Bab 44: Permintaan

32 6 0
                                    

DAMIA tak faham sepatah haram pun apa yang dibincangkan oleh Zaid dan seorang lelaki Cina di depan mereka tu. Masing-masing speaking English kau!

Kalau cakap pelan-pelan pun Damia jenuh mahu mentafsir, ini apatah pula cakap laju-laju mengalahkan kereta api peluru di Jepun. Amboi ... melampau sangat hiperbola tu. Tapi itulah kebenarannya. Zaid dengan lelaki berbangsa Cina berumur pertengahan abad itu berdiskusi, dah macam tengah buat pengambaran filem Hollywood pula. 

Ini Malaysia, bukan Amerika! Bukan England!

Kali terakhir Damia menghadap Bahasa Inggeris adalah pada masa dia belajar STPM dulu. Yang bermaksud empat tahun yang lepas! Kalau tak belajar beberapa bulan pun dah banyak yang ketinggalan dan terlupa, ini apatah pula tinggalkan Bahasa Inggeris untuk beberapa tahun.

Kalau setakat 'hello', 'thank you', 'i love you', itu bolehlah Damia nak faham. Ni, segala mak nenek Bahasa Inggeris keluar dari mulut lelaki-lelaki tu. Haih! Nak catat benda pun payah. 

Perjumpaan dengan klien kelmarin lebih mudah. Lancar aje kerja sebab masing-masang cakap melayu. Dah nama pun jumpa klien Melayu, kan? Jadi Damia mudahlah nak buat kerja dia. Tak adalah satu info atau perkara yang dia terlepas catat.

Hari ini, hari kedua dia bekerja dah kena hadap masalah. Dan masalahnya ialah ... tak bisa Bahasa Inggeris! Apa yang Damia boleh buat sekarang pun, hanya fokus mendengar perbualan bosnya itu. Buat-buat fahamlah kiranya.

"Damia, can you give me the agreement contract in that file?" Zaid alihkan pandangan kepada Damia di sebelahnya. Damia pula, semestinya menggelabah tak tentu arah.

"Apa track?" Dalam keadaan berbisik Damia bertanya. Tapi bisik-bisik pun, lelaki tua di hadapan mereka masih boleh mendengar. Nampak dia tersenyum simpul sahaja.

Zaid tersenyum kepada Datuk Jimmy itu yang nampak macam menahan gelak. Geli hati pun ada dengan celoteh PA baru tu. 

"Bagi surat kontrak yang saya suruh awak sediakan tu. Ada kat dalam fail, kan?" Zaid menterjemah semula. 

Damia angguk dan mulutnya dibentuk huruf 'o' besar. Kan senang kalau dari tadi bagi arahan dalam Bahasa Melayu. 

Damia terus menyelak fail berwarna hitam itu. Beberapa lembar kertas yang sudah siap distapler dihulurkan ke tangan Zaid. 

Zaid terima surat kontrak itu dengan ucapan terima kasih sebelum surat itu bertukar tangan kepada Datuk Jimmy. Datuk Jimmy lalu membelek satu per satu helaian kertas itu. Lama juga dia teliti isi kandungan kontrak sebelum turunkan tandatangan dan cop miliknya.

Alhamdulillah ... selesai!

Zaid dan Datuk Jimmy terus berjabat tangan. Ini bermakna perikatan kontrak antara VeoBay Group dan Wong Holding sudah termeterai. Damia tak tahu kontrak untuk projek apa tapi perkataan yang dia banyak kali dengar tadi adalah berkaitan resort dan Pahang. Mungkin projek mereka adalah tentang dua perkara tu.

Baru sahaja mahu beredar pergi, Datuk Jimmy hentikan langkahnya. 

"Before I forgot, Zaid. she's your new PA, right?" tanyanya sambil mulutnya dijuihkan kepada Damia.

Zaid pandang sekilas Damia di sebelahnya sebelum membalas, "Yes. For temporary."

"She's beautiful! Just like your previous PA, but she's more gorgeous although with the scarf," puji Datuk Jimmy.

Dahi Damia berkerut-kerut. Aku dengar perkataan 'beautiful' tadi jadi mestilah dia kata aku cantik, kan? Kalau betul, terima kasihlah Datuk Jimmy atas pujian tu. Damia tak mampu simpan senyumnya. 

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now