Bab 36 ~ Abang ~

9.4K 453 90
                                    

TITANIUM melangkah yakin bersama Thariq. Ada seseorang yang perlu dia temui. Orang yang akan menjawab segala tanda tanya yang sudah lama terkubur. Walau apa pun yang terjadi, dia akan pastikan orang itu mendapat balasan yang setimpal atas segala kejahatan yang telah dia buat.

"Kau duduk luar." Titanium mula mengarah. Dia tidak mahu melibatkan lelaki itu dalam urusannya.

"Maaf boss. Saya tak boleh duduk luar. Saya nak ikut boss jugak."

"Aku bagi kau ikut sampai sini pun dah kira baik, Rick. Asal lately kau ni tak dengar cakap sangat? Siapa boss sekarang ni?" soal Titanium dengan suara yang ditekan. Pelik. Sejak kebelakangan ini, Thariq langsung tak mahu berenggang dengannya. Terutama sekali urusan yang melibatkan orang luar.

"Lepas boss buka balik case keluarga Puan Ayra, saya perasan ada orang selalu ikut boss. Saya yakin boss sedar jugak kan? Kalau saya mata helang, boss mesti lagi hebat. Erm... Macam apa eh? Ha! Macam mata kail." Thariq berkata dengan teruja.

Jauh di sudut hatinya, dia risaukan keselamatan majikannya. Dia tahu sebab Titanium tidak mahu dia terlibat sama dalam hal yang berisiko. Lelaki itu masih hidup dalam bayangan pemergian Zack.

Titanium menahan gelak. Sabar sahaja dia dengan perangai tak semengah orang kepercayaannya. Nasib baik berguna juga. Kalau tak, dah lama kena ikat dalam gua. Biar dia buat lawak sorang-sorang dalam tu.

"Kau mata helang, aku mata kail. Hmm... Bijak betul."

"Saya boleh join masuk dalam kan? Bolehlah boss. Kalau ada orang nak cabul saya dekat luar ni, siapa nak tolong? Boss tak kesian dekat saya ke?" pinta Thariq yang sudah tergedik-gedik macam ulat gonggok.

Dahi Titanium berkerut melihat telatah Thariq yang sudah menyerupai agar-agar.

"Kau sehari tak merepek memang tak boleh eh? Sehari je. Stres aku."

"Tak boleh boss. Mak saya cakap, saya memang lahir-lahir dah macam ni. Cuba boss sehari je buat-buat tak handsome. Boleh ke? Tak kan? We were born this way. Boss belajarlah terima saya seadanya. Dah bertahun kut boss hadap muka saya."

"Dah jom," arah Titanium. Malas nak melayan perangai pelik Thariq.

Mereka berjalan dengan penuh waspada ke dalam satu bilik misteri. Memastikan tak ada orang jahat cuba memerangkap mereka. Gerangan manusia yang Titanium hendak berjumpa bukanlah orang sembarangan. Itulah manusia terlicik sekali. Boleh dikatakan syaitan versi manusia. Perasaan kemanusiaan tidak ada dalam kamus hidupnya.

Lampu di ruang tersebut tertutup secara tiba-tiba. Baru sahaja Titanium hendak mengeluarkan telefonnya, suara Thariq bergema.

"Boss kanan!" jerit Thariq.

Tangan Rayhan diangkat, menepis besi yang hampir mengenai kepalanya. Lututnya diangkat sehingga mengenai perut orang yang cuba menderakannya. Besi itu dirampas kemudian kepala orang itu dihentak kuat.

Besi panjang itu menjadi miliknya. Dia halakan besi tersebut di ke hadapan. Dia mengorak langkah setapak demi setapak ke belakang tubuhnya bertemu Thariq. Mereka bersedia untuk bertempur dengan manusia-manusia durjana yang hanya tahu menggunakan kekerasan ke arah keburukan.

Bilik tersebut bertukar cerah.

Seperti yang Titanium jangkakan, manusia bertopengkan syaitan itu sedang duduk bersilang kaki bersama senyuman angkuh. Langsung tidak ada riak bersalah pada tampangnya.

"Buat apa kau pakai penutup muka? Kau ingat aku tak tahu kau siapa? Like I said, semua rahsia kau ada dekat hujung jari aku," bicara lelaki gila itu bersama gelak besar.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now