Epilog

15.1K 566 137
                                    

"TITANIUM!" jerit Khayra. Terkejut dengan apa yang dilihat di lantai. Dahi licinnya mula diurut kasar. Rasa nak meletup. Tak tahu siapa yang patut disalahkan. Adakah anak kecil yang tak berdosa ataupun bapa anak yang hilang entah ke mana. Minta dijagakan sekejap pun tak boleh.

"Kenapa?" Rayhan berlari anak, mendapatkan isterinya yang melalak di tingkat bawah. Dengan suara pun dia sudah tahu, world war akan tercetus sebentar lagi.

"Kenapa abang kata? Tengoklah ni..." Jari telunjuk Khayra ditujukan ke lantai dapur yang dibanjiri puluhan telur yang sudah pecah. Habis sepapan telur yang hendak dibawa ke Rumah Anak Yatim Siti Khajidah sudah pulang ke rahmatullah.

Rayhan tergelak kecil. Tak terkejut. Tepung dan bedak saja pernah memenuhi segenap lantai rumah. Setakat telur, apa sangatlah. Senyuman kebapaannya terserlah tatkala melihat Rayna dan Reyza meluncur di atas lendiran telur tersebut. Itulah kanak-kanak, telur mentah pun boleh jadi barang mainan mereka.

"This is not funny at all. Siapa nak kemas ni? Saya penatlah abang," rungut Khayra. Mencampakkan tas tangannya di atas kabinet dapur. Merajuk. Sudahlah baru lepas bermesyuarat. Mak Imah pula tak dapat datang, ada urusan keluarga. Dapur rumah habis bersepah dengan kenduri telur mentah yang perlu dicuci secepat mungkin. Arh, stres!

"Kalau penat, pergilah rehat. Abang kemaskan," bicara Rayhan tenang.

"Daddy, jayan... Tak boyeh..." Rayna menangis. Dia tak boleh berdiri dek lantai yang terlalu licin. Anak berusia dua tahun itu jatuh setiap kali hendak bangun.

"Rayna dengan Reyza, kalau buat lagi, mummy tak bagi keluar bilik dah.Lepas ni, main je dalam bilik," marah Khayra dengan wajah mak singa. Kedua tangannya mula mencekak pinggang.

"Kenapa awak marah diorang pulak ni Khayra? Biasalah budak-budak. Mana tahu mana betul, mana salah. Mummy diorang pun jarang ada dekat rumah waktu weekend, sebab tulah diorang berkawan dengan telur-telur mentah ni," balas Rayhan dengan nada tegas. Berlalu mendapatkan Rayna dan Reyza.

Tersentak. Kata-kata Rayhan menggores hatinya. Tak tahukah lelaki itu yang dia sudah cuba sedaya upaya untuk luangkan masa bersama keluarga? Kalau diikutkan, dia harus temankan klien makan. Tapi sebab risaukan Rayhan terkontang-kanting sendirian di rumah, dia sanggup tinggalkan sesi selepas mesyuarat. Demi suami dan anak-anak, dia rela pula.

"So, abang nak cakap yang saya ni tak bagi perhatian dekat diorang? Macam tu?" Suara Khayra bertukar serak. Menahan air matanya daripada tumpah. Dia hanya wanita biasa. Hatinya sensitif. Apatah lagi, bila Rayhan mempersoalkan kasih sayangnya terhadap si kembar.

"You've changed, Khayra. Lepas jadi bos, awak dah jarang luangkan masa dengan anak-anak kita. At this age, they need your attention. Azura lebih kenal Rayna dengan Reyza lebih daripada mummy diorang sendiri."

Mata Khayra membutang. Kepala digeleng, tak percaya. Itu kali pertama Rayhan menyebut nama perempuan lain dalam rumah mereka. Lagi satu, Rayhan juga tak panggil dia dengan gelaran romantik seperti selalu. Dari tadi, lelaki itu hanya menggelarnya Khayra.

"Apa abang cakap ni? Azura?" tanya Khayra. Mencerlung tajam wajah Rayhan dengan mata berkaca.

"Daddy! Daddy! Daddy!" Reyza terjerit-jerit memanggil Rayhan. Meminta bantuan.

"Daddy? Kenapa bukan mummy hah?!" tempelak Khayra pada anak-anaknya yang tak berdosa. Kerana marahkan Rayhan, si kembar itu menjadi mangsa.

"Khayra!"

"Stop calling me Khayra, you bastard!" Dada Rayhan ditolak kasar. Khayra kemudian mendahului langkah Rayhan. Tubuh Rayna dan Reyza diangkat sendiri lalu ditempatkan di sebelah sinki. Serpihan kulit-kulit telur dibersihkan. Nak elakkan kaki kecil anak-anaknya daripada terluka. Air mata yang menitis dikesat laju. Terbongkok-bongkok tubuhnya membersihkan lantai.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now