Bab 34 ~ Love ~

9.1K 438 56
                                    

BERKERUT-KERUT dahi Rayhan merasakan masakan Khayra. Bukannya langsung tak sedap, tapi masih perlu dibaiki. Dia hanya tersenyum tawar melihat riak penuh tanda tanya di wajah Khayra.

"Tak sedap eh?" tanya Khayra yang masih menanti komen Rayhan tentang masakannya. Dia sengaja nak buat kejutan untuk Rayhan. Namun kejutannya agak tidak memberansangkan. Ayam goreng berempah nampak macam ayam bakar manakala sambal sotong pula habis kecut segala sotong disebabkan masak terlalu lama. Sedih betul.

Itu belum ditambah dengan masalah yang ditimbulkan. Habis basah lencun satu dapur dia kerjakan. Kesannya, dia jatuh tergolek di atas lantai. Nasib baik kaki terlari urat saja, kalau lebih daripada tu, jangan mimpi dia nak jejakkan kaki lagi ke dapur.

Rayhan angguk.

"Okay," jawab Rayhan ringkas.

"Iya ke? Macam tak ikhlas je."

"Okaylah taraf-taraf beginner. Mana boleh nak judge awak sama macam orang yang keluar dari Masterchef. Tak adillah kalau macam tu."

"Kalau tak sedap takyah makanlah. Buat sakit perut awak je nanti." Khayra menarik pinggan berisi nasi jauh dari Rayhan. Dia malu sebenarnya. Ikut YouTube pun masih bengap. Kalau tak ada Encik YouTube, dah jadi apa agaknya. Ayam goreng terbakar?

"Lah, saya nak makan. Bagi balik pinggan tu." Rayhan cuba merampas kembali pinggan tersebut namun gagal.

"Tak payahlah. Nanti saya order makanan lain."

"Khayra, bagi balik pinggan tu."

Khayra tetap berkeras. Namun dia kalah juga apabila Rayhan bangun mendapatkan pinggan baru. Nasi diciduk sendiri.

"Kan saya dah cakap...."

"Khayra, kalau awak masak ayam terbang pun saya makan. It is not about how it tastes, it is the matter of your effort to learn. Budak belajar menulis ABC pun ambik masa, mana ada orang pandai dalam sehari dua."

"Mesti awak menyesal kan dapat isteri tak pandai masak?"

"Mana ada, sayang. Tengok sambal sotong ni, rasa okay je. Cuma awak terlebih masak sotong tu. Ayam ni pun terbakar sikit je. Masih boleh dimakan. Keep on learning okay? Biar saya jadi juri awak," usik Rayhan lalu mencubit pipi Khayra.

Khayra tersenyum sebelum menggenggam jari-jemari kiri Rayhan yang sibuk mencubit pipinya.

"Peliklah awak ni. Bukan semua lelaki suka perempuan pandai masak ke? Awak je suka perempuan tak pandai masak."

"Well, itu lelaki lain. Saya suka Nur Khayra Iffat. Still pelik ke?"

"Pelik sangat!" sembur Khayra bersama gelak kecil.

Walaupun serba kurang dari segi rasa, mereka masih menikmati masakan Khayra dengan penuh kepuasan. Khayra sedar, bukan makanan sedap yang membahagiakannya. Tetapi dengan siapa dia berkongsi makanan tersebut. Dia bersyukur kerana lelaki yang berada di sampingnya itu ialah Rayhan. Lelaki yang tidak pernah merungut akan kekurangannya.



KAKI Khayra menelusuri bilik Rayhan. Bilik yang sederhana. Seperti biasa, reka bentuk dan warna bilik itu sangat bosan. Sama macam rumah Rayhan yang sudah dia tambahkan seri. Di hujung bilik tersebut, dia terjumpa satu pintu yang sedikit terlindung.

Kening Khayra terangkat. Kenapa pula ada pintu dekat sini?

Tanpa banyak fikir, pintu itu Khayra buka. Alangkah terkejutnya dia melihat isi yang terkandung di dalam bilik tersebut. Pintu itu dibiarkan terbuka, dia menjejakkan kaki masuk ke bilik tersebut.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now