part 56

1.6K 64 0
                                    

Lucca melihat ada satu mesej yang belum dibaca muncul di aplikasi WhatsApp. Rayyan? Lucca membuka mesej yang dihantar oleh Rayyan.

'sial lah budak-budak ni. Korang boleh bersantai main jutaria dalam pejabat aku lagi' omel Lucca sendiri.

Dia melihat jam yang tergantung di dinding menunjukkan jam 4:30 petang. Lagi setengah jam lagi. Kau sabar jap.

*****

"Welcome home!!!" Jerit Zarif. Dia menutup pintu keretanya lalu ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga Li Jun, Esteve dan Rayyan. Namun ditahan oleh Rania yang sedang duduk bersantai di meja batu.

" Hei korang, Lucca suruh korang pergi ke belakang rumah" kata Rania. Mereka memandang antara satu sama lain kecuali Rayyan yang sudah mengagak apa akan terjadi nanti.

"Dia nak apa?" Soal Li Jun.

"Tak tahu, pergilah. Rayyan, tunggu sini"

"Kenapa dia tak pergi" soal Zarif. Kami je kena panggil, kenapa si bisu ni tak kena panggil pulak.

"Lucca suruh dia teman saya dekat sini" kata Rania selamba. Dia memandang wajah Rayyan.

Mereka mengangguk lalu bergerak menuju ke belakang rumah.

Rayyan mendekati Rania yang sedang duduk elok di kerusi.

"Apa yang Lucca nak buat dengan diorang tu?" Soal Rania. Menanti jawapan Rayyan.  Sungguh dia tidak faham dengan Lucca. Tiba-tiba sahaja menyuruhnya duduk di luar rumah dan menanti mereka berempat pulang dari pejabat, dan sekarang ini,  menyuruh mereka ke belakang rumah pula.

Rayyan hanya diam. Membiarkan soalan Rania sepi tanpa jawapan.

"AUUMMMMM!!!" burung-burung yang hinggap di pokok berterbangan di udara selepas ngauman seekor singa. Singa?

"Woiiii!!!!!! Dasar tak kenal tuan!!!!! Aku yang bagi kau makan selamani kau nak makan aku balikkk!!!!!!!!" Suara Zarif yang jelas didengari oleh Rania dan Rayyan.

Rania memandang Rayyan yang sedang memandangnya. Dah agak dah.

"Xavante!!"

Rania dan Rayyan bergerak menuju ke belakang rumah.

"Woiiiiii!!!!!!! Lucca, suruh Xavante berhenti!!!!

Rania melihat Zarif yang berlari tidak cukup tanah apabila dikejar oleh Xavante. Esteve dan Li Jun hanya berdiri tegak menghadap Lucca. Diam tidak berkutik.

"Woiiiii!!!! Mana aci aku je kena kejar dengan singa ni!!!!" Kata Zarif. Kaki masih lagi berlari kehulu kehilir mengelak daripada Xavante

"Aummmmmm!!!!!"

"Woiiiiiiiii!!!!! Babi lahhh!!!"

Rania yang melihat Zarif berlari menyelamatkan diri daripada Xavante menahan tawanya daripada meletus.

"Xavante stop!" Arah Lucca.

Zarif jatuh rebah diatas rumput. Dia menarik nafas sepuas-puasnya. Penat berlari.

"Korang berdua? Nak ganti Zarif pula? " Soal Lucca.

Mereka diam tidak menjawab pertanyaan Lucca.

Rania yang melihat, terasa kasihan. Segera dia merapati Li Jun dan Esteve yang sedang berdiri menghadap Lucca. Dia berdiri di tengah-tengah mereka.

"Main lari-lari macam tadi ke? Nak main jugak. Macam best je" Soal Rania.

Terbuntang mata Esteve dan Li Jun mendengar. Dia ingat main aci ligan ke?

"Sayang, pergi duduk dengan Rayyan" kata Lucca. Tiada senyuman di wajahnya. Hanya wajah beku yang ditayangkan see. Riak wajah seorang ketua mafia.

"Tak nak. Nak main jugak" kata Rania. Sengaja dia mencebikka. Bibirnya.

"Nanti kita main. Sekarang pergi duduk dengan Rayyan"

Rania melihat Esteve yang berdiri di sebelahnya. Jari telunjuk digerakkan. Esteve merendahkan kepalanya kearah Rania dan mula berbisik.

Esteve menegakkan badannya, matanya memandang kearah Li Jun seperti menghantar isyarat kepadanya.  Li Jun yang memahami hanya menjongketkan keningnya.

"Ehemm"

Sejurus sahaja Rania berdehem, berdesup Esteve dan Li Jun terus melarikan diri memasuki rumah.

"Jahanam la korang, asal tak plan sekali dengan aku" kata Zarif dengan lemah. Masih lagi terbaring di atas rumput bersama Xavante yang menjilat muka Zarif. Zarif memeluk Xavante. Gebu gebas. Berguling lah dua ekor dekat situ.

Lucca berdiri sambil bercekak pinggang menghadap Rania. Riak wajh tegang. Gulp. Dia ada buat salah ke? Dia memandang Rayyan, meminta pertolongan. Rayyan hanya menggeleng kepala.

Lucca mengarahkan Rayyan membawa Zarif masuk ke dalam rumah. Rayyan hanya mengangguk dan berlalu pergi. Dia menarik tangan Zarif kemudian memapahnya.

"Now, your turn" kata Lucca.

Sekali lagi liur ditelan. Kepalanya memikirkan cara untuk mencairkan kembali hati Lucca yang beku seperti ais.

Rania merapati Lucca yang berdiri dihadapannya. Misi menggoda si suami.

Tangan kirinya memeluk pinggang Lucca dengan wajah yang menggoda manakala sebelah tangannya lagi mengusap dada suaminya. Dia menggigit bibirnya sendiri. Mata dikenyit sebelah.

Lucca masih lagi dengan wajah bekunya, beriak kosong. Menanti tindakan Rania yang seterusnya. Langsung tidak terganggu dengan godaan si isteri.

Rania merapatkan wajahnya ke telinga Lucca lalu membisikan kata-kata romantik buat suaminya.

"I love you, my husband. Thank you for everything. Me and our babies always love you"

Rania mencium telinga suaminya lalu menghembuskan nafasnya ke leher Lucca. Rania melihat halkum Lucca bergerak-gerak menelan liur. Tergoda ke abang oii? Rania menyembunyikan senyum.

"Sayang, please don't seduce me, or else i will make you falling in love once again" kata Lucca dengan nada kerasnya. Menahan godaan isterinya.

Rania meneruskan misi menggoda lagi. Dia mencium leher suaminya sekilas. Matanya memandang lembut kedalam anak mata Lucca.  Senyuman sinis dilayangkan. Dengan sepantas kilat dia mencium bibir suaminya.

Rania dengan pantas melangkah meninggalkan Lucca yang masih lagi terkedu dengan godaanya sebentar tadi namun sempat ditarik suaminya.

Lucca memeluk pinggangnya dari belakang.

"Kenapa nakal sangat ni? Hmm?" Soal Lucca. Dia melabuhkan dagunya di bahu isterinya.

"Kenapa garang sangat. Kesian Li Jun dan Esteve kena marah" kata Rania. Dia memegang tangan Lucca yang berada perutnya.

"Sebab diorang tak buat kerja dekat pejabat"

"Hurmmm...biarlah. Lagipun tak ada hal yang penting pun. Tak ada meeting penting pun. Lagi pun, abang sendiri tak masuk pejabat" kata Rania. Cuba bertolak ansur.

"Hurmmmm....yelah. Sorry " ucap Lucca. Rania mengusap pipi Lucca dengan lembut.

"Dah, jom masuk dalam" ajak Rania. Dia menarik tangan Lucca lalu melangkah masuk ke dalam rumah.






Dante De Lucca| C |(Editing)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon