Bab 48: Mungkir

50 6 0
                                    

"APA? Sayang balik lambat? Habis macam mana dengan dinner kita malam ni?"

Mahu bergegar rumah dengan suara Syafiq yang seperti guruh berdentum di angkasa tu. Telefon yang dilekapkan di telinga digenggam kuat. 

Sungguh, dia amat kecewa sekarang ni. Rasa seperti dirinya ... dikhianati?

"Maaf, bang. Hari ni saya tak boleh join dinner dengan abang. Saya balik lambat hari ni."

Syafiq ketap giginya. Kalau diikutkan, mahu saja dia bidas isterinya tu kerana sudah memungkiri janji tapi dia cuba sedaya upaya tahan. Nafas dihela dan keluhan dilepaskan.

"Padahal minggu lepas sayang dah janji dengan abang, nak keluar makan setiap minggu. Tapi kalau dah macam ni, tak apalah. Abang tak nak paksa. Sayang habiskanlah masa sayang dengan kawan-kawan sayang tu. Abang okey." Penuh pasrah Syafiq utarakan isi hatinya.

Luluh pula hati Damia mendengar suaminya berbicara sebegitu. Aduh ... nak buat macam mana, dia sendiri yang salah. Dah berjanji dengan suami nak makan malam sama-sama, tapi waktu hari ni jugalah dia nak join kawan-kawan dia meluangkan masa di bandar. Nak eratkan hubungan katakan.

Sanggup tu ketepikan suami semata-mata kerana kawan-kawan.

"Abang ... saya mintak maaf. Saya tahu abang kecewa dengan saya sebab buat janji palsu. Saya ingat saya boleh balik sebelum malam ni, tapi tu la. Kak Zetty dengan Suraya pulak ajak saya pergi shopping lepas ni. Saya mintak maaf sangat-sangat tau, bang," ucap Damia yang dihurungi rasa bersalah.

Itulah, kalau diikutkan tadi dia boleh aje tolak ajakan 'Akak-akak senior' dia tu. Tapi dia nak juga ikut makan dan bershopping bagai. Difikir dalam hati, waktu kena ajak keluar sekali macam inilah yang patut dia gunakan untuk rapatkan diri dengan kawan-kawan di VeoBay Group tu. Kalau tak join, nanti kena cop berlagak pulak, kan?

"Hmm ... yelah. Ni sayang bershopping tu ada duit tak?"

"Adalah sikit duit yang abang bagi tu. Lagipun saya tak nak shopping banyak-banyak. Nak cuci mata aje pun cukuplah."

"Okeylah kalau macam tu. Luangkanlah masa puas-puas dengan kawan-kawan sayang tu. Tapi jangan balik lambat sangat."

"Baik, bang. Sebelum pukul 9:00 saya balik. Assalamualaikum. I love you, abang."

"Waalaikumussalam. Love you too ..."

Telefon diletakkan. Secara spontan keluhan berat dilepaskan buat kesekian kalinya. Syafiq raup wajahnya untuk menghalau rasa kesal yang menghambat diri.

Isterinya tak putus meminta maaf tadi, tapi tetap sahaja rasa sakit dalam hatinya tidak terubat. Nak buat macam mana, dah bukan rezeki hari ni nak makan sekali dengan isterinya.

Lagipun kalau difikir secara positif, jimat juga duitnya. Tak payahlah nak berhabis berpuluh ringgit semata-mata nak makan kat restoran. Sudahlah dia sejak dua menjak ni dia berada dalam keadaan kesempitan sekarang ni.

Mula-mula nak kena bayar duit lesen memandu kereta, lepas itu untuk modal meniaga lagi. Belum lagi ditambah dengan kos untuk tampung keperluan hidup lagi. Nasib baiklah pasal pengangkutan, masalahnya tu dipermudahkan.

Mujurlah Paan sedia membantu. Selepas saja dia tahu yang motosikal Syafiq tu rosak, terus dia menawarkan motosikal miliknya untuk dipinjamkan sementara buat Syafiq. Dipinjamkan sementara mungkin sehingga Syafiq tu berjaya mendapatkan lesen memandunya dan kereta second-hand yang diinginkan tu.

Maklumlah, Paan tu kan dah ada kereta Proton Personanya. Tak salahlah kan mahu pinjamkan seketika motosikalnya tu untuk Syafiq.

Terima kasih banyak Paan. Memang Syafiq amat terhutang budi dengan kau.

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now