part 55

1.6K 59 0
                                    

Rayyan melihat Lucca yang menuruni tangga sambil memimpin tangan isterinya.   Berkerut dahinya melihat pakaian santai yang dikenakan dibadan Lucca. Jam ditangan kiri dilihat sepintas lalu. Baru pukul 8:00 pagi. Dia memerhatu kucc6dari atas sehingga bawah. Tampak santai dengan seluar jean birunya dengan t-shirt hitam berlengan pendek menampakkan lengan sadonya.

"Bro, tak masuk pejabat ke?" Soal Rayyan.

"Tak, kau uruskan pejabat hari ni. Aku ada hal dengan bini aku hari ni" kata Lucca. Dia menjamah sekeping roti bakar yang dibuat Rayyan sebentar tadi

"Mana budak 3 orang tu?"

"Diorang dah gerak dah. Aku je lambat sikit. Makan dulu baru pergi kerja" kata Rayyan menghabiskan suapan terakhirnya. Dia mencapai secawan esspresso yang dibuat khas oleh tangannya sendiri lalu menghirup perlahan.

Lucca hanya mengangguk. Dia merampas esspresso Rayyan lalu menghabiskannya. Rayyan hanya membuat muka pasrah sambil menggeleng kepalanya.

Rania yang berada di sebelah hanya memandang sahaja tanpa bersuara.

"Dah nak jadi bapak orang dah pun perangai still macam ni lagi erk?" Perli Rayyan. Dia membawa pinggan dan cawan tadi ke sinki lalu membasuh sehingga bersih.

"Bukan selalu, bro" kata Lucca dengan selamba.

"Kau nak pergi klinik ke? Check up Rania?" Soal Rayyan. Dia mengelap tangannya yang basah pada kain bersih.

"Mana kau tahu?"

"Bro, walaupon aku lelaki. Aku belum kahwin lagi. Aku boleh nampak muka Rania berseri-seri tahu. Seri dia lain macam. Seri ibu mengandung. Tahu tak?"

"Bekum tahu lagi. Tapi aku yakin, mesti ada punya generasi baru Black Jaguar Jr" kata Lucca. Dia menangkap mata Rania  yang menjeling kearahnya.

"Gerak dulu bro" dia menarik tangan Rania menuju ke pintu keluar.

Rayyan hanya mengangguk. Dia perlu ke pejabat. Entah apalah yang jadi dekat pejabat sekarang bila 3 ekor beruk tu berkumpul. Esteve pun bukannya boleh dipercayai sangat. Silap-silap dia yang jadi ketua crackhead.

*****

"Bro, aku nak beli 4 buah airport tu" kata Esteve. Dia mengira duitnya sendiri.

"Okey, jap. Aku cari geran" kata Zarif. Dia mencari 4 keping geran airport yang dibeli Esteve.

"Esteve menghulurkan duitnya kepada Zarif manakala Zarif menghulur geran kepada Esteve.

"Okey, aku beli. Bro, jalan" Esteve menyuruh Li Jun mebaling buah dadu. Kini giliram Li Jun pula.

Li Jun mula melemparkan dua biji dadu ke atas meja. 2 titik menunjukkan sebiji dadu manakala sebiji lagi menunjukkan 4 titik.

"6!!" Li Jun menggerakkan penanda kepada 6 langkah ke hadapan.

"Alamak, masuk jail!!!" Jerita Li Jun. Dia menepuk dahinya sendiri.

"Kau nak bayar denda ke kau nak duduk jail smpai kitorang habis round" soal Esteve.

"Aku nak duduk dalam jail. Tak nak bayar denda" kata Li Jun. Dia menyilangkan tangannya ke tubuh sendiri.

Rayyan yang baru sampai ke pejabat melihat ruang bilik Zarif. Aikk, kosong? Dia menuju ke bilik Li Jun yang berada di sebelah bilik Zarif. Kosong jugak?

Mungkin di bilik Esteve. Langkah kaki Rayyan menuju ke bilik Esteve. Aikk, kosong jugak? Mana diorang pergi? Kereta ada dekat bawah, tapi orang tak nampak.

Dia menuju ke bilik Lucca. Belum sempat dia memulas tombol pintu bilik Lucca, dia terdengar suara Zarif dari dalam.

"Woii, bayar sewa kondo aku woi. Tak aci, main tipu!!"

"Aci dekat India la. Hahahahah" kata Li Jun.

Tanpa mereka menyedari kehadirannya, Rayyan menolak pintu lalu berdiri bercekak pinggang di belakang mereka. Tengah berfikir, apa aku nak buat dengan 3 ketol ni.

"Woiiiii!!!!!" Jerkah Rayyan.

"Oh mak kau bankrup tak bayar hutang" latah Zarif. Tangan yang memegang duit jutaria dilemparkan ke muka Rayyan. Beterbangan duit-duit jutaria di ruang bilik Lucca. Berselerak.

"Sial lah korang ni. Aku ingat korang buat kerja" kata Rayyan. Dia berjalan menghampiri mereka.

"Kau nak join main ke?" Soal Esteve. Dia menjongketkan keningnya beberapa kali. Mengumpan.

"Korang main lah" dia mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Ikon kamera dibuka, lalu mengambil beberapa keping gambar secara tersembunyi. Mahu menghantar gambar keadaan bilik kepada Lucca tanpa pengetahuan mereka.

Button send ditekan. Mampus la korang balik jap lagi. Hahahahaha.

*****

Rania menjeling maut ke arah Lucca yang dari tadi tersengeh-sengeh. Dari klinik sampai ke rumah. Tak habis-habis dengan sengeh dia tu. Ingat hensem ke buat macam tu.

"Hebat tak abang? Sekali buat dapat 2 sayang" kata Lucca sambil menjongketkan keningnya beberapa kali ke arah Rania. Sementara itu, dia mencucuk-cucuk pinggang Rania yang berada di sebelahnya dengan jari telunjuknya.

"Ish abang ni" marah Rania. Dia membuat roll eyesnya. Geram pula rasa.

Tak puas dengan itu, dia menyiku pula lengan Rania.

"Hebat tak abang? Hebat kan" dia mencubit pipi Rania dengan pantas. Sekali sekala jadi ketam pula.

"Perasan, menyampahlah abang ni" Rania menepis tanggan Lucca. Sibuk je nk cubit pipi orang. Dah la pipi orang mahal.

"Menyampah, tapi melekat sampai 2. Hahahaha" usik Lucca lagi. Dia menyentuh perut Rania berlapik baju yang dipakai isterinya.

"Siapalah yang jahat sangat buat sayang sampai macam tu kan. Kesian sayang kan" kata Rania sambil mencebik bibirnya sendiri.  Aksi mengada-ngada sengaja dilakukan. Tidak mahu kalah.

"Abang lah. Hebat tak?"

"Oh, yeke? Abang yang buat sayang macam tu. Jahatnya. Tapi tak lah hebat mana pun. Biasa-biasa je" kata Rania selamba. Dia menjauhkan diri daripada suaminya. Bersiap sedia menuju ke bilik jika berlaku sebarang kemungkinan. Hahaha

"Apa sayang cakap?" Soal Lucca. Terbuka luas matanya mendengar omelan isterinya. Biasa-biasa je? Dia bergerak ke arah isterinya yang semakin menjauhkan diri darinya.

"Abang tak lah hebat mana pun. Biasa-biasa je" ulang Rania sekali lagi, sambil berlari anak menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup rapat lalu dikunci. Rania menggeleng kepalanya. Dia bergerak menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badannya.



Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now