Bab 19 ~ Keliru ~

7.3K 411 50
                                    

AQILA dan Hanis menjenguk masuk ke bilik pilihan Rayhan dan Khayra. Orang lain yang bakal melangsungkan majlis resepsi, mereka pula yang terlebih teruja. Habis satu bilik hotel jenis apartment itu diserbu mereka.

"Ish, patutnya aku request bilik macam ni jugak dekat laki aku. Huh! Dasar kau Ayra. Pandai kau calas lelaki kaya," kata Hanis sambal menjuih bibirnya. Matanya masih tidak lekang menerokai bilik yang dihias indah itu. Penuh dengan bunga ros merah di rata-rata tempat.

"Kalau suami kita ambik bilik macam ni, alamatnya tak ada kendurilah. Harga mesti cekik darah." Aqila pula membuka mulut. Dia tidak adalah bodoh untuk menilai harga bilik tersebut melalui rekaan, perabot dan alatan yang tersadai di bilik apartment seluas sebuah rumah itu.

"Tak adalah mahal sangat korang nih. Over betul," ucap Khayra sambal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sendiri baru masuk ke bilik itu. Segala bagasi dan barang-barangnya sudah dibawa naik terlebih dahulu oleh pekerja hotel tersebut.

"Bagi kau memanglah," balas Aqila dan Hanis serentak. Mereka datang dari keluarga sederhana manakala Khayra datang daripada dua jutawan berpengaruh di Malaysia. Kini, diikuti dengan suaminya, Rayhan. Namun, Khayra bukanlah spesies hidung tinggi seperti anak orang kaya yang lain berkat didikan Dato' Izhar dan Dato' Kamila yang sempurna sejak dia masih kecil.

Selepas lama bersembang di kawasan dapur, ruang tamu dan balkoni, mereka mengubah destinasi ke bilik tidur. Seperti yang disangkakan, bilik itu kelihatan seperti syurga kecil buat pengantin baru. Terdapat lilin, bunga-bungaan, dan kain yang digubah menjadi dua bentuk angsa di atas katil.

"Mak ai, bahaya betul bilik ni. Aku yang pengantin lama pun seram sejuk," ujar Aqila bersama senyuman nakal.

Kening Khayra terangkat. "Bahaya?" Dia kembali melihat ruangan bilik utama itu. Nampak seram adalah.

"Yup. Kalau pengantin baru duduk bilik ni, memang tak keluar bilik teruslah jawabnya," bicara Hanis.

Hanis dan Aqila melepaskan tawa tatkala melihat Khayra sudah gelabah biawak. Meskipun Khayra tahu yang Rayhan tidak boleh mengapa-apakan dia, namun hatinya tetap berdebar. Semalam dia boleh lari sebab Khalis, malam ni memang dia kena perah otak untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Nasib baik dia ada alasan datang bulan.

Hiasan bilik itu yang membuatkan suasana menjadi romantik tersangatlah tidak membantu sama sekali.

"Hish! Otak tu kan!" Bahu Aqila dan Hanis menjadi sasaran tangan Khayra. Wajah masam mencuka mereka tidak Khayra hiraukan.

"Weh barang hantaran kau diorang tinggalkan dekat sinilah."

Khayra mendapatkan dua kawannya yang sudah berlalu ke hujung kamar. Tempat di mana meja dan sofa terletak. Baru dia perasan ada beberapa barang hantaran yang dia sendiri tak sempat nak periksa. Segalanya dibeli oleh Zahira, setiausaha Rayhan. Lelaki itu terlalu sibuk untuk menguruskan segalanya.

"Cis, tak boleh nak relate betullah barang hantaran dia dengan aku." Hanis menyentuh satu demi satu barang hantaran berisi barang kesukaan wanita, kecuali kek bulan. Dia masih tidak faham kenapa Khayra sukakan kuih tidak sedap itu.

"Kau ni cuba bersyukur sikit. Kira baik kau dapat hadiah hantaran jugak. Kalau aku, memang taklah. Aku bagi dekat kau kain kafan je," perli Khayra.

Senyuman terukir apabila mendapati beberapa jenis kek bulan diletakkan di atas dulang hantaran berwarna emas itu. Bukan itu sahaja, beg tangan berjenama Gucci, set emas Habib, set alat solek Huda Beauty, krim penjagaan muka Bobbi Brown, kasut bertumit sederhana tinggi, minyak wangi Victoria Secret, kain telekung Siti Khadijah, kain sejadah dan Al-Quran.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now