part 2

3.8K 140 2
                                    

"Disebabkan aku malas dah nak tengok muka orang tua ni dan aku malas nak kotorkan tangan aku yang bersih lagi suci ni heh" Rayyan terus mencapai Glock-17 di atas meja
di dalam bilik tersebut kemudian melangkah mendekati Dato Hisyam dan

Bang!! Bang!! Bang!! Dengan tiga kali das tembakan. Dato Hisyam terdiam kaku.

"Bagus bro... Akhirnya...Mati jugak orang tua ini. Jumpa di neraka yaa... Hahahahaha" ujar Zarif bersama tawa dengan wajah jahat. Rayyan hanya menggeleng. Kita pun akan sampai ke sana juga.

"Aku nak budak-budak bersihkan bilik ni sampai bersih. Jangan ada yang tersisa" kata Lucca sambil berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.\

*****

"Rania... Rania....Mana kau budak? Aku panggil ini. Rania! Pekak ke!!" jerit Makcik Zaiton iaitu mak tiri Rania. Tangan bercekak pinggang memandang gadis itu tajam dengan wajah menyingga.

Rania yang tinggal bersama dengan mak tirinya yang kejam. Selepas kematian ayahnya 2 tahun yang lalu. Perangai mak tirinya semakin menjadi lebih teruk. Setiap malam ada sahaja teman lelaki Makcik Zaiton datang ke rumah untuk meniduri Makcik Zaiton. Faham-faham sahajalah, apabila lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersama buat apa kan? Tak padan dengan tua. Rania menghembuskan nafas perlahan. Tabah sajalah!

"Rania kau pekak ke? Aku panggil kau sampai nak terkeluar anak tekak aku tahu tak!!" jerkah Makcik Zaiton sambil mencengkam rambut Rania. Terdongak Rania keatas.

"Ahhh!! Sakit makcik... Lepaskan rambut Rania makcik" rayu Rania. Tangan memegang rambutnya sendiri. Sakit tidak terkata apabila ditarik kuat. Rania yang tidak mampu melawan hanya menahan sakit.

Makcik Zaiton menarik tangan Rania kasar keluar daripada bilik itu kemudian menolak tubuh Rania ke arah teman lelakinya untuk menjual Rania kepada Ah Long...Sejak dari dulu lagi makcik Zaiton tidak menyukai Rania, kerana arwah suami makcik Zaiton iaitu bapa Rania selalu menyebelahi Rania.

"Aku nak kau ikut dia sekarang, aku dah tak nak tengok muka kau lagi dekat rumah aku pergi!!..." Halau Mak Cik Zaiton tanpa belas kasihan.

"Makcik...Rania tak nak makcik. Rania nak tinggal dengan makcik. Rania dah tak ada siapa-siapa dah makcik" rayu Rania sambil memegang betis makcik Zaiton. Air matanya sudah membasahi pipinya. Wajah bengis makcik Zaiton dipandang, namun tidak diendahkan.

Makcik Zaiton menendang tubuh Rania agar menjauhi dirinya.

"Aku benci kau...pergi!! Kau jangan cari aku lagi. Menyusahkan hidup aku saja!! John bawa budak ni pergi!" arah makcik Zaiton. Dia memandang Rania dengan wajah bengis. Sempat jelingan tajam diberikan kepada Rania.

Tubuh Rania ditolak masuk ke dalam sebuah van. Rania meronta ronta sambil merayu agar dilepaskan. Malangnya, pipinya ditampar beberapa kali oleh lelaki yang berada didalam van. Hujung bibirnya sudah berdarah.

Sampai sahaja di kelab malam, Rania dibawa masuk oleh beberapa anak buah Ah Long untuk berjumpa dengan bos mereka. Rania hanya mengikut tanpa sebarang bantahan. . Mata meliar ke kiri kanan sambil otak ligat berfikir mancari jalan keluar

"Bos, ini budak yang bos nak" kata John. John menolak kuat tubuh kecil Rania. Rania terdorong ke hadapan namun kakinya sempat menahan daripada tersembam.

"Wah... Ini budak manyak cantik wo. Body lu mantap. Bawa dia ke bilik VIP" kata Dato Lim sambil mengelus wajah Rania dan menjilat bibirnya sendiri. Rania menjeling tajam. Geli dengan pandangan lelaki itu. Lelaki tua itu memandang seluruh tubuh Rania dengan wajah miang.

"Baik bos" John terus menolak tubuh Rania berjalan ke hadapan. Sampai saja di satu pintu. Tubuh Rania ditolak masuk ke dalam bilik mewah. Pintu bilik ditutup rapat. Rania terkedu.

Aku kena jadi pelacur ke? Apa aku nak buat ni? Aku tak sanggup gadaikan maruah aku. Aku kena lari dari sini. Otak Rania ligat berfikir. Dia memandang sekeliling bilik mewah mencari sesuatu sebagai senjata perlindungan dirinya. Tiba tiba seorang perempuan yang berpakaian agak seksi membuka pintu bilik lalu melemparkan pakaian seksi diatas katil king.

"Woi pompuan, aku nak kau pakai baju ni kejap lagi, kau kena layan VIP China, dia dah bayar kau RM200 juta, faham!!" Bamm!! Pintu bilik dihempas kuat. Rania memandang kosong pakaian itu.

"Ya Allah. Selamatkan lah aku Ya Allah. Macam mana aku nak lari dari tempat ni" gumam Rania sendirian. Rania menghampiri pintu bilik lalu tombol pintu dipulas perlahan tanpa mengeluarkan bunyi. Tak berkunci? Senang kerjanya.

Rania membuka pintu bilik dengan perlahan-lahan. Dia mengintai dari celah pintu bilik yang terbuka sedikit untuk membolehkan dia melihat suasana kelab malam agar tiada siapa yang mengesyaki dirinya yang mahu melarikan diri.

Rania melangkah keluar dari bilik itu dan berjalan melintasi manusia yang telah mabuk bagaikan dirasuk jin. Bau air kencing syaitan menusuk hidung. Kuat. Busuk. Rania berjalan laju menuju ke pintu keluar yang dia masuk tadi tanpa menoleh ke belakang.

Keluar sahaja dari kelab itu. Tanpa dia melengahkan masa dengan berfikir, Rania terus berlari sekuat hati agar dirinya tidak ditangkap lagi.

"Woiii...macam mana budak tu boleh hilang?" jerkah John kepada anak buah Dato Lim.

"Apasal kau tak kunci bilik tadi, pergi cari dia cepat sebelum VIP tu sampai!!" arah John dengan nada marah. Dia bercekak pinggang memandang anak buah Dato Lim sebelum mengusutkan rambutnya.

"Woi budak jangan lari!!" Rania tersedar dirinya dalam bahaya. Anak buah Dato Lim mengejar dari belakang

"Aduhh kena kejar lagi, ingatkan dah terlepas" gumam Rania. Kakinya pantas berlari. Peluh sudah merinik di dahi.

Rania berlari sekuat hati sambil berdoa agar dirinya tidak dijadikan lauk orang kaya, tiba-tiba satu cahaya terang menikam anak matanya. Rania tanpa sempat berbuat apa-apa dilanggaroleh kereta yang melalui jalan itu.

Bam!! Tubuh Rania rebah diatas jalan raya. Darah merah pekat mengalir di atas jalan tar. Matanya perlahan terpejam rapat.

Lelaki yang mengejar Rania terhenti apabila melihat ada sebuah kereta Lambhoghini yang melanggar Rania. Salah seorang anak buah Dato Lim menelefon seseorang John.

"Hello bos, budak tu kena langgar" lapor John kepada Dato Lim.

"Okey bos, cau" ujar John sambil mengangguk kepala. Mereka segera beredar dari tempat itu.

"Hei...hei...aduhmak....aku langgar orang pulak...adeyhh. Kau lari tak tengok jalan dah kenapa?" aduh Lucca. Pipi Rania ditepuk perlahan sebelum dia menepuk dahinya sendiri.

Tanpa melengahkan masa, Lucca mencempung tubuh Rania masuk ke dalam kereta dan memecut laju keretanya ke hospital.


Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now