengok tadi, rasanya, hanya Khayra yang merajuk. Namun sekarang, kedua mereka sekaligus yang merajuk. 2-in-1.

Kriuk... Kriuk...

Khayra memegang perutnya. Cis, waktu-waktu genting macam ni lah nak bunyi pun! Kepala ditunduk. Nak elakkan yang lain perasan.

"Awak lapar ke?" Rayhan buka mulut.

Khayra geleng.

"Nak makan?"

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now