Bab 16: Bawa Diri

78 31 0
                                    

MAK Siti silangkan tangannya. Kepalanya digeleng-geleng kerana penat bertekak dengan anaknya.

"Mak yang gila ke kamu yang gila? Mak nak kahwinkan kamu dengan Lokman tau, bukan dengan siapa-siapa pun. Lagipun Lokman tu pensyarah, sekurang-kurangnya pendapatan dia stabil. Bukannya penjual kat gerai tepi jalan tu macam..."

"Mak!" bentak Damia yang memangkas kata-kata Mak Siti.

Keadaan terus senyap. Nafas mereka tercungap-cungap. Syafiq pejamkan mata, berderau darahnya sepanjang berada di rumah Damia ini. Dia memang sudah upaya bertahan tetapi kali ini dia rebah.

"Mak cik memang bencikan saya? Memang saya tak layak nak berkawan dengan anak mak cik?" tanya Syafiq tertunduk kepalanya.

Mak Siti sengih. "Hmm ... soalan bagus. Nak tahu jawapan dia? Aku memang tak suka dan tak restui pun persahabatan kau orang berdua. Sebab aku takut kalau-kalau kau orang tiba-tiba buat kerja gila. Nak kahwin. Tu paling aku takut dan tak suka!" Mak Siti jegilkan mata.

Syafiq angguk kepalanya. Memang tiada makna lagi baginya untuk teruskan persahabatan ini. Ibu kepada Damia ini memang sudah benar-benar bencikan dirinya. Mahu pujuk rayu? Memang tak akan berjayalah jawabnya.

"Mak ...," rintih Damia yang sudah menitiskan air mata. Dia rasai sakit yang Syafiq rasakan.

"Jadi kau, Syafiq. Baliklah rumah tu. Tak ada benda yang nak dibincangkan lagi," ujar Mak Siti.

"Baiklah, mak cik. Terima kasih sebab jemput saya datang sini. Terima kasih banyak-banyak," ucap Syafiq tahan sebak. Suaranya timbul tenggelam.

Syafiq bingkas bangun dari duduknya. Muka Damia tidak sanggup lagi dia lihat.

"Syafiq! Syafiq!" panggil Damia yang terus meluru menghalang Syafiq. Tetapi Syafiq tidak sedikit pun memandang wajah Damia.

Air mata yang bergenang jatuh jua membasahi pipi. Langkah diteruskan tanpa menghiraukan Damia yang sudah menangis merayu.

"Damia! Kau jangan nak ikut laki tu," larang Mak Siti.

Mak Siti terus pergi mendapatkan anaknya itu, Tangan anaknya ditarik kasar dan dia paksa Damia duduk semula di atas sofa.

"Mak! Sakitlah!" jerit Damia sambil mengurut-urut pergelangan tangan yang terasa sakit kerana genggaman kuat ibunya.

"Kau duduk situ diam-diam!" Nadia pula memberi amaran. Tugas untuk menghalang Damia kini dia galas.

Mak Siti terus ke luar menghadap Syafiq yang sudah melangkah pergi. Muka lelaki itu pasrah dan redha.

"Oi, jantan! Lepas ni kau jangan nak datang kat rumah ni lagi. Dan jangan sekali-kali kau nak berhubung dengan anak aku lagi sebab dia dah nak jadi bini orang dah. Aku takkan restui dan takkan benarkan kau berkawan dengan anak aku lagi sampai bila-bila. Faham?" Dengan garang dan bengisnya Mak Siti semburkan itu.

Syafiq gosok matanya yang sudah berair. Suaranya sudah tidak mampu dilontarkan. Pantas dia tunggang motosikalnya tanpa sebarang ucapan. Tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.

"Syafiq!" Damia yang dihalang Nadia terus menolak kasar kakaknya itu.

Nadia yang ditolak terundur beberapa langkah ke belakang. Memang kuat benar tolakan Damia itu.

"Syafiq! Jangan pergi!" Damia terus melepasi pintu utama rumah tetapi segera Mak Siti sekat.

Damia terpaksa hentikan jeritan dan langkahnya. Dah tak guna mahu mengejar Syafiq kerana lelaki itu sudah lesap dari pandangan. Bunyi enjin motosikalnya sudah lama hilang dari pendengaran.

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now