Bab 18: Rindu

65 23 0
                                    

SYAFIQAH berlari-lari anak mendapatkan Ustazah Najihah yang sedang menunggunya di luar rumah. Seperti biasa, waktu petang ialah rutin baginya untuk mengaji. Dan seperti biasa juga, Syafiqahlah murid yang datang paling awal berbanding yang lain.

"Kejap lagi saya ambil Syafiqah macam biasa. Dalam pukul 10:15 malam macam tu," ujar Syafiq kepada Najihah.

"Ha, baiklah."

Tapi mata Najihah tertancap tepat pada wajah Syafiq. Wajah lelaki itu akhir-akhir ini terlihat muram. Bentuk mukanya cengkung. Kadang nak ajak lelaki itu berbual pun, dia seperti nak tak nak saja.

"Syafiq, awak okey tak ni?" tanya Najihah kerisauan.

Syafiq jongketkan keningnya. Tiba-tiba ditanya begitu membuat dirinya pelik. Dirinya ini nampak berlain sangatkah?

"Ya. Saya okey je. Kenapa?"

"Oh, okey. Tak ada apalah," dalih Najihah padahal dia tak mahu panjang lebarkan keadaan.

Syafiq angguk. Selepas meminta izin untuk mengundurkan diri, dia berpamitan pergi. Pergi sehingga kelibatnya sudah lesap dari penglihatan.

"Syafiqah."

"Ya, ustazah?"

"Along kamu kenapa? Dia sakit ke?" tanya Najihah kepada Syafiqah pula. Segan nak tanya kepada tuan badan, lebih baik tanya kepada adiknya sahaja.

Syafiqah angkat bahu. Mulutnya turut dimuncungkan.

"Tak taulah, ustazah. Syafiqah pun tengok Along lain semacam je. Makan pun macam tak ada selera," adu Syafiqah.

Najihah hela nafas. Keluh berat dilepas. Masih tak tahu kenapa Syafiq berubah sebegitu.

"Kamu tahu tak kenapa Along kamu jadi macam tu?"

"Entahlah. Tapi apa yang Syafiqah tahu, Sabtu lepas Along ada pergi kat rumah Kak Damia." Syafiqah mulakan cerita.

Dengar saja nama Damia disebut, mata Najihah terbuka luas. Memang semua benda pasal Syafiq, mesti ada kaitan dengan Damiakah?

"Lepas tu?" tanya Najihah yang mulai ingin tahu.

"Along kata, Kak Damia jemput dia pergi rumah. Syafiqah sebenarnya nak ikut Along tapi Along tak bagi sebab dia kata tak nak buat keluarga Kak Damia tak selesa."

Najihah telan liur. Sampai tahap berkunjung ke rumah masing-masing ni, ada apa?

"Syafiqah pun ikutkan jelah. Along kata dia pergi tak lama pun jadinya dia tinggalkan Syafiqah sorang kat rumah. Along tepati janji dia. Dalam setengah jam lepas tu, Along balik. Tapi muka Along berubah. Muka dia nampak sedih je," sambung Syafiqah lagi.

Najihah sedikit tercengang dengan cerita dari Syafiqah itu. Lalu dia kawal semula mulutnya yang terbuka luas itu. Asyik sangat dengar cerita dari Syafiqah.

"Jadi sejak dari hari tu la Along kamu tak banyak bercakap?"

Syafiqah mengangguk laju.

'Benda apa yang jadi kat Syafiq ni eh? Takkanlah ni kerja Damia,' teka Najihah dalam hati.

Bukannya dia nak berburuk sangka dengan Damia tetapi pastinya semua perkara ini terjadi kerana ada kaitan dengan gadis itu.

"Syafiqah. Nanti kalau boleh, Syafiqah tanyakan Along kamu kalau dia okey ke tak. Lepas tu nanti pujuklah dia. Bagi Along kamu ceria semula."

"Okey, ustazah. Nanti Syafiqah cuba." Syafiqah bersetuju.

Najihah lalu buang pandangan ke bawah. Fikirannya kini hanya bermain dengan nama antara Syafiq dan Damia sahaja.

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now