Bab 39 ~ Geram ~

9.9K 433 89
                                    

RAYHAN mengurut bahunya yang terasa berat. Dia baru habis memeriksa tempat di mana jamuan akhir tahun bakal diadakan. Memang sudah menjadi tradisi sejak dulu lagi. RedRay Holdings akan mengadakan hari penghargaan buat kesemua kakitangan yang telah bertungkus-lumus menjayakan setiap projek di bawah genggaman syarikatnya.

Begitulah nasibnya setiap hujung minggu. Pasti ada saja agenda yang meragut cutinya. Dia mula mencari sang isteri yang tidak kelihatan. Selalunya, Khayra akan menyambutnya. Tapi sekarang bayang pun tak ada. Takkan tidur lagi kut? Mustahil. Tadi Khayra cakap dia tengah bersiap untuk ke majlis malam ini bersamanya.

"Hahaha!"

Rayhan terperanjat.

Hampir terkeluar suara jantannya. Matanya dihalakan ke bilik yang terletak di tingkat atas. Tak fikir lama, dia lantas meluru ke bilik. Pintu dikuak. Mulutnya sedikit terbuka. Mata dikecilkan. Melihat telatah isterinya yang seronok bergelak tawa sambil terguling-guling atas katil. Orang penat bekerja, dia boleh berseronok bagaikan dunia miliknya.

"Seronok nampak. Macam ni eh orang perempuan bersiap?" perli Rayhan. Geram. Khayra dah pandai berbohong. Siap apanya kalau masih pakai baju yang sama lepas subuh tadi. Inilah terjadi bila dimanjakan sangat. Makin sukar dibendung jadinya.

"Eh abang dah balik? Abang jomlah tengok cerita ni. Best sangat!"

"Cerita budak-budak mana awak rembat ni?" Dahi Rayhan berkerut. Matanya melekat seketika di kaca televisyen. Tak berminat. Sejak bila Khayra minat binatang bagai ni? Singa pula tu. Kucing pun takut, ada hati nak berkenan dengan singa.

"Cerita The Lion King!" beritahu Khayra. Terlalu teruja. Dia baru jumpa cerita itu di internet. Benar-benar menepati cita rasanya.

"You're such a baby. Bila nak bersiap? Tak lama dah ni. Kita kena sampai awal."

"Kejap lagilah... Nak habis dah," tipu Khayra lagi. Padahal, cerita tu baru saja mula.

"Tak boleh. Pergi mandi." Lengan kecil Khayra ditarik. Wanita itu tetap berkeras untuk meniarap. Kepalanya digeleng-gelengkan macam anak kecil tak mahu cabut gigi.

"Tak nak. Nak tengok ni."

"Degil eh?" Rayhan naik atas katil. Tubuh Khayra ditarik sehingga wanita itu terbaring. Mata mereka bertaut. Kuasa air dan api berlawan.

"Abanglah degil. Orang nak tengok kejap je." Khayra protes. Dada cuba ditolak. Ish, dia ni keturunan dinosaur eh? Seinci pun tak bergerak!

"Jom siap..." Kedua bahu Khayra ditarik untuk bangun. Sekejap saja. Wanita itu berkeras membaringkan tubuhnya kembali. Membuatkan tubuh mereka jatuh serentak. Bersatu.

"Ala... Bolehlah. Kejap je okie," pujuk Khayra manja. Sengaja melunakkan suaranya. Rahang berbisa Rayhan dikucup. Dia tahu kelemahan lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan dia? Akan dia gunakan sebaiknya. Senyuman menggoda dihadiahkan buat Rayhan.

"Erm... Okay... Abang nak tidur kejap. Lima belas minit je tau. Nanti gerak abang," pesan Rayhan. Menyembunyikan gelojak hatinya. Khayra. Wanita itu semakin liar saban hari. Begitu senang dia ditumpaskan begitu saja. Dia pun keliru. Siapa mangsa dan siapa pemangsa sekarang ni?

"Okay, abang."

Khayra kembali meniarap. Matanya melekat pada televisyen besar berhadapan katil mereka. Kepala Rayhan dibiarkan berada di atas pingangnya. Dia tersenyum kecil. Entah siapa yang manja sekarang ni. Dia sendiri pun tak pasti. Tapi yang dia tahu, dia tak pernah bosan!



TIDUR Rayhan terganggu. Matanya terbuka perlahan-lahan dek terdengar suara anak kecil menangis. Dia duduk terpacak. Melihat jam di tangan. Dah pukul tujuh petang. Magrib hampir menyusul. Matanya terpalit pula pada Khayra yang sibuk mengalirkan air mata. Kepala yang tak gatal dia garu. Niatnya nak marah terus terbantut.

Titanium Milik Khayra ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat