Bab 41: Cari Kerja

35 7 0
                                    

TAK boleh!

Damia urut pelipisnya. Apabila suara keras suaminya melontarkan perkataan itu terngiang-ngiang dalam kepala, automatik tangannya menutup telinga. Giginya diketap kuat. Dia geram!

Berkali-kali jugalah suaminya mengatakan tidak kepada hasratnya itu. Tak boleh dan tak diizinkan. Padahal nak cari kerja saja pun. Bukannya buat benda yang tak elok. Damia dah tak tentu arah.

Atas janjinya kelmarin, kerana suaminya berkeras tak membenarkan dia mencari kerja, Damia putuskan untuk menjalankan perang mogok 1.0 disertakan dengan projek merajuk buat pertama kalinya kepada suaminya. Setelah hampir dua bulan berkahwin!

Semalam, hampir seharian Damia tak bercakap dengan suaminya. Suaminya ajak makan, dia buat tak tahu saja. Tidur sekatil pun, bukan main canggung rasanya. Si suami menoleh ke kiri, si isteri pula menoleh ke kanan. Masing-masing tak nak menghadap satu sama lain. Dah macam budak-budak pula nak merajuk sebegitu.

Disebabkan itulah Damia putuskan untuk berpindah. Pindah ke bilik sebelah saja, bukannya rumah. Bilik dalam homestay ni ada dua, jadi tak payah dah nak kongsi bilik dengan suaminya itu. Rajuk masih bertahan dengan padu. Biar Syafiq tu tidur sorang-sorang! Bentak Damia dalam hati.

Dalam bergelut dengan perasaannya, pintu biliknya diketuk dan dikuak perlahan. Wajah Damia terus mencuka apabila dia lihat suaminya sedang menatang dulang yang berisi makanan di depan pintu. Cakap pasal makanan, perut Damia terus berkeroncong bukan main. Iyalah, dari petang dia tak makan. Kalau dia pergi ke rumah ibunya tadi, bolehlah dia jamah sedikit apa yang ibunya masak. Tapi nak dijadikan cerita, hari ni jugalah hari Sabtu yang bermaksud suaminya sedang bercuti. Damia mengeluh.

Damia tak peduli tentang lapar! Mogok mesti diteruskan. Damia dalam keadaan duduk bersila di atas katil terus berbaring. Selimut ditarik kasar menutupi tubuh. Nak tunjuk proteslah tu.

"Sayang, makan ni. Abang ada beli nasi ayam. Sayang tak makan pun dari tadi. Tadi pun abang makan sorang je." Penuh berharap Syafiq untuk melihat isterinya melentur semula. Dia menempatkan duduknya betul-betul di birai katil, rapat dengan isterinya. 

Damia masih mengeras. Mata dipejam serapat-rapatnya. Biarkan saja suaminya tu bercakap seorang diri.

Syafiq kecilkan matanya. Jadi sekarang isterinya sedang cabar dirinyalah, kan? Okey, Syafiq sahut cabaran tu.

Tak memberi peluang, Syafiq terus menarik tangan isterinya. Paksa juga isterinya bangun walaupun dia tahu, isterinya sedang marah. Nak berdegil sangat, ya?

"Abang, apa ni? Saya nak tidurlah." Damia melenting. Matanya menikam tepat ke anak mata suaminya. Tetapi perlahan-lahan pandangan matanya dikawal tajamnya apabila tangan suaminya sudah sedia untuk menyuap nasi itu ke dalam mulut.

Sambil menyuakan sudu ke mulut isterinya, Syafiq bersuara, "Makan dulu. Lepas tu sayang nak tidur ke, nak sambung merajuk ke, ikut sukalah. Janji makan." 

Sempat lagi Syafiq menyindir biarpun rasa risau akan isterinya menambat hati.

Damia juling matanya ke atas. Alahai, baru aje nak perkukuhkan dinding ego, tiba-tiba runtuh sedikit bentengnya. Nak tak nak, mulutnya dibuka perlahan-lahan dan suapan pertama berjaya dikunyah. Eleh, mulut saja kata tak mahu tapi hati kata nak. Suami sendiri yang suap tu, bukan selalu.

Syafiq senyum nipis melihat isterinya rancak makan. Itulah, tadi melayan sangat ego tu, sekarang tahu pun lapar. Syafiq kutuk dalam hati.

Sedar tak sedar, habis pun nasi ayam di dalam dulang tu. Dengan sup dalam mangkuk pun, habis licin dihirup Damia. Penangan suapan dari encik suami, makin bertambahlah selera makannya.

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now