part 43

1.8K 67 1
                                    

Rania membuka peti sejuk. Kosong? Yalah kosong, tiada siapa yang tinggal di rumah agam yang mewah ni. Haih...laparnya. Dia berlalu ke arah ruang tamu. Semuanya tengah tidur termasuk suaminya. Diorang ni tak lapar ke? Perut dia sudah berbunyi seperti konsert rock kapak dah.

Rania menggoncangkan tubuh suaminya perlahan.

"Abang....bangunlah" dia menggoncangkan perlahan. Tiada respon.

"Abang~ bangunlah" tak ada respon jugak?    Ni kali terakhir, kalau tak bangun jugak, mati diorang aku kerjakan.

"1...2...3...bangunnn lah woiiii!!!!!! Aku lapar ni tahu takkk!!!!!"

Esteve, Li Jun, Rayyan dan Zarif terus bangun dari tidur mereka kecuali Lucca. Terpinga-pinga mereka memandang Rania. Tak boleh kejut orang elok-elok ka?

"Kenapa kenapa? Apa dah jadi? Ada musuh ke?" Soal Zarif bertalu-talu. Dia bingkas bangun dan berlari ke jendela. Mengintai-intai di luar rumah.

"Hurm...bro rilek bro. Tak ada apa pon. Rania ni ha, buat teruk boleh. Dia lapar" kata Rayyan. Dia memandang Rania yang bercekak pinggang sambik berdiri memandang mereka.

Zarif menghampiri Rania. Dia memandang Lucca yang masih lagi tidur. Dia bergerak ke belakang Rania dan mencekik leher Rania dengan lengan sasanya.

"Woiiiii!!! Lepaskan aku lah!!! Kau nak bunuh aku ke ha?? Zariffff!!!" Jerit Rania. Terkejut dengan tindakan berani Zarif.

Zarif akhirnya melepaskan Rania. Dia meluku kepala Rania. Geram!

"Aduh!"

"Lain kali kejut lah elok-elok. Terkejut kitorang tahu. Kalau kitorang mati sebab kau tadi macam mana?" Soal Zarif. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Melepaskan lelah.

"Aku dah kejut dua kali tahu, tapi tak ada respon. So, macam ni lah caranya. Tapi tak mati kan?" balas Rania dengan senyuman bangga. Dia memeluk tubuh. 

"Huh...asal la ada orang macam ni dalam rumah. Kau kejut kitorang ke laki kau? Kau tengok tu, dia sedap tidur tergolek macam kambing bakar seekor?" Tunjuk Zarif. Semua orang terkejut dengan jeritan Rania, dia boleh lagi sedap tidur tak ingat dunia.

Tiba-tiba idea nakalnya muncul untuk kenakan Lucca. Dia mengisyaratkan kepada Li Jun. Li Jun yang seperti memahami akal Zarif hanya mengangguk.

Li Jun bingkas bangun dan meluru ke dapur. Dia mengisi air ke dalam baldi sehingga penuh. Baldi yang terisi air dibawa ke ruang tamu tempat diorang melepak tidur.

"Bro, aku kira. Sampai tiga kau tuang air. Okey" kata Zarif. Senyum sinis terpamer di wajahnya.

"Okey. Sebelum tu, kalau aku dengan kau mati, aku nak minta tolong Rayyan dengan Esteve. Bro, kebumikan kitorang dengan elok-elok tau. Aku minta maaf kalau aku ada salah silap dengan kau selama ini" kata Li Jun dengan nada sedih. Dia menarik nafas panjang dan menghembus perlahan. Baldi yang dipegangnya diangkat tinggi dan dicurahkan kepada Lucca.

Bruuuuurrr

Lucca terus bangun dari tidurnya. Mukanya kemerah-merahan menahan sabar. Lencun habis keadaan Lucca. Lucca memandang wajah Li Jun dengan pandangan yang tajam. Sial.

"Bro, ni bukan idea aku bro. Aku tolong je bro" tegas Li Jun. Dia menyiku lengan Zarif.

"Betul bro, ni bukan idea Li Jun. Ni idea Rayyan dan Esteve" kata Zarif dengn selamba. Dasar hipokrit.

Rayyan dan Esteve memandang Zarif seperti hendak ditelannya hidup-hidup. Berani kau.

Lucca bingkas bangun dari duduknya. Dia mengisyaratkan amaran dengan jari telunjuknya kepada Li Jun dan Zarif. Lucca melangkah menuju ke biliknya. Menukar pakaian yang basah disiram oleh budak terencat akal.

"Sini kau!!!" Rayyan dan Esteve terus menghambat Li Jun dan Zarif yang sudah berlari ke luar rumah. Berkejaran mereka mengelilingi kolam renang yang luas.

Bumm!!

Li Jun ditolak oleh Rayyan masuk ke dalam kolam. Akhirnya terbalas juga dendam yang dah lama tersimpan. Rayyan bercekak pinggang memandang Li Jun yang berada di luar kolam.

Esteve yang masih lagi mengejar Zarif mengelilingi kolam.

"Sini kauuu!!"

Bummm!!!

Akhirnya Zarif mengalah dan menjatuhkan diri ke dalam kolam.

"Ok bro, aku kalah. Sudah. Jangan kejar aku lagi, aku penat" tercungap-cungap Zarif didalam kolam. Dia meraup wajahnya yang basah.

"Bagus. Janga keluar dari kolam ni sampai pagi esok" kata Rayyan sambil memeluk tubuh.

Rania yang berada didalam rumah hanya memandang sepi pintu rumah itu. Heh, aku lapar ni woi. Dah la tak ada makanan di dapur.

Dia melangkah menuju ke biliknya. Pintu dibuka dari luar. Tubuh Lucca yang terdedah dan masih basah menyapa pandangannya. Tuala separas pinggang yang dililit longgar. Dejavu. Air mengalir dari lehernya ke dada menuruni six packnya. Wuu~.

Rania menelan liur yang terasa kesat. Hot and sexy. Ni kalau tuala tu terjatuh mahu dia lari keluar dari rumah ni.

"Ehem. Dah siap ke?" Soal Lucca.

"Siap apa?" Rania kebingungan.

"Dah siap ke tilik badan abang yang lagi hot and sexy ni. Six pack berketak-ketak ni" Lucca mengenyitkan matanya kepada isterinya.

Rania hanya tersenyum malu. Dia melangkah mendekati suaminya yang dari tadi memerhatinya di muka pintu. Senyum misteri ditayangkan.

"Abang~" suara yang menggoda membuatkan Lucca terkedu. Rania mendongak melihat wajah suaminya yang tampan.

Dia melingkarkan tangannya ke pinggang suaminya. Sengaja dia merapatkan tubuhnya ke tubuh suaminya.

"Abang~"

Lucca menjongketkan keningnya. Memandang wajah isterinya. Sejak bila isterinya pandai menggoda ni.

Terdengar sesuatu yang pelik dari isterinya. Dia memandang perut kempis isterinya.

"Abang, sayang lapar. Jom lah pergi makan. Tadi sayang masuk dapur. Apa pon  tak ada. Jom lah" kata Rania sambil membuat puppy eyes.

Terkedu Lucca. Lapar sampai perlu menggoda dia macam ni. Liciknya. Isteri siapa ini. Siap la lepas ni.

"Perlu ke sayang goda abang sampai macam ni sekali? Kalau lapar, cakap la lapar" kata Lucca. Dia berlalu ke arah wardrobe lalu menyarungkan t-shirt hitam ke badannya.

"Perlu lah, tak tahu ke tadi sayang kejutkan  semua orang dalam rumah ni cakap sayang lapar. Yang lain semua dah bangun. Abang sorang je yang tak bangun. Sebab itu tadi abang kena siram" jelas Rania. Suaranya menjadi perlahan apabila menyebut perkataan 'siram'. Dia menayangkan gigi colgatenya. Ehehehehe.

Lucca menghampiri isterinya lalu dilukukan kepala isterinya. Comel tapi geram.

"Aduh, sakit la" rungut Rania.

"Tunggu abang balas nanti. Kita tak akan balik ke Malaysia tanpa benih abang dalam rahim sayang. Dah, jom pergi makan" Lucca terus meninggalkan rania yang masih terkedu. Dia menyimpan senyumnya.

"Whattt??!!" Dia menoleh kearah muka pintu. Kelibat Lucca telah hilang dari pandangannya.

Dante De Lucca| C |(Editing)Where stories live. Discover now