Bab 13 ~ Cinta ~

6.1K 401 30
                                    

"AISH, apalah bertuah sangat nasib aku ni...," kata Khayra perlahan sambil mengerling ke arah Rania di sebelahnya. Berasap matanya melihat beg yang dibawa Rania. Dia ingat nak buat rancangan Cuti-cuti Malaysia ke apa? Bukan itu sahaja, siap bawa bodyguard lagi. Khayra memberikan jelingan padu kepada Titanium yang berada di belakang Rania.

Titanium hanya mengabaikan pandangan maut yang diberikan Khayra. Dia tidak tahu pula yang wanita itu akan turut serta. Dia melepaskan keluhan. Kalau ikutkan hati, memang dia tidak mahu ikut masuk ke kawasan yang dikelilingi hutan itu. Namun apakan daya, sudah menjadi tugasnya untuk menurut segala kata Tan Sri Hamdan yang mahu dia menjaga keselamatan Rania.

"Sedar pun. Bukan senang nak dapat share bilik dengan aku. Orang yang bertuah je dapat," bicara Rania dengan bangga. Dia pun tak ada selera nak berkongsi bilik dengan Khayra. Dia terpaksa kerana dia tidak selesa dengan orang lain selain Khayra.

"Kau ingat aku tak tahu ke yang kau sengaja pilih nama aku. Kenapa? Kau rindu sangat nak tengok muka aku ke?" soal Khayra dengan nada orang nak meletup. Bodoh sangatlah jika dia tak tahu permainan Rania. Hanya dia dan Rania yang tidak dibenarkan melakukan cabutan bola berwarna yang bakal menentukan dengan siapa orang tersebut bakal berkongsi bilik.

"Ceh muka kau? Banyak je tepi jalan."

"Ish perempuan ni, sabar jelah." Khayra menghentak kuat kakinya dek geram. Meluat dengan Rania satu hal, Titanium juga pasti akan menyebelahi anak majikannya.

"Semua boleh masuk ke bilik masing-masing dulu. Lepas setengah jam, kita gather dekat sini balik tau. Please be punctual," laung pengurus program tersebut.

Khayra hanya terangguk-angguk lemah. Semangatnya terus padam dek kehadiran Rania bersama Titanium. Dia pun tidak faham dengan dirinya sendiri, rasa seperti ada api yang membakar di hatinya. Panas lain macam.

Di saat Rania terkial-kial mengangkat bagasi besar gajahnya, Titanium terus menghulurkan tangan untuk membantu tanpa banyak bicara. Segala beg Rania diangkat Titanium sehingga Rania hanya perlu menggalas beg tangannya.

Sebaik sahaja mereka tiba di hadapan pintu bilik yang sudah ditetapkan buat Khayra dan Rania, Titanium membuka mulut.

"Cik Khayra okay tak?" Dia jatuh kasihan melihat dahi Khayra yang sudah dibasahi titisan peluh. Bilik penginapan dan tempat berkumpul itu agak jauh menyebabkan mereka harus mengheret sendiri barang-barang yang dibawa ke bilik. Cuaca juga boleh tahan panasnya.

Senyuman sinis terbentuk di bibir merah jambu Khayra. "Eh okay, okay sangat. Beg-beg saya ni ringan macam kapas je. No worries, just take care of your queen," ucap Khayra lantang sebelum memboloskan diri sendirian ke dalam bilik. Malas nak menjamu mata melihat kemesraan Rania dan Titanium.



UNTUK aktiviti seterusnya, para peserta program antara tiga buah syarikat itu harus membentuk kumpulan. Tiga orang bagi setiap kumpulan. Salah seorang daripada setiap ahli kumpulan harus datang daripada syarikat yang berlainan. Orang yang cipta peraturan itu benar-benar hendak merapatkan hubungan semua staf yang terlibat dengan kolaborasi itu.

Seperti yang sudah diagak, Khayra tetap dipasangkan dengan Rania dan yang lebih menyakitkan kepala, Eric turut serta dalam kumpulannya. Di dalam kolaborasi baru itu, Eric akan turut serta. Pada saat itu, dia baru sedar yang dia benar-benar malang kerana dapat seorang ahli yang mulut busuk, satu lagi pula mulut longkang. Memang padanlah mereka berdua.

Berdasarkan satu peta pelik yang dikongsikan, kesemua staf harus berkumpul di satu tempat dalam masa dua jam. Di situ merupakan tempat untuk semua staf menikmati aktiviti jamuan dan persembahan. Kalaulah pengurus program itu tahu yang dua jam sudah cukup untuk Khayra dan Rania mencetuskan perang dunia. Itu pun belum termasuk Eric.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now