Sinopsis

18.5K 424 19
                                    

Nur Khayra Iffat. Gadis yang dahulunya berhati selembut kapas kini berubah menjadi perempuan berkepala sekeras batu. Apa sahaja yang dikatakan padanya akan ditepis ke tepi jauh-jauh. Pengalaman pahit telah meragut hati Khayra sepenuhnya. Tiada lagi ruang di hatinya untuk menempatkan sesiapa. Segalanya kosong dan hangus dijilat api kekecewaan.

"Kenapa orang bercinta? Mengejar cinta yang tak ada kepastian, menunggu dirinya dicintai sedangkan hati manusia itu kita tak boleh baca. Bercinta untuk sakit. Tak ke bodoh tu?" - Khayra

Titanium. Satu tumbukkannya sangat berbisa dan digeruni ramai. Raut wajah tenangnya disembunyikan di sebalik topi dan topeng muka hitam. Kehadirannya penting, namun jarang sekali diberi perhatian. Persis bayang yang ada namun tidak disedari. Berbeza dengan Khayra, jika diberi peluang, dia ingin mencintai dan dicintai.

"Cinta itu tidak salah, ianya fitrah. Manusia yang salah memberi gambaran cinta" - Titanium

Pertemuan demi pertemuan telah berjaya menggetarkan hati mereka. Khayra mulai goyah dengan pegangannya selama ini. Perkataan cinta yang dibenci mulai berubah makna. Lelaki itu, ada sesuatu tentang Titanium yang menariknya ke arah lelaki itu. Hatinya menolak, tetapi tubuhnya bergerak. Dia keliru.

"Kenapa dengan saya? Hati saya, kenapa sakit sangat?" - Khayra

"Perhaps, because it is love. You never know what it brings you until you feel it. You know what it means, but you choose not to notice it. Then, it leaves you with indescribable pain" - Muhammad Rayhan Ilman




~Aku tidak tahu makna cinta sehingga aku bertemu dengan sepasang mata. He's my real definition of love~


This is my third baby. Mungkin saya akan update cerita ni selepas tamatnya Kerana Dia Uzzam. Hope you guys like it. InsyaAllah, saya akn usahakan yg terbaik.
May Allah bless all of us. 


Don't forget to vote, comment and share!


Love,

Nina Fini

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now