Bab 4: Nama

122 61 6
                                    

LELAKI itu hanya mengukir kuntuman senyum kepada Damia. Pasti terasa geli hatinya apabila melihat Damia itu umpama sudah menjadi patung.

"Assalamualaikum, Cik."

Lelaki itu memulakan ucapan. Suaranya itu lembut saja menggetarkan halwa telinga Damia.

"Wa ... Waalaikumussalam." Damia menelan air liur.

"Tak sangka kita boleh berjumpa lagi." Damia semakin tak keruan. Mana taknya, baru sahaja kelmarin dia bertemu lelaki itu buat pertama kali, hari ini mereka bertemu lagi. Takdir mungkin.

Lelaki itu hanya tertawa kecil. Bagi Damia, dia memang tidak menyangka kehadiran jejaka itu tetapi bagi lelaki itu pula, pertemuan ini adalah pertemuan yang sudah dirancang.

Damia segera menggelengkan kepala menyedarkan diri.

"Kedai runcit kat kampung awak tu tutup ke?" Damia bertanya. Masih tidak tahu tujuan sebenar lelaki itu ke sini.

"Tak adalah. Saja datang sini, nak try jugak membeli barang kat kampung sebelah ni." Lelaki itu memberi jawapan yang tak kukuh.

"Ye ke? Padahal setahu saya kedai kat kampung awak tu lagi murah harga dia dari kedai ni. Kenapa beli kat kedai ni jugak?"

Damia berasa pelik. Dalam masa yang sama juga sempat dia memperlekeh kedai milik ibunya itu. Iyalah, kedai cekik darah katanya.

"Okeylah, kalau macam tu awak tunggu sekejap ya." Lelaki itu langsung keluar dari kedai. Terlihat seperti dia mengambil sesuatu dari raga motornya.

Tak sampai dua minit sahaja, lelaki itu kembali semula. Kali ini dia membawa beg kertas berwarna coklat keemasan itu.

"Nah, ini awak punya kan?" Seraya lelaki itu menyerahkan beg kertas itu. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.

'Tu macam ... beg kertas kelmarin!' bisik hati Damia.

Damia mengambil beg kertas itu dengan penuh teruja. Dia turut melihat-lihat keadaan barang di dalamnya. Baju kurung moden itu masih elok keadaannya. "Eh! Ni baju saya yang hilang tu. Saya baru ja nak cari lepas habis kerja kejap lagi," Damia tidak mampu menyembunyikan rasa gembiranya.

"Kat mana awak jumpa?" tanya Damia lagi.

"Kat tepi jalan menuju sungai hujung kampung saya tu. Saya rasa awak tercicir tu."

Damia menggaru sahaja kepalanya yang tak gatal itu. Malu dirinya diketahui cuai sampaikan beg kertas bersaiz besar yang tercicir dari raga motosikalnya pun dia tak perasan.

"Saya nak bagitahu, yang saya nak minta maaf siap-siap sebab basuh baju awak tu tanpa kebenaran. Lepas je jatuh atas tanah, habis baju tu kotor. Sebab tu saya terpaksa cuci dan bersihkan semula," ujar lelaki itu.

"Awak cuci, guna mesin?"

"Eh tak-tak. Saya cuci guna tangan je." Lelaki itu cepat sahaja menjawab. Takut dimarahi pula oleh wanita di hadapannya itu.

Damia menghela nafas lega. "Nasib baik. Saya takut rosak je baju ni. Ye la, kan banyak labucinya, nanti habis semua tertanggal."

Takut sangat baju itu rosak. Nanti habis pula dileter ibunya lagi.

"Ouh yakah? Saya memang cuci guna tangan, awak jangan risau." Tenang dan lembut sahaja lelaki itu bicarakan.

"Lagipun, saya mana ada mesin basuh," sambungnya lagi.

Pandangan redup dilemparkan Damia. Dia dapat rasakan keikhlasan lelaki itu dari bicaranya.

"Awak, terima kasih sangat tau. Dahlah awak yang jumpa baju ni, lepastu awak tolong basuhkan pulak. Sepatutnya saya yang kena minta maaf tau sebab susahkan awak," ucap Damia.

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now