Bab 49: Ujian

67 9 0
                                    

SEJAK dia mendapat khabar bahawa isterinya tu menerima pelantikan kerja secara tetap, Syafiq banyak jugalah makan hati. Tapi dia simpan sendiri.

Entahlah, masa untuk dirinya dan isterinya tu dah macam makin menipis aje. Kadang-kadang, Si Damia tu pulang lambat. Lepas tu pulang pun, siap berdriver bagai.

Special sangat ke bini aku tu kat VeoBay Group tu? Dah macam dia pulak yang bos kat sana. Syafiq sering tertanya-tanya.

Rasa macam, tak berbaloi pulak isterinya tu dapat kerja tetap. Buat apa dapat kerja tetap, tapi hubungan mereka sebagai suami isteri menjadi sedikit renggang? Buat sakit hati adalah.

Tapi mujurlah mereka tak bergaduh.

Damia masih lagi ingat akan tanggungjawabnya. Setiap kali dia pulang lewat, selalu dia hantar gambar makan malam bersama kawan-kawannya tu kepada Syafiq. Jadi tak adalah Syafiq rasa terpinggir sangat.

Kerja, kerja juga. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tu jangan lupa. Asalkan Damia masih pikul tanggungjawabnya, Syafiq terima dan akan sedia memahami isterinya tu.

Lagipun, Syafiq sendiri yang sudah sedia maklum dan akan menelan semua apabila Damia dah menempuh alam pekerjaan ni. Suami isteri berpisah seketika tu, perkara biasa. Takkan nak berkepit 24 jam aje, kan?

Ah! Daripada membiarkan dirinya kusut memikirkan semua tu, baik dia pergi ke rumah Pak Ya sekarang. Ya, rumah Pak Ya.

Tadi adalah Syafiq goreng cucur jagung, sekadar suka-suka. Nama pun duduk seorang diri siang-siang ni, memang bosanlah.

Jadi, memasak ajelah yang dia mampu buat.

Lepas je buat cucur jagung tu, ingat nak hantar sedikit kat Pak Ya dan Najihah. Dah lama Syafiq tak jumpa dia orang lagi-lagi Pak Ya tu.

Rasanya dah dekat tiga minggu dia tak jumpa Pak Ya!

Haih, Syafiqlah. Lelaki tua tu dah banyak tolong kau, takkan kau nak lupakan dia, kut. Sekali-sekala, jenguklah dia tu kat rumah. Nanti dicop kacang lupakan kulit pulak.

Tupperware yang berisi cucur itu dibalut dengan plastik. Lalu motosikal pinjamannya dihidupkan dan segera memacu jalan menuju ke rumah Pak Ya.

"Assalamualaikum!" ucap Syafiq setibanya dia ke sana.

Tiada jawapan. Syafiq kerutkan dahi.

Aik? Takkanlah tak ada orang? Padahal kereta Najihah ada aje kat sini. Syafiq berasa pelik sambil kepalanya terteleng-teleng memandang kereta Avanza di pekarangan rumah tu.

"Assalamualaikum." Lagi sekali Syafiq memberi salam. Tetapi tiada sahutan.

Baru sahaja Syafiq mahu berputus asa, kedengaran bunyi kunci rumah yang dibuka. Pintu dikuak dan terpampang wajah Najihah yang agak terkejut tu.

"Waalaikumussalam ..." Nampak Najihah telan liurnya. "Syafiq ..." gumamnya.

"Oh, Najihah. Maaflah sebab saya datang tak bagitahu ni. Ingat nak jumpak Pak Ya, nak tanya khabar. Dia ada tak?"

Spontan wajah Najihah terasa kebas. Liur ditelan. Fikirannya sudah menerawang untuk mencari 'alasan'.

Tapi belum sempat lagi dia berbuat begitu, suara Pak Ya dari dalam rumah sudah pun bergema.

"Siapa tu, Jihah?"

Najihah nampak makin tak tentu arah. Ya Allah ... dia berasa bersalah sangat sekarang ni kat Syafiq. Bukan niat dia mahu berahsia.

"Err ... Syafiq, abi." Najihah menjawab. Suasana terus senyap.

Syafiq pun dah berasa lain macam. Selalunya kalau dia yang datang sini, Pak Ya la beria mahu menyapa. Kadang, belum masuk ke dalam rumah lagi pun, Pak Ya dah ada kat depan pintu.

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now