Bab 5: Penjual Sate

126 57 5
                                    

DAMIA berhenti berdekatan sebuah gerai di tepi jalan. Mengikut lokasi yang dihantar Syafiq sebentar tadi, di gerai itulah yang sepatutnya mereka bertemu.

Dia lihat sekilas gerai itu. Banner bertulisan "Sate Syafiq" berserta paparan pelbagai jenis menu sate digantung pada satu sudut gerai itu.

Memang pasti ni gerainya.

Pelanggan-pelanggan masih lagi bertandang di gerai itu. Ada yang menunggu giliran untuk membawa pulang sate, dan ada juga yang duduk di meja, makan di situ.

Lantas mata Damia terpasang kepada Syafiq. Dia yang mengenakan topi berwarna hitam sedang sibuk membakar beberapa cucuk sate untuk pelanggannya. Di sebelahnya juga ada seorang lelaki membantu. Kawannya? Pekerjanya?

Damia terus berjalan ke arah Syafiq tatkala keadaan gerai reda dengan pelanggan yang beratur.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, awak." Bersinar-sinar mata Syafiq melihat Damia yang kelihatan berbeza.

Cantik!

Mana taknya, wanita itu bersolek hampir setengah jam. Mujurlah solekannya tak terlaku berlebihan. Kalau tidak tak pasal-pasal jadi bahan membawang orang sekeliling.

"Awak lama dah ke sampai?"

"Eh, taklah. Baru je."

Syafiq mengangguk perlahan. Tanpa melengahkan masa, Syafiq terus menyuruh Damia duduk di sebuah kerusi kosong di situ. Damia turuti sahaja arahan Syafiq.

Damia menghenyakkan punggungnya di atas kerusi. Sling bag dia letakkan di atas meja berbentuk segi empat sama itu. Dia hanya melihat dan menunggu sahaja Syafiq yang kelihatan sibuk menyediakan hidangan. Mungkin hidangan untuk dirinya?

"Amboi, Syafiq. Kau tak bagitau aku pun yang harini kau ada jemput customer 'special' kat sini." Lelaki yang membantu Syafiq itu bergurau.

"Mana ada Paan. Dia tu kawan aku je. Aku pun baru je kenal dia. Lagipun buat apa aku nak bagitau kau."

"Kawan konon." Lalu lelaki itu mengerling ke arah Damia yang sedang meliar-liar matanya.

"Aku tengok dia cantik. Dan kau pulak handsome. Jadi padanlah kalau ..."

Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata, Syafiq cepat-cepat memotong.

"Kau jangan nak merepeklah. Nanti ada jugak yang kena sumbat dengan sate daging ni karang." Sengaja Syafiq memberi amaran dalam gurauan.

"Dah, aku nak pergi hidang sate ni kat dia." Syafiq seterusnya menapak pergi sambil menatang dua biji pinggan di kedua tapak tangannya.

Farhan atau lebih mesra dipanggil Paan itu menggeleng dan tertawa riang. Suka lihat reaksi kekok kawannya itu kalau berbual melibatkan wanita ini.

Damia hanya melihat sahaja Syafiq dan lelaki itu berbual biarpun perbualan mereka tidak didengari. Bergelak sakan tu, mesti tengah mengata pasal dia!

Syafiq lalu datang ke meja Damia.

"Nah awak. Sate special untuk awak. Makanlah puas-puas." Seraya Syafiq meletakkan dua biji pinggan ke atas meja.

Membulat mata Damia melihat hidangan itu. Ingatkan sedikit sahaja sate yang bakal dihidang tetapi sebaliknya. Malah sekitar 30 cucuk jugalah kalau dikira sepintas lalu. Separuh sate daging dan separuh lagi ayam. Disertakan juga nasi impit dan semangkuk kuah kacang. Boleh pecah perut kalau dimakan semua seorang diri.

"Awak! Banyak sangat ni. Lagipun saya sorang ja yang makan. Tak terhabis nanti." Terkebil-kebil mata Damia.

"Tak habis awak bungkus balik rumahlah."

KASIH SEMENTARATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon