Bab 13: Perpisahan

82 40 2
                                    

MASUK sahaja ke dalam rumah, kelibat Syafiqah yang Najihah dekati dahulu. Mujurlah dengan lakonan selambanya, Syafiq tidak terperasan apa-apa bahawa dia baru selesai menangis tadi.

"Syafiqah, demam kamu dah kebah ke?"

"Eh, ustazah. Ya Syafiqah dah sihat dah. Syafiqah kan kuat."

Tersenyum Najihah dengan celoteh budak di hadapannya itu. Kepala Syafiqah dia usap perlahan.

"Datang pun ustazah. Ingat ustazah dah lupa dah janji semalam." Syafiqah muncungkan mulut.

"Ustazah takkan mungkir janji tau. Lagi-lagi janji dengan kamu. Ingat tu."

Syafiqah angguk laju. Dia kalau bersama Najihah, pasti jadi lain sedikit. Syafiqah akan menjadi susuk yang ceria dan mudah senyum.

"Dari tadi Syafiqah cari awak Najihah. Nasib baiklah awak datang sini." Damia pula mencelah.

Najihah hanya mengukirkan senyum di hujung bibir.

"Ha, ni Syafiqah. Ustazah ada bawakan lauk sup ayam untuk kamu. Ustazah hidangkan ye." Belum sempat Najihah melangkah ke dapur, Syafiqah pegang tangan ustazahnya untuk menghalang.

"Ustazah ... Syafiqah dah kenyang. Ni Along buatkan sate. Tu pun Kak Damia yang suruh Along bakarkan sate tadi," pangkas Syafiqah.

Najihah terus turunkan pandangannya. Hatinya umpama remuk dihempas. Selalunya Syafiqah tidak pernah menolak untuk menjamah makanan masakannya tetapi hari ini, lain pula yang berlaku.

"Ya, Najihah. Tadi saya yang suruh Syafiq bakarkan sate. Tiba-tiba rasa teringin pulak nak makan sate dia tu." Damia lalu tersengih kepada Syafiq yang duduk di sebelahnya.

"Najihah, tak nak makan sate sekali ke?" pelawa Damia selepas itu.

"Awak ni, sate tu tinggal sikit je. Takkanlah nak bagi Najihah makan yang tu." Syafiq pula membidas. Tahu sangat Damia itu hanya ajak-ajak ayam sahaja.

Mana taknya, sate di atas pinggan yang tersisa hanya dua cucuk sahaja. Memang nampak jelaslah niat Damia itu.

Damia terus memberi jelingan. Syafiq pun terus ketawa dengan tingkahnya.

Najihah berusaha senyum. "Tak apa. Habiskan je la sate tu. Lagipun, saya dah sarapan siap-siap kat rumah tadi."

Najihah telan liur. Nafas dihela dan dihembus perlahan-lahan. Dia termenung seketika sebelum suara Syafiqah menyedarkannya.

"Ustazah!"

"Ya Syafiqah, ada apa?"

"Kejap lagi, ustazah ajar Syafiqah mengaji boleh tak? Lagipun kelmarin kan Syafiqah tak datang kelas mengaji."

Najihah lalu pandang sekilas muka Syafiq. Syafiq pun hanya mengangguk perlahan tanda memberi izin. Orang nak mengaji takkan mahu menghalang pula.

"Hmm ... yalah. Ambil air sembahyang dulu. Lepas tu salin baju tu. Pakai baju dan tudung elok sikit tau. Nak baca al-Quran, kena tutup aurat elok-elok," tegur Najihah tatkala Syafiqah bangun untuk bersiap-siap mengambil wuduk.

Damia tersentak seketika. Dia terasa bagaikan dirinya ditembak. Kata-kata Najihah itu ditujukan kepada Syafiqah tetapi kenapa dia pula mahu terasa.

"Okey, ustazah cantik!" Syafiqah terus pergi menunaikan niatnya.

Najihah pula tersenyum dan tergeleng-geleng kepala dengan tingkah Syafiqah tu. Mujurlah tingkah Syafiqah sedikit sebanyak mampu mengembirakan hati yang sedikit tercalar tadi.

*****

"Baca ayat ni sampai habis." Najihah memberi tunjuk ajar.

Syafiqah turuti sahaja. Lidi kayu tak lepas dari tangan masing-masing. Lidi yang digunakan sebagai penunjuk bacaan ayat al-Quran.

KASIH SEMENTARAWhere stories live. Discover now