Bab 6 ~ Exclusive ~

6.4K 397 14
                                    

HANIS sibuk meletakkan bubur yang dia masak di meja kecil sebelah katil Khayra. Nak tercopot jantungnya semalam apabila mendapat panggilan daripada temannya itu. Peristiwa semalam membuatkan dia lebih risau untuk meninggalkan rumah ini dalam masa beberapa minggu lagi. Bolehkah Khayra tinggal seorang diri? Tidak bahayakah?

Sudah berbuih mulut dia dan Aqila memberi solusi kepada Khayra untuk pulang ke rumah Dato' Kamila tetapi siapa tidak kenal dengan perangai kepala besi Khayra, susah benar hendak dilenturkan.

"Kau kejar siapa semalam? Suka kan bagi aku risau macam beruk hilang anak," leter Hanis.

"No one. Kejar bayang sendiri," balas Khayra acuh tak acuh.

"HAHAHAHA so funny. Kau nak kejar bayang apanya, bayang pun tak ada malam tu!"

Nak berdarah telinga Khayra mendengar tawa tidak ikhlas Hanis. Pasti dia akan rindu masa-masa ini selepas Hanis berambus keluar daripada rumah ini. Tabiat melaung nama Aqila setiap pagi dan waktu makan sangat susah untuk dibuang walaupun kawannya itu sudah keluar daripada rumah sewa mereka. Sekarang seorang lagi pula yang menyusul.

"Aku rindu Aqila..."

"Kau ingat aku banyak makan kepala udang ke? Jangan cuba nak tukar topik."

"Aku nampak Titanium... But ended up bukan dia tapi mamat topeng lain. Tak sangka pula ramai orang suka pakai topeng sekarang ni," omel Khayra. Walaupun Rayhan telah membantunya, ia tidak mengubah fakta yang dia ingin bertemu dengan Titanium, bukannya Rayhan.

"Oh, laki yang blah lepas aku datang tu ke?"

"Ha'ah. Dia yang tolong aku, kalau dia tak datang tak tahulah..." Khayra tidak mampu menghabiskan katanya. Ngeri memikirkan perbuatan keji Gabriel.

"Kenapa kau tak masukkan je Gabriel sewel tu dekat lokap? Apa yang buat tu sama macam cubaan nak memperkosa..." Hanis mengetap kuat giginya, baru tersedar yang dia tersilap cakap. Khayra tidak suka bercakap mengenai topik seperti itu.

"Mungkin ini kut apa yang perempuan tu rasa...," ujar Khayra dengan wajah sugul. Memikirkan ada perempuan yang lebih bernasib buruk daripadanya, hatinya hancur.

"Faham apa pulak ni? Ayra, macam yang aku cakap sebelum ni, semua yang terjadi belum ada kepastian lagi."

"Kepastian apa lagi Hanis? Dah 6 tahun. Tak ada apa yang perlu dipastikan. Masa dah menjawab segalanya."

"Selagi masa belum berhenti, aku percaya segalanya belum terjawab. Masih ada perkara yang perlu dirungkaikan, masih banyak yang kita tak tahu," tutur Hanis.

"Sudahlah, aku malas nak cakap pasal ni..."

"Okay tukar topik. Mamat tu siapa? Kenapa kau ni asyik terserempak dengan lelaki bertopeng eh? Jodoh kau lelaki muka spesies aneh ke macam mana?" soal Hanis bertubi-tubi.

"Ish merepeklah kau. Dia cakap nama dia Rayhan."

"Hah?!" jerit Hanis tanpa sengaja. Dia baru teringatkan sesuatu. Patutlah, lelaki itu mengingatkan dia kepada seseorang.

"Yang kau nak over sangat ni kenapa? Nama dia Rayhan, bukannya beruk," marah Khayra. Nak terkeluar jantungnya mendengar jeritan mengejut Hanis. Kalau jerit macam perempuan tak apalah juga, ini sudah kalah rockers, garau lain macam.

"Weh Ayra bijak, Rayhan tu nama CEO RedRay Holdings."

"RedRay Holdings? Yang lancarkan majlis semalam tu ke?"

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now