Bab 29 ~ Mine ~

9.7K 442 54
                                    

KAKI panjang Khayra melangkah yakin ke bilik mesyuarat yang dikendalikan di salah sebuah hotel termewah di Malaysia. Dia tiada pilihan lain selain menggantikan Dato' Kamila menguruskan projek-projek yang sudah tergendala semenjak mamanya dimasukkan ke wad.

Tak ada gunanya dia menolak kerana Noor iaitu setiausaha teragung Dato' Kamila tidak habis-habis mengganggu ketenteraman hidupnya sejak beberapa hari lepas. Lagipula, bila difikirkan balik, siapa lagi yang boleh membantu Dato' Kamila melainkan dia?

Jantung Khayra berdegup tidak menentu apabila mendapati Rayhan juga turut serta menghadiri mesyuarat tersebut. Mahu sahaja dia cubit pipi Noor yang tersenyum simpul. Dia yakin yang Noor sudah mengetahui segalanya tanpa memberitahu dia. Pasti Noor juga sudah masak dengan perangainya. Kalau dia tahu yang Rayhan bakal muncul, jangan mimpi dia akan berada di situ.

Sesudah habis sesi pembentangan serta rundingan, Khayra menolak sopan pelawaan orang-orang ternama itu ke dining room kerana di hendak berlalu ke tandas terlebih dahulu. Sejujurnya, dia tidak selesa dengan pandangan anak pemilik hotel tersebut. Tak habis-habis mengenyit mata dari tadi.

"Kak Noor pergilah teman yang lain ke dining room dulu. Ayra nak ke toilet kejap," ujar Khayra yang sudah bersiap sedia untuk keluar daripada bilik mesyuarat mewah itu.

Noor melihat ke sekeliling sebelum berbisik ke telinga Khayra.

"Ayra kenal ke lelaki yang asyik tersenyum-senyum dekat Ayra tu? Dialah anak kepada Tan Sri Majid." Noor menjuihkan sedikit bibirnya tanda meluat. Isteri orang pun lelaki tu nak try? Dah kebulur gamaknya.

"Oh mamat yang ada kecacatan dekat mata tu ke? Tak kenal. Dah gila agaknya sebab duit banyak sangat. Tak tahu nak lempar mana," tutur Khayra kasar apabila ternampak lelaki bernama Danish itu mula mendekati dia dan Noor.

"Hello ladies. Tak ke dining room ke?" tegur Danish bersama senyuman yang mampu meruntunkan hati ribuan gadis. Namun bukan Khayra. Wanita itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi positif.

"Kak Noor pergilah dulu. Staf lain dah tunggu dekat luar tu."

"Tapi..."

"I'll be fine. Akak pergi je."

Noor mengangguk setelah mendapat isyarat mata.

"I tak sangka yang Dato' Kamila ada anak secantik you. My bad. I'm Danish Tan Sri Majid, really nice to meet you, my lady." Danish menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan wanita yang mencuri perhatiannya itu. Sejak dia pulang dari luar negara, dia tidak pernah bertemu dengan wanita secantik Khayra.

"Nice to meet you too, Mr Danish. Sorry, I don't shake hands. And please mind your words, I'm not your lady," ucap Khayra tegas tanpa secalit senyuman di wajahnya.

"Come on, I tahu perempuan Melayu memang pemalu. Don't be, my dear. I don't mind if you want to show me your true colours." Tangan mulus Khayra cuba dicapai namun gagal kerana wanita itu lebih pantas bertindak.

"Girl." Rayhan bangun setelah lama mendiamkan diri di kerusi empuk itu. Hampir berdarah telinganya mendengar ucapan maut Danish. Kerusi tersebut ditolaknya sebelum dia melangkah ke samping Khayra yang sudah menayangkan riak terkejut.

"Encik Rayhan. It's an honour for me to meet you." Danish berjabat tangan Rayhan tanpa berfikir panjang. Dia kenal Rayhan daripada bapanya. Lelaki tua itu tidak habis-habis memuji kejayaan Rayhan yang telah berjaya mencipta nama di dunia bisnes.

"Good to know you too, Encik Danish. Meet my lady, Nur Khayra Iffat," beritahu Rayhan. Jari-jemari panjang Khayra digenggam erat. Kenyitan mata turut dihadiahkan kepada Khayra sehingga membuatkan wanita itu terkelu.

Titanium Milik Khayra ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu