Bab 3: Cashier

153 60 8
                                    

DAMIA menolak-nolak skrin telefonnya. Aplikasi Instagram dibuka tetapi tiada apa yang menarik baginya untuk dilihat. Sama ada gambar-gambar selebriti atau kenalannya, Damia berasa amat jengkel dengan mereka yang berkongsi kemesraan dan kebahagiaan masing-masing di aplikasi tersebut. Perasaan dengki memang sudah mendarah daging.

Televisyen di hadapannya dibuka dan disiarkan sebuah drama, tetapi Damia tidak langsung memandang televisyen itu. Hanya kaca televisyen itu sahaja yang melihatnya dari tadi. Membazir sungguh perempuan ni.

"Angah! Kamu tu main phone je dari tadi. Cuba-cubalah sikit tolong mak dengan Kak Long kamu ni kat dapur." Suara Mak Siti dari dapur memecah hening.

Dia mula dah ... .

Damia tidak hiraukan sahaja kata ibunya itu. Telefon masih melekat di tangan bagaikan sudah digam.

"Ala, mak. Tak ada gunanya pun nak suruh Angah tu masak. Dah nama pun pemalas dari dulu. Memang taklah dia nak tolong kita ni." Kali ini suara Nadia, kakak Damia pula mencelah.

Nadia Qairina memang sering membantu ibunya di dapur. Kerana itu Damia sering dijadikan bahan perlian dan bebelan mereka berdua disebabkan sikap malasnya. Tak pernah pun dia membantu di dapur. Bukan hanya memasak, kerja-kerja rumah lain semuanya ibu dan kakaknya uruskan.

Kalau nak dibandingkan Damia dengan kakaknya itu untuk kemahiran menyiapkan dan selesaikan kerja-kerja rumah mereka, bagaikan langit dengan bumi.

"Kak Long ni apa hal eh? Suka cari pasal dengan orang. Kak Long nak masak tu masak je la tak payah nak sindir-sindir orang!" Damia mulai membentak. Gadis seorang ini memang agak baran sikapnya.

Nadia tersengih sendiri sambil ligat memotong sayur. Suka lihat adiknya marah-marah begitu.

"Lah! Terasa ke?"

"Kak Long tak payah nak cari pasallah! Jangan nak putar belit ayat." Sempat Damia memberi jelingan maut kepada kakaknya di dapur itu.

"Hish! Sudahlah. Kamu berdua ni kan, sehari tak bergaduh memang tak sah hidup. Kalau arwah ayah kamu masih hidup ni, mau bergegar satu kampung dengan suara menempik dia."

Cubaan Mak Siti untuk menghentikan pergaduhan anak-anaknya menjadi jua. Di mana bermulanya pergaduhan, dialah yang menjadi pelerainya. Kadang muak pula dengan sikap dua anak daranya itu. Siang malam, pagi petang mahu bergaduh. Padahal bukannya budak kecil dah pun. Masing-masing dah berumur 20-an.

Damia terdiam. Matanya tertumpu pada kaca televisyen. Ekspresi marah dan tak puas hati masih belum memudar dari mukanya.

Mak Siti menjeling Damia yang diam seribu bahasa itu. Sekarang tepat masa untuk mulakan sesuatu.

"Angah, ni mak nak tanya ni."

"Apa dia mak?" Mata Damia pandang arah lain.

"Baju mak kamu letak kat mana eh? Kat dalam bilik tak ada, kat atas meja pun tak ada. Puas mak cari tau tak?" tanya Mak Siti sambil mengelap pinggan.

Damia memasang muka pelik. Tertanya-tanya dia padahal dia sudah ambil baju itu dari Ustazah Najihah.

"Eh, tadi Angah ambil je baju tu dari Ustazah Najihah. Takkanlah dah hilang kut."

"Itulah mak tanya kamu tu, kamu letak mana baju mak?" Semakin tinggi suara Mak Siti bertanya.

Damia tanpa bicara terus membuka pintu rumah untuk menjenguk motosikalnya. Di dalam raga sudah tiada apa-apa yang tertinggal.

Aik? Pelik sungguh.

"Mak, Along rasa mesti Angah tu tak ambil lagi baju tu. Yalah, Along balik rumah je dah tengok Angah terbongkang dalam bilik. Confirm balik je dari kedai dia terus tidur." Nadia sengaja mengapi-apikan keadaan.

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now