Bab 17 ~ Sah ~

7.5K 414 62
                                    

KHALIS termundar-mandir menunggu Khayra sedar dari lenanya. Berdasarkan apa yang dikatakan oleh doktor yang merawat sebentar tadi, Khayra diserang anxiety attack. Dia tidak terkejut kerana itu apa yang selalu Khayra lalui selepas peristiwa gelap yang menimpa keluarganya.

Satu-satunya adik perempuan dia harus menanggung sakit dek silapnya dulu. Setiap hari, dia tidak henti-henti menyalahkan dirinya. Kerana itu, dia ingin berhenti bersembunyi. Dia harus memulihkan segala salah dan silapnya terhadap keluarga yang dia sudah sakitkan.

"Please wake up, Ayra," ucap Khalis sambil menggenggam erat jari-jemari panjang Khayra.

Pintu wad yang hanya menempatkan Khayra sendirian tiba-tiba terbuka. Kaki Dato' Kamila yang terasa lembik digagahkan berjalan. Sebaik sahaja melihat wajah anak sulungnya, jantung tuanya seakan berhenti berdegup buat seketika. Hidupnya yang terasa malap kini kembali diterangi cahaya. Anak yang dia nantikan sudah kembali kepadanya.

"Ni...ni Khalis ke?" tanya Sang Ibu yang merindui anaknya.

"Mama..." Khalis terpaku seketika. Hanya Allah sahaja tahu bertapa dia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bertemu, memohon ampun dan kembali berbakti kepada syurganya. Tanpa berlengah, tubuh rapuh itu didakapnya.

Lama Khalis dan Dato' Kamila berpelukan tanpa sepatah kata, hanya suara tangisan kedengaran dan air mata berjujuran. Enam tahun tidak cukup untuk memutuskan talian cinta antara ibu dan anak. Malah, rasa cinta itu semakin membuak-muak dek rindu yang menyala.

"Lis minta maaf, ma. Lis berdosa. Lis anak derhaka," ujar Khalis bersama tangisan. Tangan Dato' Kamila dicapai lalu dicium semahunya. Sungguh dia rindukan bau losen yang sering mamanya pakai. Dia rindukan segalanya tentang keluarganya.

"Shhh...mama dah maafkan, Lis. I'll always forgive you. Mama tak akan sekat jalan anak mama ke syurga." Dahi licin Khalis dikucupnya penuh kasih sayang.

"Janganlah senang sangat maafkan Lis. Pukullah Lis. Tampar dan marah Lis. I deserved it."

Dato' Kamila geleng lalu melemparkan senyuman tawar.

"Dah jadi tugas mama untuk maafkan Lis. That is mom's job. Anak takkan berhenti buat salah tapi seorang ibu juga takkan berhenti memaafkan. Walaupun Lis dengan Ayra banyak buat mama pening kepala, you guys will always be my favourites."

"Betul ke?" soal Khayra dengan mata yang sudah berair dan suara serak. Tidak ada yang lebih membahagiakannya daripada melihat mamanya menangis kerana terlalu gembira.

"Of course, my dear." Dato' Kamila menghampiri Khayra lalu pipi kemerahan anak itu dicium penuh kasih. Mungkin Allah menduganya selama enam tahun untuk menghadiahkan hari yang indah ini untuknya.

Mata Khayra berubah menjadi singa kelaparan tatkala Khalis menyentuh jari-jemarinya. Takkan semudah itu lukanya diubati.

"Ayra masih tak maafkan abang tau, so jangan nak happy sangat."

"Ya, abang tahu," balas Khalis sambil tersenyum manis. Khayra marah namun tangan gadis itu masih erat menggenggam tangannya. Dia pasti, tidak susah untuk dia mencuri kembali hati adik kesayangannya.

Dato' Kamila tidak mampu berhenti tersenyum serta mengalirkan air mata. Jika suaminya ada, pasti rasa bahagia itu akan terasa lebih sempurna. Dia bersyukur kerana Allah menjawab doanya saban hari. Sesungguhnya Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya.



THARIQ memerhati dua lelaki berkuasa bertentang mata di hadapannya. Dia sendiri juga tidak pasti sama ada mereka hendak berbincang atau cari gaduh. Menyeramkan.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now