Bab 47: Janji Setia

42 8 0
                                    

KENYANG sangat makan sampaikan rasa mengantuk makin membuak-buak. Tapi Damia tahan jua rasa kantuknya tu semata-mata mahu tunjukkan jalan menuju ke rumah ibunya. Iyalah, Zaid tu pun mana tahu rumah Mak Siti tu terletak kat mana.

Sementara mengisi masa di dalam kereta ini, mereka hanya berbual-bual kosong. Sekadar untuk menghalau sunyi dan rasa mengantuk aje.

"Kat depan tulah rumah saya." Damia tunjuk keberadaan rumah ibunya.

Zaid angguk dan dia ikut segala arahan Damia tu. Selepas itu, kereta yang dipandu membelok ke kiri dan menyusup masuk ke kawasan pekarangan rumah.

Dah sampai! 

Damia keluar dari perut kereta. Tak hanya dia, nampaknya Zaid pun turun sama untuk mengiringi Damia masuk ke dalam rumahnya. 

"Terima kasih sebab belanja saya makan. Lepas tu hantar saya balik rumah pulak. Kalau awak tak ada, tak tahulah nak minta tolong kat siapa tadi," ucap Damia sambil membetulkan tudungnya yang sedikit herot tu.

"It's okey. Lagipun seronok dapat makan dengan awak, Damia. Maybe next time, kita boleh dinner sama-sama lagi?" 

"Insya-Allah. Boleh je kalau kita ada masa. Dan lagi satu ... maaf kalau saya ada buat awak terasa hati."

Kening Zaid hampir bertaut. "Sebab?"

"Sebab ... saya rasa macam kurang ajar pulak panggil awak dengan nama je. Lepas tu panggil guna perkataan 'awak' pulak. Rasa macam, entahlah. Macam tak kena pulak sebab saya ni pekerja je."

Ala, Damia ni. Nak berminta maaf bagai. Padahal hati sendiri yang mahu.

"La ... kan saya dah kata. Saya okey je. Memang saya lagi suka kalau kita bercakap tak formal macam ni. Tapi kalau masuk kerja, jangan pulak kita nak berawak-saya macam sekarang ni. Boleh jadi gosip tu." Zaid memberi peringatan dalam pada tawanya tu.

"Baiklah." Damia tertawa kecil jua. Betullah tu, kalau jadi gosip, habislah reputasi dirinya nanti.

Encik bos ni pun takut juga jadi bahan gosip. Yalah. aku ni kan bini orang. Nanti staf lain tuduh dia pemusnah rumah tangga orang pulak, kan? Tapi dia layan aku pun, sekadar layanan sebagai pekerja dia aje. Buat apa dia nak takut. Lagipun, aku ni PA dia. Jadi biasalah kalau PA nampak rapat dengan bos pun. Bisik hati Damia. 

Kedengaran pintu utama dikuak. Serta-merta perbualan mereka mati. Tengok-tengok, ada seorang perempuan tua tengah menjengulkan kepalanya menghadap ke luar. Dengan bedak sejuk ditepek pada muka, dah macam hantu Cina nampaknya.

Siapa lagi kalau bukan Mak Siti. Dengan mata mencerlungnya tu, memang trademark dia rasanya. Tapi apabila dia lihat Damia bersama seorang lelaki yang berkereta mewah tu, automatik wajahnya dikawal semanis mungkin. Siapa tu? Skandal baru anak aku ke?

Damia dan Zaid mata mereka sama-sama terarah kepada Mak Siti. Rasanya, dah nampak 'si tua' tu munculkan diri, tak ada apa lagi yang mahu mereka bualkan.

"Okeylah, Zaffran. Saya masuk dulu. Hati-hati bawak kereta," pesan Damia sebelum berpisah.

"Okey. Kirim salam kat Syafiq."

"Insya-Allah ..."

Damia terus majukan langkahnya masuk ke dalam rumah. Sebelum dapat membolos ruang pintu, kena hadap bentengan ibunya tu dulu. Ibunya tu, tak lepas dari memanah pandangan kepada dirinya.

Tapi Damia buat tak tahu aje. Dia main terobos sajalah Mak Siti tu tanpa sebarang ucapan. 

Setelah Damia hilang dari pandangan, Zaid pula mahu beredar. Sempat dia pamerkan segaris senyum dan tundukkan sekali kepalanya kepada Mak Siti sebelum keretanya meluncur membelah jalan.

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now