Bab 50: Retak

86 10 15
                                    

HARI ni, semua pekerja syarikat VeoBay Group balik lambat sampaikan dah masuk pukul 9:00 malam pun, dia orang tu masih bertandang di sana.

Semuanya berkaitan projek yang akan execute kat Pahang tu la. Pakat semua kena kerja lebih masa. Lagipun, waktu hujung bulan macam ni macam dah perkara biasa bagi pekerja-pekerja VeoBay Group untuk pulang lewat.

Tepat aje pukul 9:15, akhirnya Zaid memberi kebenaran kepada pekerja-pekerjanya untuk pulang. Alhamdulillah ... dapat jugak balik rumah setelah berjam-jam berkebas punggung kat kerusi tu.

"Damia, hari ni awak tak payah balik dengan Pak Deraman. Biar saya je yang hantar." Zaid menawar diri. Padahal Damia baru aje tercari-cari Pak Deraman a.k.a driver syarikat tu kat luar ofis.

"Eh, tak payahlah. Selalu saya balik dengan dia je." Damia mahu menolak tapi itulah, Zaid tetap berkeras. Katanya Pak Deraman ada hal.

Apa yang jadi, Damia terpaksa ajelah ikut arahan bosnya tu. Kalau tak, nak balik dengan siapa lagi, kan? Takkan nak call suami dia.

Sudahlah hubungan dia dengan suaminya tu makin dingin dua tiga hari ni. Tak tahulah macam mana nak perbaiki semula. Masing-masing laki bini teguh dengan dinding ego.

Masuk aje dalam kereta, seat sebelah Zaid menjadi pilihan. Dah tak peduli dah persepsi pekerja-pekerja VeoBay Group yang lain bila dia masuk saja dalam kereta bos.

Nak gosip aku? Kisah pulak. Apa yang Damia nak, dia mahu pulang sekarang!

Zaid terus mulakan pemanduan usai tali pinggang keledar dipasang. Perjalanan dituju ke rumah Damia.

Senyap. Itu sahaja suasana yang menghambat di dalam kereta tu.

Mungkin masing-masing sedang penat. Ye la, dari pagi sampai malam bekerja non-stop. Sekarang ni, dalam fikiran hanya terbayang katil kat rumah aje.

"Sorry untuk hari ni. Awak mesti terkejut kan tengok saya marah-marah tadi tu." Zaid cuba berbual. Fokus memandu.

Ya betul. Hari ni jugaklah Damia tu menyaksikan encik bosnya tu meradang kat ofis. Buat pertama kali, setelah sebulan dia kerja kat sana. Uish ... Encik Zaffran kalau marah, memang scary.

Damia banyak kali jugaklah urut dada dia tu, sebab suara menempik Zaid marah staf tadi. Boleh bergegar satu bangunan.

Dia marahlah, sebab khabarnya, ada beberapa staf yang buat kerja halai-balai. Hasilnya, semua pekerja kena tempias.

Nasib baiklah bukan aku yang kena marah sekali tadi. Damia sempat luahkan lega.

"Tak ada apalah, encik. Encik kan bos, jadi tegur dan marah staf yang tak buat kerja tu, dah jadi tanggungjawab encik. Nak jadi bos kenalah tegas, kan?" Damia cuba bermanis mulut.

"Awak nak tengok saya marah lagi tak?" Tiba-tiba Zaid bertanya.

Damia terpinga-pinga. "Tak nak."

"Kalau tak nak, don't call me dengan perkataan 'encik' lagi. Saya dah pernah pesan kan, kalau habis je waktu bekerja jangan formal sangat dengan saya."

Damia tampar mulutnya. Adui ... dia buat salah lagi. Suka terlupa padahal banyak kali jugaklah Zaid tu cakap tentang hal tersebut.

"I'm sorry, Zaffran."

"It's okay." Dengar aje Damia panggil namanya macam tu, melebar terus senyuman Zaid. Yes! Berjaya jugak taktik dia.

Setelah beberapa minit merempuh perjalanan panjang di kala malam hari, mereka tiba di depan rumah Damia.

Bukan homestay tu, tapi rumah Mak Siti.

Damia turun untuk masuk ke dalam, tapi Zaid segera menghalang. Damia terus hentikan langkah melihat Zaid yang tergapai-gapai tangannya mengambil sesuatu dari seat belakang.

KASIH SEMENTARAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt