Bab 19: Pertemuan Semula

62 22 0
                                    

DAMIA terus meluru masuk ke dalam bilik. Penat dan lelah rasa setelah keluar bersama Lokman tadi. Tiada rasa istimewa pun keluar bersama lelaki itu. Membazir masa dan tenaga adalah.

Ketika dia sedang menanggalkan ikatan getah pada rambutnya, Damia terpandang akan sling bag miliknya. Pantas jari-jemarinya menyeluk sling bag itu dan dikeluarkan satu plastik sate yang dibeli Lokman tadi.

Sengaja dia sorok sate-sate itu di dalam begnya sejak pulang tadi. Nanti jika ibunya nampak, pasti dia tersilap sangka pula.

Damia terus duduk di atas kerusi berdepan meja solek. Lihat saja sate, semestinya gerangan Syafiq yang diingatnya.

Memori ketika dia bersama Syafiq kembali diimbas. Ketika dia sering berkunjung ke gerai Syafiq untuk menikmati satenya. Ketika dia dan Syafiq menbakar sate bersama-sama sewaktu berada di rumah lelaki itu.

Rasa pilu di dada menekan raga. Persahabatan yang berharga terpaksa dihancurkan. Hubungan yang masih terkawal batasnya terpaksa dipisahkan. Semuanya kerana perbuatan si ibu dan kakak. Perbuatan darah daging sendiri.

Damia ambil secucuk sate ayam. Dia gigit sate itu dan dikunyahnya perlahan. Tanpa sedar, air matanya mulai bergenang. Kunyahan demi kunyahan membuatkan matanya semakin berkaca-kaca.

Biarpun rasa sate itu tidaklah seburuk mana, tetapi tetap sahaja ia berbeza dari sate yang dibuat Syafiq. Dia sudah terbiasa merasai sate dari lelaki itu.

Damia masukkan kembali secucuk sate itu ke dalam plastik semula. Cukuplah hanya satu gigitan. Rasa rindu kepada Syafiq semakin membelah jiwa. Hanya sate dari Syafiq sahaja yang mampu diterima oleh tekaknya ketika ini.

Dia bingkas bangun dari duduknya, lalu dicampak plastik yang berisi sate itu ke dalam tong sampah. Berbelas-belas cucuk sate yang lain dibiarkan dibuang begitu sahaja.

Tangan dilap dengan sehelai tisu. Pada ketika itu juga, matanya tertumpu kepada sebuah beg. Beg kertas berwarna coklat keemasan yang masih elok berdiri di tepi meja soleknya.

Ya, itulah beg yang berisi baju kurung Damia. Baju kurung yang Damia ambil dari ibunya. Baju kurung yang membuat dirinya itu kenal siapa itu Syafiq Aiman. Dengan rasa beratnya, Damia kuatkan diri mengambil beg tersebut dan duduk di atas katilnya pula.

Baju kurung berwarna hijau itu dikeluarkan. Masih cantik tanpa cela. Fizikalnya masih sama seperti ketika Syafiq serahkan kepadanya dahulu. Bahkan bau sabun pencuci yang digunakan Syafiq masih melekat pada baju itu.

Baju yang menjadi tanda awal perhubungan mereka. Baju itu memberi kenangan indah kepada dirinya.

Air mata jatuh bercucuran di pipi. Dikesat air itu dari jatuh berjurai tetapi makin mencurah-curah pula mutiara jernih itu mengalir dari tubir mata.

'Saya rindukan awak Syafiq. Saya rindu awak,' tangis Damia yang semakin menjadi-jadi.

Baju kurung itu digenggamnya kuat dan dicium baju itu. Hanya tangisan tanpa suara mampu diluahkan.

'Saya tak boleh lupakan awak Syafiq. Saya perlukan awak.'

Berat dan sakit. Inikah apa yang dimaksudkan dengan rindu? Apakah rindu yang dirasa mampu diubati? Bagi Damia, rasa rindu itu hanya mampu beransur hilang jika dia dapat melihat lagi wajah lelaki yang dipujanya. Walaupun hanya sesaat.

Damia lap air mata yang bercucuran di pipi menggunakan baju kurung itu. Baju itu dimasukkan semula ke dalam beg kertas. Rasa rindu sudah dilepas biarpun belum lagi terubati. Biarlah rasa perit ini hilang sendiri walaupun pasti sukar.

Tetapi bagaikan ada satu aura yang membuatkan Damia membeku. Aura yang datang secara tiba-tiba. Mungkin kerana baju kurung itu yang menggambarkan susuk seseorang.

KASIH SEMENTARANơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ