Bab 55: Khilaf

102 5 2
                                    

"HAH? Pak Ya jatuh?"

Berkerut-kerut dahi Damia tengok suaminya tu. Mulut melopong. Mata meluas. Tangan yang menggenggam telefon pun, nampak ketara menggigilnya. 

Damia dan Syafiq tu baru aje bersiap-siap nak pergi klinik. Nak scan baby kat klinik yang Kak Riana recommend tu. Walaupun bergaduh sikit pun, tapi tak adalah sampai tak bercakap terus. Setakat nak pergi klinik bersama-sama, bolehlah diterima lagi. Lagipun, mereka tak naklah biar semua benda yang berlaku ni menjadi terlalu melarat. Nanti susah nak perbaiki pula  hubungan dia orang tu. 

Dan tadi, sewaktu mereka berdua baru aje nak melepasi pintu rumah, telefon pintar Syafiq berdering. Dan disebabkan panggilan itulah, muka Syafiq nampak keruh semacam. 

Dah tadi Damia dengar Syafiq tu sebut nama Pak Ya, jadinya mestilah Najihah yang call, kan? Benda apa jadi kat Pak Ya tu? Mulalah Damia rasa tak sedap hati. Damia pun rasa macam tu, apatah lagi Syafiq.

"Kejap lagi saya datang rumah. Awak tunggu, saya on the way pergi sana sekarang." Usai memberi salam, nafas Syafiq jelas turun naik dengan laju. Liur diteguk payah. Nampak mukanya pun, tak senang duduk.

"Kenapa, bang? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Damia terus menyoal.

"Najihah call tadi. Dia cakap yang Pak Ya jatuh kat bilik air. Kaki tak boleh gerak." Mundar-mandir Syafiq menjawab sambil-sambil menyeluk kunci kereta Proton Saga di dalam poketnya.

Allahuakbar ... terkejut juga Damia mendengarnya. Pak Ya ditimpa musibah lagi. Padahal sejak beberapa bulan kebelakangan ni, kesihatan Pak Ya tu dah bertambah baik. Berjalan pun dah okey sikit. Nampak memuaskan jugalah kesihatannya tu. Tapi tetap saja, pemeriksaan dan pengambilan ubat setiap hari tak boleh ditinggalkan.

Hari ni, Pak Ya tu jatuh tangga pula. Melibatkan kaki lagi pula tu. Harap tak ada kecederaan yang seriuslah. Risau juga dibuatnya.

"Habis tu, macam mana, bang? Najihah dah call ambulans ke?"

Syafiq geleng. "Tak. Dia call abang dulu sebab dia nak minta tolong abang bawakan Pak Ya kat hospital. Ni abang nak terus pergi kat rumah Najihah, hantar Pak Ya pergi hospital."

Nasib baiklah Syafiq tu sekarang dah ada lesen memandu dan kereta sendiri, jadi tak ada masalahlah kalau nak tolong Najihah tu. Walaupun tu kereta terpakai yang perlu dibayar secara ansuran, tapi sebenarnya itu sudah cukup bagi Syafiq. Asalkan dia ada pengangkutan bukan untuk dirinya tapi untuk keluarganya juga. 

Kalau ada hal kecemasan, tak adalah nak tergopoh-gapah sangat. Kena pulak dengan situasi yang berlaku sekarang ni.

Damia kekal statik. Reaksi wajahnya nampak betul-betul tergamam. Macam dia tak terkesan pula dengan apa yang Syafiq tu beritahu tadi.

"Sayang, cepatlah masuk kereta," arah Syafiq yang berura-ura mahu menutup pintu rumah. Tapi tengok Damia masih berdiri kaku macam tu, tindakannya terbantut.

"Habis tu, nak scan kat klinik tu macam mana?" Damia terus luahkan isi hatinya. Dia memang kasihankan Pak Ya tu, dan dia harap sangat Pak Ya tu tak apa-apa tapi dia perlu pentingkan dirinya juga. Pasal kandungannya. 

Bila Syafiq nampak kalut-malut nak tolong Pak Ya tu, mulalah Damia rasa terkilan. Macam Syafiq tu mahu lupakan janjinya pula untuk bawa Damia sekali ke klinik. 

"Tak boleh ke kalau kita pergi hari lain?"

"Mana boleh, bang. Kita dah buat appointment dah untuk hari ni. Kalau cancel, habis burn la duit yang kita bayar tu." Senang-senang aje Syafiq suruh cancel. Dia ingat semua tu bayar pakai daun ke?

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now