Bab 7 ~ Stranger ~

6K 380 22
                                    

KHAYRA tidak bergerak mahupun seinci, leka melihat Titanium memeriksa keadaan keretanya yang buat hal. Entah kenapa dia berasa gembira. Ini kali pertama dia bertentang mata dengan lelaki misteri itu. Adakah lepas ni dia berpeluang untuk melihat seluruh wajahnya pula?

"Cik Khayra ada urgent matter ke lepas ni? Saya rasa kereta ni kena hantar ke workshop," tutur Titanium sambil membersihkan tangannya dengan tisu basah yang dihulur Khayra. Membaiki kereta bukanlah bidangnya, dia sekadar tahu penyakit kereta tetapi tidak pula rawatannya.

"Frankly speaking, yes," beritahu Khayra. Tiada perkara yang lebih penting daripada menunaikan tuntutan agama buat masa ini.

"Kalau macam tu saya boleh hantarkan Cik Khayra. Cik Khayra nak ke mana?" soal Titanium dengan prihatin. Kasihan pula melihat wanita itu yang tampak sedikit bingung. Nasib baik dia dia juga kebetulan baru pulang daripada pejabat Tan Sri Hamdan

"Dengan tu? Erm, maaf saya bukan jenis perempuan yang tumpang lelaki naik benda alah tu," jawab Khayra dengan tegas. Walaupun dia tidaklah sewarak mana, namun dia masih tahu batas-batas agama.

Tidak berkedip mata Titanium membalas pandangan berapi Khayra. Tidak sangka yang wanita di hadapannya itu boleh berfikir ke tahap itu. Dia tidaklah terlalu jahil sehingga nak tumpangkan anak dara orang naik motosikalnya.

"Nope. Ya Allah, sorry for not being clear..." Titanium menundukkan sedikit kepalanya, cuba menahan gelak. Riak wajah Khayra benar-benar menggeletek hatinya.

"Tadi sebelum saya datang sini, saya dah minta tolong orang since I'm not an expert when it comes to car. Cik Khayra jangan risau, maksud saya tadi tu bukan kita naik motor tu sekali. Ha, tu dah sampai pun..." Titanium mula melambaikan tangannya ke arah dua manusia yang sedang menunggang sebuah motorsikal Kawasaki Ninja.

Penumpang di bahagian belakang motorsikal tersebut mengatur langkah mendekati Titanium dan Khayra.

"Rosak tau imej aku naik motor tu dengan Wan. Kalau bukan sebab kau Titanium, memang tak hingin aku nak naik dengan dia," bicara Hazim dengan nada meluat. Geram betul dengan perangai Wan yang sayang sangat dengan motor lawa dia. Ini tak boleh itu tak boleh. Kalau ikutkan Wan, punggung Hazim pun tak boleh menyentuh motornya. Kalau macam itu lebih baik dia terbang.

"Eh eh, kau ingat aku nak tumpangkan kau ke?! Buat calar motor aku je!" balas Wan yang panas hati. Titanium hanya menunggu Hazim dan Wan berhenti berbalah sebelum berbicara.

"Nah..." Titanium membaling helmet motornya tanpa ragu.

"Aku boleh naik ni? Biar betul?" soal Hazim dengan ceria setelah menyambut helmet tersebut kalut-kalut. Kalau terlepas, jenuh dia nak ganti helmet yang harganya bukan calang-calang itu. Kena ikat perut dua bulanlah jawabnya.

"Aku nak hantar Cik Khayra balik kejap since sekarang dah lewat. Kau tolong jaga motor aku, esok aku ambik."

"Kau ada apa-apa ke dengan anak Dato' Kamila ni? Kau jangan buat hal Titanium, masak kau nanti macam drama-drama dekat TV tu," pesan Hazim dalam nada berbisik. Dia bukan apa, latar belakang Titanium dan Khayra sangat berbeza, bagaikan langit dan bumi. Nanti kalau jadi drama cinta terhalang, dia juga yang susah.

Mahupun begitu, bisikkan Hazim masih cukup kuat untuk Khayra dengar. Tak berkedip matanya bertentang dengan Titanium yang juga terkedu.

"Ehem. Boleh cepat sikit tak? Saya ada hal ni." Khayra cuba berlagak tenang sedangkan hanya Allah sahaja yang tahu apa yang bersarang dihatinya.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now